“Aku benci dia”
“Aku tidak mahu tengok muka dia lagi”
“Aku tidak akan sesekali maafkan dia”
“Aku akan buat dia rasa apa yang aku rasa”
Pernah atau tidak terlintas ungkapan-ungkapan di atas meniti di bibir kita atau berkunjung di benak hati dan fikiran kita?
Jika ya, apakah sebenarnya perasaan kita ketika itu? Marah? Benci? Sedih?
Jika tidak, syukurlah kerana jiwa kita bebas daripada belenggu dendam.
Perasaan Dendam Membuatkan Kita Tidak Senang Hati.
Mendengarnya sahaja sudah membuat jiwa resah dan terusik.
Pasti pelbagai perasaan dirasa yang sudah tentunya berbaur negatif. Dendam itu memakan jiwa, merosakkan rasa dan menyesakkan diri.
Seseorang yang menyimpan dendam pasti berada dalam keadaan tidak senang hati. Mereka merasakan semua serba tidak adil dan perlukan tindakan untuk menuntut bela.
Sementalah ungkapan bibir dan hati terus mengucapkan kata-kata yang tidak enak didengar.
Sifat dendam sangat berkait dengan perasaan marah. Sebagai manusia sememangnya kita dikurniakan pelbagai perasaan.
Rasa gembira, sedih, kecewa, teruja, marah dan pelbagai lagi. Perasaan ini sering berubah-rubah. Namun, perasaan ini perlu ada untuk mencorakkan kehidupan kita.
Dari Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w : Ya Rasulullah nasihatilah saya. Beliau bersabda: Jangan kamu marah. Dia menanyakan itu berkali-kali. Maka baginda bersabda, Jangan engkau marah”.
Seseorang yang dalam keadaan marah, emosinya terganggu, fikirannya celaru dan hilang pertimbangannya.
Ketika itulah percakapannya mendahului apa yang difikirkan oleh akalnya.
Seperti melepaskan lelah yang panjang. Tanpa berfikir semua kata-kata yang dilontarkan kepada individu yang dimarahinya begitu menyakitkan.
Imam Ghazali pernah bertanyakan kepada anak-anak muridnya:
“Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Mereka menjawab: “Pedang”
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa yang paling tajam sekali di dunia ini adalah lidah manusia. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Benarlah sabda Nabi Muhammad s.a.w
“Amal yang paling dicintai Allah s.w.t adalah menjaga lisan”
(Hadis riwayat Baihaqi)
Maha Kuasa Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik penciptaan. Cukup sempurna ciptaan Allah.
Antara kekuasaan Allah dapat dilihat dalam penciptaan anggota badan manusia. Sungguh setiap ciptaan Allah itu tidak sia-sia dan pasti ada hikmahnya.
Allah menciptakan manusia dengan dua telinga dan satu mulut supaya kita lebih banyak mendengar daripada berbicara.
Bagaimanakah Cara Untuk Menahan Marah?
Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila salah seorang dari kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring”
— Hadis riwayat Muslim
Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api. Maka apabila kamu marah hendaklah kamu berwudhuk”
— Hadis riwayat Adu Daud
Apabila kita hendak marah, segeralah beristighfar sehingga hilang perasaan marah tersebut.
Diam seketika, sabar. Kemudian, fikirkan tentang perkara tersebut. Adakah berbaloi untuk melontarkan kemarahan?
Jika terlanjur melepaskan kemarahan, segeralah beristighfar.
Mohonlah keampunan daripada Allah s.w.t dan kekuatan untuk menghadapi situasi tersebut walaupun perit.
Menahan Marah Adalah Salah Satu Jalan Mendapat Ketenangan Hati
Sabda Rasulullah s.a.w
Mahukah kamu aku beritahukan perkara yang dengannya Allah memuliakan seseorang dan mengangkat darjat ketinggiannya? Mereka menjawab, ‘Bahkan ya Rasulullah’. Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Berlemah-lembutlah terhadap orang yang mengetahui kamu, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, berikanlah kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kamu dan hubungkanlah silaturrahim dengan orang yang memutuskan silaturrahim dengan kamu”
— Hadis riwayat At-Tabrani dan Al-Bazzar
Seseorang yang memaafkan kesalahan orang lain, sebenarnya sedang membantu memperbaiki dirinya untuk menjadi lebih baik.
Malah dia akan dihormati dan disayangi oleh orang sekelilingnya. Ingatlah sifat dendam dan marah itu jika dibiarkan bersarang di dalam diri pasti menghitamkan hati.
Jadi bersihkanlah ia dengan kata-kata maaf, redha dan taubat kepada Illahi.
Buangkanlah sifat pemarah dan dendam ini dalam diri kita agar hidup kita sentiasa tenang.
Marah Itu Nafsu. Raihlah Ganjaran Menahan Marah
Sesungguhnya orang yang dapat menahan marah itu adalah individu yang hebat dan akan dikurniakan ganjaran yang lumayan daripada Allah s.w.t.
Bukanlah orang yang kuat itu yang dapat membanting lawannya, kekuatan seseorang itu bukan diukur dengan kekuatan tetapi yang disebut orang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya pada waktu marah”.
— Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Barangsiapa yang menahan marah, padahal ia mampu untuk melampiaskannya, maka Allah akan menyerunya di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat, hingga ia dipersilakan oleh Allah Taala untuk memilih bidadari yang ia sukai”.
— Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi
Anda Akan Menjadi Manusia Yang Cukup Kuat Apabila Dapat Memaafkan
Belajarlah mendidik diri untuk mengawal kemarahan.
Jangan wujudkan walau sedikit pun perasaan dendam dalam diri kita.
Dengan memaafkan orang lain bererti anda cukup kuat untuk bisa memahami bahawa manusia tidak sempurna dan bisa berbuat salah.
Dengan memaafkan juga langkah anda menjadi ringan dalam meraih impian.
Sudahkah kita bersedia memperbaiki diri? Jom jadi pemaaf.
Artikel ini dikongsikan ke inbox kami oleh Nor Umira binti Shahar. Semoga memberi manfaat yang baik kepada semua. Syukran.
Tinggalkan Komen Anda..
sungguh menyentuh hati saya..terima kasih atas kata2 ini. yang betul2 buat saya pilih untuk redha & memaafkan segala kesilapan mereka yang telah menyakiti saya. walaupun sy pun byk salah & silap. harap mereka pun memaafkan saya
Kak, terimakasih telah menulis artikel ini. Saya yang sedang diselimuti kekalutan dapat berpikir lebih positif. Dan menghilangkan dendam ataupun kemarahan saya.
saya stress sangat mcm mna ek
Alhamdulillah, saya seorang yang sedang belajar menahan dan memanaje diri dari suka marah. jazakumulloh khoiron
Sama2 saudara kita jaga amalan kita biar perkara baik sama2 kita ambil iktibar .. orang2 yang dapat mengawal marah adalah orang2 yang berjaya menjaga hati..
Blog yang baik sy sokong
Assalamualaikum…
Saya sangat tersentuh artikel kali ni ya sememangnya benar,saya sangat bersyukur mnjumpai blog ni sy tk tau mcm mna sy trklik tnpa sgaja nmun kekalkn la blog sprti ni teruskn usaha sy sokong…
Dalam diri setiap manusia memiliki kebiasaan/watak yang berbeda-beda sehingga ada seseorang yang dapat menahan amarahnya dengan baik serta mempu menghapus dendam atas segala kesalahan orang lain terhadapnya. namun ada juga banyak orang yang mudah sekali emosi dengan mudah marah ketika ada kesalahan. tentunya orang yang seperti ini memiliki tingkat kesabaran yang rendah. dengan membaca tulisan sahabat, semoga orang-orang termasuk saya bisa lebih mengerti bagaimana cara menahan amarah dan menghapus dendam supaya tidak menjadi orang yang merugi dihari kelak diakherat.
SAYA INGIN BERBAGI TENTAN KEHIDUPAN SAYA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DI,DUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA SUAMI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 12 TAHUN DAN 12 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMAL YANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DI SITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI SAKTI,,SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI SAKTI DAN AKHIRNYA AKI SAKTI MEMBERIKAN ANGKA TOGEL GHOIB,NYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL. SAYA MENAN 700 JUTA.KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA KI SAKTI SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI SAKTI…BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI 082_349_535_132 AKI SAKTI
BUTUH PESUGIHAN
DANA GOIB DAN LAIN,LAIN
SILAHKAN HUB AKI SAKTI DI 082_349_535_132
Assalamualaikum:)
Memotivasi sekali :)
Mohon izin share :)
Waalaikummussalam, ye silakan
Benci tapi rindu..merajuk tapi sweet..dendam tapi cinta…dalam diam…hati meronta2 jiwa bergelora.btul tak? Hehe…