Memang kita berhak sama ada hendak memaafkan ataupun tidak.
Setelah seseorang melakukan kesalahan terhadap kita, kita berhak sama ada memberinya maaf ataupun membiarkannya terus dengan dosa-dosanya itu.
Kita boleh bersorak ria kerana mendapat pahala hasil perbuatan jahatnya terhadap kita manakala dia pula akan memikul dosa-dosanya sehingga hari Kiamat.
Bagaimana?
Terasa lega?
Sesetengah orang memang begitu.
Maaf adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak mudah memberinya walaupun diminta.
Apalagi jika kesalahan itu berpunca dari satu kesalahan yang disengajakan dan amat menyakitkan hati.
Tidak mudah hendak mengatakan “Sama-samalah kita” setelah seseorang itu meminta maaf.
Dalam hati terdetik, ‘Padan muka engkau, umpat aku lagi, tipu aku lagi, sakitkan hati aku lagi, sekarang tanggunglah dosa-dosa engkau sampai kiamat.’
Bagaimana, apakah anda termasuk dalam golongan ini?
Memang tiada salahnya pendirian seperti itu, sebab ia akan menjadi satu pengajaran yang amat bagus kepada si pesalah tadi.
InsyaaAllah dia akan serik tidak akan mengganggu anda lagi.
Itu juga menandakan ketegasan anda dan pendirian anda tidak mudah goyah.
Sifat ini memang dimiliki oleh orang-orang yang kental jiwanya dalam menempuh hidup.
Tapi tahukah anda kesalahan yang tidak diselesaikan dengan maaf di dunia ini akan berlanjutan hingga ke Akhirat?
Di sana orang yang bersalah terpaksa membayar dengan memberikan pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang dizaliminya.
Hingga akhirnya dia muflis dan kerana itu dia dilemparkan ke Neraka.
Begitulah besarnya implikasi “maaf”.
Apabila Tegas Dengan Pendirian Tidak Mahu Memaafkan..
Sekali lagi, sama ada anda bertegas untuk tidak memaafkan ataupun memberi maaf, ia barangkali penentu kepada nasib seseorang yang bermasalah dengan anda di Akhirat.
Seorang teman pernah mengadu kepada saya.
Katanya, si Ahmad (nama contoh) telah menipunya.
Dia telah menyerahkan sebahagian besar simpanannya kepada Ahmad kerana bersimpati dengan kisah hidup Ahmad.
Menurut Ahmad, dia anak beranak terpaksa bermandi hujan apabila hujan turun di tengah-tengah malam.
“katanya rumahnya belum ada atap. Tak cukup duit untuk membeli atap zink. Aku bila dengar anaknya masih kecil, terpaksa pulak mandi hujan, jam itu juga aku keluarkan simpanan aku dan berikan padanya,” adu teman saya itu.
“Engkau beri saja atau beri pinjam?” tanya saya untuk pasti. Sebab jika dia menyerahkan duit itu tanpa perjanjian bertulis yang jelas menyatakan bahawa pemberian itu bermaksud memberi pinjaman, boleh dianggap pemberian ikhlas sahaja.”
“Aku beri pinjam, sebab dia datang pada aku pun memang nak pinjam duit. Kalau aku beri dia duit, tentulah maknanya aku meminjamkan dia duit.”
“Ahmad ada janji bila nak bayar?”
“Ya, pada hujung bulan. Sekarang ini dah dekat setahun. Yang buat aku marah ni, dia tipu aku. Sebenarnya dia bukan nak beli atap rumah, dia pergi joli entah kemana-mana. Dia duduk dengan mentua dan tak pernah nak bina rumah. Dia tipu aku bulat-bulat. Macam mana aku tak marah. Lagi pulak, sekarang ini dia marah-marah aku bila aku tuntut hutang dengan dia. Macam aku pulak yang berhutang dengan dia. Cis!” Marah betul teman saya itu.
“Jadi, kau nak halalkan saja atau macam mana?”
“Halal? Biar sampai kiamat, aku tak halal!”
Ketegasan kawan saya ini memang patut berdasarkan latar belakang kes ini.
Dan dia berhak berpegang pada ketegasan itu.
Tiada salahnya.
Tapi, andai andalah orang yang bersalah itu, dan anda telah meminta maaf dengan mengakui semua kesalahan anda, dia masih bertegas untuk tidak memaafkan anda, bagaimana rasanya?
Dan jika andalah manusia yang bernama Ahmad itu dan anda telah menjelaskan hutang anda tetapi dia masih tidak memaafkan, bagaimana?
Sebab itulah kita kena berhati-hati dalam menjalani hidup.
Seboleh mungkin jangan lakukan sebarang kesalahan terhadap manusia terutama yang melibatkan hutang, sebab implikasinya sangat besar.
Kisah Menarik dari Rasulullah SAW
Bagi anda yang pernah mengalami nasib seperti teman saya itu tadi, mari kita cuba renungkan sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan buatlah pilihan sama ada bertegas TIDAK MEMAAFKAN atau sebaliknya.
Pilihan memang hak anda.
Kisahnya begini, suatu hari, tatkala melihat Rasulullah SAW tertawa sendirian Saidina Umar pun bertanya apa sebabnya.
Jawab Rasulullah SAW, “Ada dua orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya. Yang seorang berkata, “Ya Allah, berikanlah hak-hakku yang dizalimi oleh orang itu”
Berfirman Allah SWT, “Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!”
Menjawab orang yang dituntut itu dengan sedih, “Ya Allah, wahai Tuhan ku. Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya, maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada orang ini.”
Dijawab oleh orang yang menuntut itu, “Oleh itu engkau mesti menanggung segala dosaku sebagai gantinya.”
Tatkala ini, kelihatan Rasulullah SAW mengalirkan air matanya menahan kesedihan lalu meneruskan sabdanya, “Kemudian Allah SWT berfirman kepada orang yang menuntut itu, “Angkatlah kepalamu dan lihatlah Syurga.”
Apabila dilihat oleh si penuntut itu Syurga yang penuh di dalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah daripada emas bertahtakan intan permata, yang elok-elok, dia bertanya, “Apakah semua itu untuk nabi-nabi atau apakah untuk orang syahid?’
Maka dijawab oleh Allah SWT, “Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya!”
Maka kata si penuntut itu, “Ya Allah, siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli Syurga yang amat hebat itu.”
Dijawab oleh Allah SWT, “Engkau pun dapat membayarnya, iaitu dengan mengampuni orang yang telah menzalimimu itu.”
Maka kata si penuntut itu, “Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku..”
Firman Allah SWT, “Pimpinlah tangan orang itu bersama-sama ke dalam Syurga itu.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Maka berbuat baiklah kepada saudaramu sesama Muslim.”
Penutup..
Pada pandangan saya, memaafkan seseorang adalah suatu perkara yang sangat sukar dan bukan semua orang mampu melakukannya, dengan ikhlas.
Hanya mereka yang berjiwa besar sahaja mampu memberi maaf seikhlas hati.
Bagaimanakah anda?
Apakah senang untuk anda melupakan kesalahan seseorang terhadap anda?
Mampukah anda memberi kemaafan seikhlas hati?
:’)
Tinggalkan Komen Anda..
Apabila orang tersebut mendzolimi kita semisal melakukan sexual harrashment, apakah berlaku hukum yg sama dengan yang dibahas di artikel?
ما شاء الله
izin share ya
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Ustaz,
Saya sudah cuba berulangkali melupakan kisah yang melukakan hati saya.
Setelah saya maafkan
Mereka masih mengulang benda yang sama.
Sekarang dan waktu ini hati saya masih payah sekali nak maafkan mereka semua.
Adakah hati saya yang masih tak bersih+kotor
Atau ini sudah takdir Allah tetapkan pada hati saya
mohon nasihat ustaz
Assalamualaikum, ustaz. Saya ada tegur abang saya tanpa mencarut dan mengeluarkan perkataan yang tak elok pun tapi dia secara tiba-tiba memukul,mencekik,mencakar dan mengeluarkan kata-kata yang tak elok. Dia tak pernah pun minta maaf kat saya namun saya sudah memaafkan dia, persoalannya boleh ke saya tidak mahu lagi bercakap sepatah pun dengan dia?
saya minta ustaz mohon jawab?
As’salam ustaz macam mana kalau si tukang minta maaf tu jenis org yg rajin fitnah org,rajin sakitkan hati org dn bhutang.sampai kita dah serik sehingga nak memaafkan tu dah hilang ikhlas dah penat?
Assalammualaikum..maaf saya meluahkannya disini ..Saya selalu sabar dan pendam apabila kawan rapat saya memalukan saya di kenalan dia melalui status wassap.. saya ingat kalau saya diam dia akan sedar tapi tetap sama..dia memalukan saya dan dia ade minta saya mengajar dia buat tugasan ..tapi saya sahaja yg tertunggu tunggu nak ajr dia..tapi dia bersenang2 dengan sepupunya …. Lepastu dia ade minta saya tolong dia lgi dan dia buat lgi pekaratu ( mungkir janji) hanya saya sahaja yang tertunggu tunggu untuk ajar dia.. dan saya ada bagitau suruh padam aib saya..dan dia tak nak mungkin dia ingin bergurau tapi bagi saya tak ..waktu tu memang geram jugak dan akhirnya dia padam statusnya..saya ada memberi ayat sindiran..dan saya tidak menyapanya lagi selepas haritu..sampai sekarang dia tak mohon maaf kapada saya seperti saya pulak yang bersalah… walaupun saya tahu yang dia salah dan saya sebersalah dan saya confuse..
Apakah patut saya yang memohon maaf kepada dia .
Semua org aku boleh maafkan kecuali jiran rumah mak aku disebabkan dia khianat keluarga aku main benda khurafat. Kalau aku je yg kena boleh lg consider nk maafkan tp ni 1 family kena. Kesian kt kakak n ayah aku dorg paling teruk kena. Dah berpuluh tahun dia khianat family aku smpai skrg tgh on going lg. Macam2 rawatan dah buat tp masih xselesai lg. Jawablah depan Allah akhirat besok wahai syaitan
Alhamdulilah,t.kasih atas semua nasihat itu tadi…
assalamualaikum. saya nak tanya, saya selalu meminta maaf selepas saya membuat kesilapan. tetapi selepas saya meminta maaf mereka mesti akan complain. saya penat kena tadah telinga mendengar keluhan mereka. bila saya cakap mengeluh tu tak baik, mereka ingkar. even kalau kesalahan kecil yang saya dah buat dan saya minta ampun, mereka tetap akan complain. dan saya rasa maaf saya tu tidak bermakna. adakah saya patut terus meminta maaf walaupun benda tu kesalahan kecil?
Bagaimana kalau kita tidak memaafkan orang yang berbuat salah kepada kita seperti maki,hina dan sindir kita lepas tu dia tidak meminta maaf kepada kita dengan apa yang dia lakukan lepastu dia menghilang kan diri….
Itu terpulang kepada kamu.
Tidak menjadi kewajipan untuk memaafkan seseorang.