Kekadang tu kita rasa,
‘Argh!!!! kenapa tiada seorang pun yang boleh memahami aku??’, Kenapa aku dilabel dan terlabel? Kenapa aku itu..kenapa aku ini?
Lantas kita tak senang duduk, giat mencari sumber ‘pengaduan’. kita mengadu sana sini perihal ujian dan dugaan yang melanda kita pada orang lain.
Mungkin mengharap sedikit pemahaman, sedikit simpati dan empati, serta sedikit nasihat.
Bahkan kita tidak berhenti disitu, kita teruskan usaha mencari pelbagai alternatif untuk menenangkan hati, fikiran dan mungkin sebagai wasilah untuk melupakan apa yang kita hadapi.
Itu normal. Manusia la katakan.
.
Bila Allah menduga kita,
Yes. Bagaikan berada di bazar ramadhan!!
Namun bezanya disini, kita berhadapan dengan pelbagai rasa yang hendak dipilih dan dibeli.
Namun sedar tak sedar kita sudahpun asyik membelai diri dengan prasangka-prasangka, marah, gelisah, resah, tidak tenang, ragu-ragu, dan 1001 lagi rasa-rasa negatif yang kita cuba pancing masuk dalam fikiran dan diri kita.
Betul tak?
.
Bila Allah menduga kita,
Bukan kita tidak sedar. Malahan kita memang tahu.
Abad yang kita hidup ni, bermacam juadah yang dihidangkan dunia, bezanya wasilah(cara) yang kita pilih itu boleh jadi samaada ianya mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah sahaja. Itu bezanya!
Sekarang ada pelbagai jenis games, pelbagai jenis movies, pelbagai jenis hiburan, pelbagai jenis muzik, pelbagai jenis fesyen pakaian, pelbagai jenis tempat, dan kita jangan lupa pelbagai juga jenis manusia yang ada di dunia ini.
Tidak salah untuk semua itu dengan syarat kita jangan lemas dan dilemaskan. KITA, andai solat sampai tinggal, ibadah lain sampai lalai, tanggunggjawab lain terabai, badan jadi ekstra malas dan longlai.
Say babai saja pada ‘cara’ yang kita anggap dapat menenangkan atau melupakan masalah kita itu.
KITA,
Mungkin ada suatu ketika ujian itu hadir dalam bentuk yang unik dan yang kita tidak sangka iaitu dilabel, terlabel dan kadang-kala kita pandai juga melabel, ingatlah pesan ini, semoga ada manfaatnya bersama.
Orang ni menilai, orang tu menilai, orang mengenali menilai, orang tidak mengenali menilai, banyak penilai-penilai. Beringatlah, semua yang kita nilai itu akan diminta pertanggungjawabkan.
When someone judge you, ambil yang boleh membina diri dan pandang nilaian seseorang tu dengan matang, skop yang luas, positif dan muhasabah balik diri, jangan ambil dari sisi yang boleh menjatuhkan diri (fikiran negatif), jalan untuk berubah ke arah kebaikan tidak hari-hari ditaburi bunga dan dibentangkan karpet merah.
Selamanya, penilai dan hakim yang terbaik itu Allah. Banyak indikator yang harus diperhati sebenarnya, menilai memang hak individu itu (mulut orang kita mana boleh tutup, kita bukan mesin pemuas hati semua, lumrah jika ada yang suka dan ada yang tidak suka).
Kita tak minta pun, orang tetap nilai kita baik di depan atau dibelakang, namun cara menilai tu harus sama-sama kita muhasabah, kena guna ilmu, bukan emosi. Kan.
KITA,
Ada juga suatu ketika,
BILA ALLAH MENDUGA KITA DENGAN UJIAN ITU.
Akhirnya kita tetap tidak merasa apa-apa dari pengaduan kita pada si dia, dia, dan dia. Akhirnya kita tetap tidak merasa apa-apa dari pelbagai cara yang kita try and error itu. Susah hendak di explain . Kosong!
Macam ada yang tak kena pada hati. Kita rasa kita sudah meluah segala pada dia, dia, dan dia. Tapi, hati terasa seakan banyak lagi yang tidak terluah. Banyak lagi yang masih dipendam. Hati tidak puas. Hati rasa ‘berat’.
Ha..Begitu lah yang kita rasa.
Nak kata tak solat, kita solat.
Nak kata tak berzikir, Kita berzikir.
Nak kata tak berdoa, Kita berdoa.
Nak kata tak mengaji, Kita mengaji.
Kita dah lakukan pun solat, zikir, doa, mengaji dan mungkin bermacam-macam lagi. Dimana lagi silapnya?
.
Bila Allah menduga kita,
Kesungguhan.
Ya. Kesungguhan inilah yang kita perlukan. Kesungguhan yang sebenar-benarnya. Kesungguhan yang berkobar-kobar. Kesungguhan yang istiqamah.
Bukan yang ala kadar Bukan juga kesungguhan yang hanya melepas batuk ditangga. Ada beza orang yang benar-benar bersungguh dengan orang yang bersungguh biasa-biasa.
Saya menulis disini bukan hendak menilai dan meragui kesungguhan anda. Itu urusan kita masing-masing dengan Allah. Sebab kita sendiri tahu bagaimana kita bersungguh. Dan Sungguh Allah Maha Mengetahui kesungguhan kita.
Benar. Kita sudah bersungguh. Namun ingatlah mungkin kesungguhan kita belum berada di level yang boleh dikatakan benar-benar bersungguh.
Mungkin bersungguh kita untuk satu-satu tempoh masa sahaja atau sesuatu perkara sahaja. Lepas itu, kita kurang kesungguhan. Cuba kita fikirkan bersama, ada kita pernah kisah tentang beza berdoa dengan feel dengan berdoa yang kita tak rasa pun feel itu?
Yakinlah feel itu yang selama ini kita perlu. Hendak rasa feel itu. Kita kena dekatkan diri pada Allah. IMAN bagi mantap, dan perbaiki.
Recheck!
Dalam hendak buat segala sesuatu, niat kena lillahitaala. Doa dan terus doa. Buat dan terus buat. Jangan pula ditinggal terus.
Andai kita bersungguh tapi tak dapat, bersungguh lagi, namun masih tak dapat, bersungguh lagi teru dan terus sampailah habis nyawa kita.
Ya, kita solat, berzikir, berdoa, mengaji dan segalanya. Allah lihat, Allah nilai. Itu sudah tentu.
Namun sebagai hamba yang terlalu banyak menerima nikmat dari Allah, harus kita sering muhasabah diri, contohnya dalam berdoa. Kekadang tu kita berdoa hanya sekadar berdoa.
Lebih banyak mungkin masa kita berdoa itu yang dalam keadaan terkejar-kejar daripada berdoa yang kita duduk lama, serius, menghayati, dan mungkin menangis dalam berdoa.
Kita tak hadirkan sekali rasa bersungguh tu, rasa hamba itu. Di situ bezanya.
Ingatlah, Kita meminta pada yang Maha Besar, Maha Memberi, Maha mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sampai hati kita meminta dengan sambil lewa? Bukankah masa itu juga milikNya?
Ditambah lagi, kekadang tu mungkin diluar solat kita ragui dan persoalkan pula doa-doa kita tentang kenapa Allah tak jawab dan tak kabulkan doa kita.
Jika kita boleh khusyuk tengok movies, bak kata orang ‘faham benar konsep ceritanya’ sampai boleh buat kita ketawa atau mungkin ada part yang juga boleh buat kita sedih tapi kenapa tidak dalam berdoa, solat, berzikir dan sebagainya?
Ironinya, bukankah kesungguhan kita dalam memahami movies itu membuatkan kita rasa ingin ketawa dan menangis? Tepuk Dada, Tanya Iman. Renung-renungkan.
Bila Allah menduga kita,
Ingatlah bahawa,
Ada amanah yang kita galas,
Mungkin kita nampak satu dua yang menonjol,
Namun sebenarnya, setiap apa yang kita ada, dipinjamkan, dan apa yang kita pilih,
ada amanah didalamnya, akan diminta dipertanggungjawabkan.
Ketahuilah, selamanya sebaik-baik tempat mengadu adalah Allah s.w.t, no one knows our pain more than Allah and no matter how much someone knows, no one cares as much as Him.
Sama sekali tak salah hendak mengadu dan bercerita dengan orang lain. Mungkin dari situ kita beroleh nasihat yang berguna yang membina diri dan mendekatkan kita pada Allah.
Yang penting kita jangan lupa bergantung sepenuhnya pada Allah. Mengadu sungguh-sungguh yang sungguh ekstrim melebihi kita mengadu pada orang lain masalah kita itu pada Allah. Itu baru awesome!
Untuk kita yang diuji, semua orang ada bahagian ujian-Nya yang memang khas untuk dia. Sabar. Yakinlah, Allah Maha Adil. Allah uji, Allah sayang.
Andai kau rasa dunia dan seisinya seakan-akan tidak memahamimu, ketahuilah ada Allah yang sentiasa sudi, sentiasa memahami, sentiasa menguatkan, sentiasa menolong, sentiasa menenangkan, dan sentiasa mendengarmu.
Yakinlah, janji Allah pasti benar. Kita perlu lebih sabar dan lebih syukur.
Jom sama-sama kita membina diri, dan cari redha Allah.
“Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat…”
— Al-Baqarah 2: ayat 45
Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak diantara mereka menjadi orang-orang yang fasik.”
— Surah al-Hadid 57:16
Artikel ini adalah perkongsian ke Inbox kami ([email protected]) daripada Farahani Md Noor, [ Facebook | Blog | @Farahani137 ] Pelajar Universiti Malaysia Sabah.
Semoga perkongsian yang dikongsikan oleh beliau memberi makna dan manfaat kepada kita semua.
Tinggalkan Komen Anda..
Allahuakbar.. terima kasih penulisan yang boleh rasa dekat sangat dengan hati.
Artikel ini bagus menitik air mata saya bila baca ni jadikan pengajaran tuk kita semua
Air Mata saya mengalir..dan sebak rasanya setelah habis membaca Artikel ini…Terima kasih di atas perkongsian…Hanya Allah yang Maha Memahami dan Maha Penyayang…
Bagus bangat artikel nya.yup…brsungguh2 dlm doa bukn mudah tp…kita yakin bolh lakukan.Allah bg ujian pd kita sbb DIA lebih tahu apa yg mampu kita lakukan.kita di pilih tuk hadapi ujian ini itu sbb kita layak tuk hadapinya.tanamkn dlm hati DIA cabar kita tuk harungi stp kali d sapa ujian dgn SENYUMAN.seakan kita masih d bangku sekolah du2k dalam dewan peperiksaan SPM.yg menuntukn kejayaan kita…i2 trpulang pd cara bagaimana pengisian ilmu n teknik pmbelajaran yg kita tlh timba sblumnya dguna pakai tuk detik2 cemas n mncabar.maaf ne prkongsia pngalaman sy sndiri n sy pn masih belajr.semoga kita sama2 merasa kehadiranNYA…kasih sayangNYA…walau di mn jua kita berada..walau apa pn yg kita lakukan.sentiasa diberi hidayah n petunjuk olehNYA.diperluaskan perjalanan langkah kaki kita n sentiasa menuju kejalan yg diredhaiNYA ia itu jln yg lurus.Amin..
Artikel yg berhikmah.. sy suka
Terima kasih diatas ilmu yang dikongsi
Sangat bermakna :)
Artikel yang sangat baik dan membuka minda dan menggetarkan jiwa.
Turn to Allah before we return to Him.
La haulawala quwwata illa billah..