Adakah Boleh Tahajjud Jika Tidur Selepas Maghrib?

Tahajjud Tidur Selepas Maghrib

Jika saya tertidur selepas solat Maghrib dan terjaga kira-kira jam 3.30 pagi untuk solat Isyak, bolehkah saya melakukan solat tahajjud?

Jawapan

Boleh, tiada masalah.

Secara umumnya, solat sunat Tahajjud adalah solat sunat yang dikerjakan pada malam hari selepas terjaga daripada tidur.

Ini sebagaimana yang dijelaskan dalam kitab Mughni al-Muhtaj juz 1 hlm 463; [terjemahan]

Tahajud pada istilah adalah solat sunat pada malam hari selepas tidur

Ini bermakna, seseorang yang telah tidur dan terjaga pada malam hari boleh sahaja melakukan solat sunat tahajjud walaupun dia belum solat Isyak sebelum tidurnya.

Oleh itu, kerjakanlah solat Isyak dahulu kemudian laksanakan solat sunat Tahajjud dan solat-solat sunat yang lain.

Wallahua’lam.

Rujukan:

  1. Ustaz Abu Usamah, Mohd Hanapiah Haji Husin, Buku Soal Jawab Fiqh Ibadah (Bab solat, solat musafir, Jenazah, Zakat & Puasa
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

6 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Nor Zakiah
Nor Zakiah
1 tahun yang lalu

Assallamualaikom ust …
tertidor lepas magrib dan terjaga jam 10.00…bolehkah kita buat tahajud..?

Aushaf
Aushaf
2 tahun yang lalu

Bolehkah tidur selepas magrib kemudian bangun solat isyak dan solat tahajud adakah tidur itu dikira

C.harun
C.harun
2 tahun yang lalu

Adakah dikatakan solat tahajjud bila bersahur terlebih dahulu?
Iaitu tidak terus solat@ melakukan pekara lain.