Merawat Perasaan Kecewa Yang Menggoyahkan Jiwa

 kecewa

Sesiapapun mungkin akan kecewa apabila keinginan dan cita-citanya tidak tercapai.

Perasaan kecewa adalah sebahagian dari Gharizatul Baqa’ (naluri mempertahankan diri) yang Allah ciptakan pada manusia.

Dengannya, manusia adalah manusia bukan robot yang bergerak tanpa perasaan, tetapi manusia memiliki pelbagai emosi jiwa.

Boleh dapat bergembira dan juga boleh berasa kecewa.

Emosi negatif seperti perasaan kecewa akibat gagal dalam hubungan cinta, bukannya tanpa hikmah.

Kesedihan akan memperhalus perasaan manusia, bahkan akan meningkatkan kepekaannya kepada sesama manusia.

Bila diurus dengan baik maka akan semakin matanglah emosi yang terbentuk.

Tidak meledak-ledak lalu senyap seketika.

Ia akan sedia untuk kesempatan yang seterusnya; kecewa atau gembira.

Jadi mengapa tidak bersyukur apabila kita ternyata boleh kecewa?

Ini kerana dengan adanya perasaan itu bererti kita adalah manusia yang cekal.

Kegagalan meraih cinta juga bukan petanda bencana.

Tetapi akan memberikan pengajaran berharga kepada manusia.

Seorang ahli falsafah bernama John Charles Salak mengatakan:

 Orang-orang yang gagal dibahagi kepada dua: iaitu mereka yang berfikir gagal padahal tidak pernah melakukannya, dan mereka yang melakukan kegagalan dan tak pernah memikirkannya”

Kerananya kegagalan bukanlah akhir kepada segalanya, tetapi sebaliknya menjadi permulaan kepada segala-galanya.

Meskipun kedengaran klise tetapi ada benarnya.

Ambillah pengajaran dari sebuah kegagalan lalu buatlah pembaikan diri.

Tentu sahaja dengan tetap percaya pada qada Allah.

Seorang mukmin itu sungguh menakjubkan, kerana setiap perkaranya itu baik.

Namun tidak akan terjadi demikian kecuali pada seorang mu’min sejati.

Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur, dan itu baik baginya.

Jika dia tertimpa kesusahan, dia bersabar, dan itu baik baginya”.

(HR. Muslim) 

Maka kukuhkanlah keimanan ketika itu terjadi pada kita.

Yakinilah bahawa ketetapan Allah sedang berlangsung, dan jadilah penerima yang baik dengan penuh sangka yang baik terhadap-Nya.

Tanamkan dalam diri kita “Allah Maha Mengetahui yang terbaik bagi hamba-hambaNya”

Jangan Digoyahkan Rasa Kecewa

Jangan biarkan perasaan kecewa menggoyahkan keimanan kita kepada-Nya.

Apalagi dengan terus menanamkan prasangka buruk pada-Nya.

Segeralah sedar bahawa ini adalah ujian daripada Allah.

Dapatkah kita menerima qada-Nya atau mengutuknya?

Dengan demikian, fragment yang pahit dalam kehidupan, insyaallah akan memperkuatkan lagi keyakinan kita bahawa Allah sayang pada kita.. =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Ismail.
Ismail.
10 tahun yang lalu

Salam, selama ini saya sudah menjalanin rasa kecewa dengan berbagai cara saya lakukan, setelah membaca tutunan agama islam dalam mengatasi perasaan kecewa dalam rumah tangga , sebenarnya saya sudah terpisah hampir 2 tahun lamanya, saya dan Istri tetap berkomunikasi jarak jauh antara Jakarta – Pekanbaru (Riau), Alhamdullilah saya sudah dikaruniakan 2 anak laki – laki yang sedang lucu dan perlu bimbingan ke 2 orang tua, sudah beberapa kali saya mohon untuk berkumpul kembali di jakarta, tapi istri tidak mau, dia bilang lebih baik di Pekanbaru, saya harus berbuat apa lagi, sekarang – sekarang ini dia minta cerai kepada saya, dan sampai sekarang saya belum memberikan jawaban, saya lagi sayangya kepada anak saya, sampai – sampai saya menangis mengingatnya anak – anak, hari demi hari ku jalani dengan sabar dan tawakal, kadang kuat dan kadang jiwa saya rapuh, saya merasakan sakit badan kuhadapi sendiri,stres, sampai saya sudah putus asa tapi saya masih ingat ke Allah, yang mau saya tanyakan saya harus bagaimana kepada Istri saya yang tidak mempunyai hati nurani lagi kepada saya, terima kasih, wassalam.

luthfisetyawanan
luthfisetyawanan
11 tahun yang lalu

aamiin,,semoga kita selalu berada di jalan yang lurus

Indonesiaku Islam
Indonesiaku Islam
11 tahun yang lalu