Memohon Selamat Dari Sifat-Sifat Buruk

Memohon Selamat Dari Sifat-Sifat Buruk


اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْجُبْنِ ، وَ أَعُوذُبِكَ مِنَ الْبُخْلِ ، وَ أَعُوذُبِكَ مِنَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرذَلِ الْعُمُرِ ، وَ أَعُوذُبِكَ مِنَ فِتْنَةِ الدُّنْـيـَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ

Maksudnya : Ya Allah , sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut , dan dari sifat kedekut, aku mohon perlindunganMu dari ditimpa penyakit nyanyuk , serta aku mohon perlindunganMu dari fitnah dunia dan azab qubur .

Keterangan & Petua Beramal

Menurut al-Imam Ahmad bin Muhammad Al-Qastalaniy, beliau mengatakan umur أَرذَل ini adalah seburuk-buruk peringkat umur yang dilalui menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengetahui apa yang dahulunya diketahui.
Antara penyakit yang paling dibimbangi menjelang usia meningkat tua adalah nyanyuk .

Penyakit lupa yang ekstrim ini biasanya berlaku akibat kurangnya amalan berfikir , membaca dan mengingat .

Untuk mengelakkan berlakunya penyakit ini , amalkanlah membaca , mengingat dan berfikir secara intensif . Bahan bacaan yang paling mulia adalah al-Quran , al-Hadith , ilmu agama dan semua maklumat yang bermanfaat untuk kita dan umat Islam .

Di samping itu , kita cuba amalkan membaca doa ini selepas membaca tasyahud akhir sebelum memberi salam ataupun sesudahnya .

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.