Bagaimana cara masuk ke kerja kerajaan?
Apakah panduan daftar masuk ke SPA secara betul?
Dan adakah berbaloi berusaha bermati-matian untuk masuk ke kerja kerajaan?
Kelebihan dan keburukan bekerja disektor kerajaan
Saya telah bekerja di kedua-dua sektor ini, swasta dan kerajaan.
Dalam artikel ini, saya akan menjelaskan kelebihan dan kekurangan bekerja dikedua pihak, iaitu pihak swasta dan kerajaan.
Secara ringkasnya, kerja kerajaan ada sedikit kelebihan dari sudut ketenangan jiwa. Mengapa?
Mari saya terangkan..
1. Cabaran dan tekanan kerja
Melainkan anda sendiri ingin menyekat diri anda dengan kerja pejabat, kedua-dua sektor menyediakan peluang yang mencukupi untuk belajar dan melakukan benda baru.
Terdapat satu mitos bahawa kerja kerajaan boleh rileks dan banyak rehat.
Tetapi sebenarnya ia tidak betul sama sekali.
Jika semua orang bersuka ria, maka siapakah yang akan memastikan organisasi dan pentadbiran kerajaan berjalan lancar?
Kerja sebagai penjawat awam sibuk juga sebenarnya. Lagi pun dasar kerajaan sekarang menetapkan KPI yang harus dicapai oleh setiap penjawat awam. Semua ini sebenarnya bergantung kepada anda. Anda sendiri yang menentukan sesuatu perkara.
Namun secara umumnya, tekanan kerja disektor kerajaan adalah ‘kurang sedikit’ berbanding sektor swasta.
2. Kenaikan Pangkat, Gaji dan Insentif
Disini ada perbezaan diantara sektor awam (kerajaan) dan sektor swasta.
Kenaikan pangkat dalam kerja sektor kerajaan adalah berdasarkan pengalaman iaitu time based, manakala kenaikan pangkat dalam sektor awam adalah sangat mementingkan prestasi kerja.
Kerja kerajaan
Untuk pegawai kerajaan, sebagai contoh kerja saya sekarang, kenaikan pangkat akan berlaku secara automatik setiap 8 tahun* – walaupun mungkin pada hakikatnya pekerja tersebut tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan.
* time-based untuk setiap jabatan adalah berbeza
Kenaikan gaji berlangsung setiap tahun dan kadangkala 2 kali setahun (seperti tahun ini – 2016). Insentif pula diberi dalam bentuk bonus, seperti bonus Aidilfitri dan bonus awal tahun.
Satu kelebihan yang nyata pada sektor awam adalah – kelayakan mendapat pencen.
Kerja swasta
Manakala dalam budaya kerja swasta, ia sangat menggalakkan kecemerlangan dan prestasi seseorang pekerja.
Semakin tinggi prestasi kerja yang ditonjolkan, semakin besar dan semakin cepat peluang untuk naik pangkat. Sektor ini mungkin sesuai untuk mereka yang optimis dan mampu bekerja keras.
Insentif pula tidak pasti, mungkin ada dan mungkin tiada. Ia bergantung kepada keuntungan syarikat dan keputusan daripada majikan.
Biasanya insentif diberi kepada pekerja yang menunjukkan prestasi cemerlang.
Contoh mudah yang dapat dilihat adalah mereka yang berkerjaya sebagai jurujual insurans, dimana mereka akan mendapat insentif seperti ditaja untuk melancong jika berjaya menjual jumlah polisi yang disasarkan.
Begitu juga dengan gaji. Anda mungkin mendapat kenaikan gaji atau pengurangan gaji, berdasarkan polisi syarikat, kedudukan kewangan semasa syarikat, ekonomi dan pelbagai faktor lagi.
Secara ringkasnya, tiada jaminan kenaikan gaji dan insentif bila menceburi sektor swasta.
3. Jaminan Kerja
Ini adalah kelebihan paling utama dalam sektor awam berbanding sektor swasta.
Tidak seperti sektor swasta, oleh kerana sokongan kesatuan pekerja dan faktor-faktor lain, maka tidak mudah untuk membuang seseorang pekerja dalam sektor awam.
Dengan kata lain – kerja anda terjamin dan selamat dalam sektor kerajaan.
4. Kemudahan pinjaman
Selain daripada jaminan kerja, anda faktor penarik dalam mendapatkan tempat dalam untuk kerja kerajaan adalah kemudahan untuk membuat pinjaman.
Bila anda bergelar penjawat awam, setiap bulan kita akan menerima slip gaji yang mencatatkan segala bayaran pendapatan dan insentif yang diterima.
Slip gaji ini ibarat tiket untuk meluluskan pinjaman yang hendak dibuat.
Hakikat kehidupan sekarang kita tidak boleh lari untuk membuat pinjaman bagi mendapatkan keperluan asas seperti rumah dan kereta. Dan disinilah kelebihan bagi mereka yang bergelar penjawat awam.
Sebaliknya bagi mereka yang bekerja di sektor swasta, mungkin kelulusan pinjaman dari bank agak sukar dan memerlukan penjamin.
Hal ini mungkin satu cabaran yang sukar bagi mereka di sektor swasta.
5. Budaya Kerja
Segala-galanya bergantung kepada bos anda.
Anda mungkin mendapat bos yang teruk di tempat kerja atau syarikat yang terbaik, atau mendapat bos yang sangat baik di tempat kerja yang kurang memuaskan.
Perkara memang diluar kawalan kita.
Namun dari segi pengalaman saya, budaya kerja dalam sektor swasta adalah lebih terbuka dan produktif (tiada campur tangan politik) berbanding sektor awam yang selalu dipengaruhi oleh perkara ini.
Tetapi apa yang menarik tentang kerja kerajaan adalah pekerja akan mendapat lebih cuti berdasarkan cuti umum yang telah ditetapkan dalam negara.
Jadi, kita ada lebih masa untuk keluarga bukan?
Rahsia dan Cara Berkesan Masuk Kerja Kerajaan
Bagaimana menembusi SPA dan sektor perkhidmatan awam?
Sebenarnya untuk masuk ke sektor kerajaan ini tidak sukar sebenarnya..
..jika kita tahu beberapa rahsia dan jalan yang betul.
Kegagalan untuk mendapat tempat dalam penjawat awam sebenarnya bukanlah disebabkan nasib semata-mata, namun ia sebenarnya ketidak-tahuan kita mengenai laluan dan cara betul.
Saya faham, memang perit mengulangi peperiksaan dan temuduga berkali-kali tetapi masih gagal.
Kenapa tak cuba masuk kerjaya kerajaan melalui Agensi Kerajaan? Kenapa hanya cuba melalui SPA?
Ramai yang tidak tahu, untuk masuk ke sektor awam tidak semestinya hanya melalui SPA semata-mata. Kita juga boleh melalui ‘pintu belakang’.
Sebenarnya terdapat 241 senarai agensi yang menyerap pekerja tidak melalui SPA, bahkan lebih laluannya lebih mudah.. Bagaimana caranya?
Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari: Laluan alternatif 2016 untuk TEMBUS masuk kerjaya kerajaan tanpa melalui SPA
Tinggalkan Komen Anda..
Semua yang dapat kerja kerajaan ni, semuanya sebab ada orang dalam. Pekerja dalam kerajaan juga kebanyakkannya makan gaji buta, itulah sebabnya Malaysia ni susah maju, pekerja2 dalam kerajaan tidak produktif. Makan gaji buta.
tajuk luar lain.tajuk dalam jadi lain.orang nak tahu camana cara nk dapat kerja kerajaan. bukan nak tahu kebaikan dan keburukan
Betul tu… Mesti auditor bodoh yg ada dlm sektor kerajaan
kerajaan bnyak pilih orng utara je semua kwan dri utara bnyak yg dpt aku ni orng perak ssh nak dpt hmm pluang pekerja terjamin xde
Kerja kerajaam la banyak makan gaji buta.
Saya memang berminat utk memasuki dispa tetapi sukar memasuki nya kerana kad pengenalan saya suda berdaftar didlm sistem sedangkan saya belum pernah mendaftar.
Saya dpt tawaran belajar spa…..tapi saya ada ambil pinjaman spa…so mcm mana ye..boleh ke saya mohon spa.?
Saya berumur 32 tahun boleh tak..dalam USIA saya…ditrima berkerja gn kerajaan
sy nak luahkan perasaan je sy pernah di panggil temuduga fotografi,pemeriksa kereta motor dan pembantu tadbir tapi hampa bukan rezeki sy sampai sekarang sy masih mengharapkan panggilan temuduga tapi tidak ada sy berkerja swasta mengikut bidang yg sy pelajari dulu tapi sekarang sy da tak ade kerja sebab sy sakit dan terpaksa berhenti kerja sy kena tb spine dan terpaksa makan ubat tb spine tiap hari kata doktor mengambil masa 9 bulan atau lebih sy kena makan ubat dulu sy sakit teruk demam tak boleh jalan lama kaki kebas dan macam2 lagi masuk wad seminggu cucuk sana sini tapi alhamdulilah sekarang sy semakin sembuh dan baik seperti biasa sy memikirkan masa depan sy sudah la tak de awek apa lagi kerja umur sy pn dan meningkat 27 tahun tak sangka sy da umur 27 sy risau tentang masa depan sy sekarang tak ade awek pn sy tak kisah sekarang ni sy sangat2 mengharapkan kerja yg baik boleh mendapat masa depan yg cerah itu sahaja sy rasa lega meluahkan perasaann sy di sini sama2 la kita berdoa agar mendapat pekerjaan yg baik dan kehidupan yg lebih baik aminnnn… assalamualaikum……
Aktikal yang menarik jika anda berminat untuk memohon jawatan-jawatan kerajaan dan swasta ada boleh layari gkerjaya.com
Sya berminat kerja kerajaan.sekarang umur saya 45.tahun
Sangat bermanfaat artikelnya gan