Ini adalah sambungan dari cerpen “Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga – Siri 2”. Bagi sesiapa yang belum mengikuti kisah ini, boleh mengikuti kisah ini dari :
- Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga – Siri 1
- Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga – Siri 2
***
“Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya.
Aiman hanya tunduk.
Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri.
Dia tak banyak cakap.
Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting.
“kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman.
“abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..”
Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?”
“Abah..”
“dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni!“ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu.
“abah, saya tak da duit banyak tu.”
“abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu.
Terduduk Aiman.
Ya Allah…
Tiba-tiba telefon Aiman berbunyi.
Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.
“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.
“waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!”
“er, kenapa along?”
“kau balik je!”
Tersentap Aiman tatkala talian di matikan.
Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas.
Ada apa ya?
Aiman mengambil briefcasenya.
Satu satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu.
Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah.
Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah.
Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.
“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah.
“eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah.
“Assalammualaikum.”
“hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya.
Aiman menarik kembali tangannya.
“kenapa along?”
“aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar.
Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata.
“..ta..tapi kenapa?”
“kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar.
“along tak boleh buat macam ni..”
“apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.”
“along, kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman.
“kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya.
“saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”
“hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi.
Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula.
Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat!
“abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman.
“saya izin..” sebak.
“..saya izinkan awak balik.”
Terus Syahir menarik adiknya keluar.
Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam.
“abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya.
Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
***
Aiman baru selesai solat Maghrib.
Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi.
Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je.
Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi.
Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil.
Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.
“awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi.
“Ira..awak..”
“sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap.
“saya buat macam ni agar awak senang…”
“tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.”
“awak tak faham..” sayu Aiman jawab.
Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.”
Aiman senyap.
“abang,tolonglah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.”
Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak.
“abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..”
“sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah….
“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..”
Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja.
“cuba abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)
Aiman beristigfar.
Mata di pejamkan seketika.
“sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga.
“abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.”
“tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.”
“abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…”
Aiman hanya diam.
“istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi.
Talian di matikan.
Aiman menarik nafasnya.
YA ALLAH…
***
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
.
“Assalammualaikum..”
Aiman menoleh.
“waalaikumsalam, eh ustaz.”
Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum.
“baca artikel apa itu?”
“Nasihat Rasulullah pada Ali.”
“oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?”
Aiman senyum.
“tenang duduk dekat masjid ni.”
“Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?”
Aiman sentap.
“hm,dia balik kampung.”
“oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.”
Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu.
Tangannya menyelak muka surat pertama.
Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya….
Terkedu Aiman.
Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya.
Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu.
Memang perit sangat dia rasa.
Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya.
Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan.
Tapi itu dulu… sekarang lain…
.
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum.
Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms).
Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu.
insyaALLAH. – Aiman
***
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.
“waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau.
“abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata.
“Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.”
“terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan.
Syukur, abinya seorang yang memahami.
Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air.
Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat.
Matanya tertala pada email versi video itu.
“kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu.”
Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu.
Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Astarfiruallahalazim.
***
Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi.
Haji Amran hanya senyum melihat mereka.
“abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah.
Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah.
“shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan.
Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya.
“jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran.
“terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap.
Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul, Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu.
Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini.
“kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah.
“Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
***
“saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah.
Aiman yang tengah memandu itu senyum.
“saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang.
“Ira…” panggil Aiman.
“ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.
“thanks.”
“thanks untuk apa?”
“sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil.
“bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.”
“tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum.
“saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu.
“thanks lagi sekali.”
Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?”
“settlekan bil-bil syarikat tu..”
“kita suami isteri kene saling membantu.”
“mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap.
Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along.
Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya.
Biarlah, hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini.
Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu.
“hm, rezeki Allah.”
“dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut.
“abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu.
Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan.
Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa.
***
Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi.
Aiman terus menerpa ke arahnya.
“awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum.
“biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.”
“kita pergi klinik.” Syahirah dah pening.
“tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.”
“no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat.
“abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah.
Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah.
Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu.
Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.
***
“abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya.
“..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi.
“abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan.
“hmm, kenapa sayang?”
“abang, jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah.
“dah pukul berapa?”
“hmm, 4.30 pagi.”
“jom.” Ajak Aiman.
Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu.
“..sayang ambil wudhuk dulu..”
“okay.”
Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman.
“mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi.
Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air.
Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah.
“abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat.
“..halalkan semua makan minum.”
Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya.
“abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium.
“Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum.
“hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng.
“boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk.
“oklah. Nanti abang belikan sarapan.”
“okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum.
“sayang awak juga.”
***
Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau.
Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak.
Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!!
Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah.
Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur.
Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya.
“Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau.
Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.
***
BERSAMBUNG…
=> klik untuk sambungan kisah ini, Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga – Siri 4
Tinggalkan Komen Anda..
We have been a lot of volunteers as well as starting off the latest program in the local community. Your blog provided us with practical details to function with. You have performed a notable approach and also the whole party will be pleased for your requirements.
sungguh menyentuh di hati….baik untuk teladan semua pasangan suami-isteri….mudah2an rumahtangga anda di berkati allah…aminnnnnnnnnnnnnn….ya rabbal alaminnnnnnnnnnnnn.:)))))))))))))))))))))))))
sdihnya……ceritanya sangat menyentuh hati..