Saya kehilangan dia pada saat saya belum bersedia untuk melepaskan dia pergi..
…namun saya juga belum ada keyakinan untuk menerima dia sebagai imam saya sekaligus meletakkan dia sebagai penentu haluan hidup saya seterusnya.
Keyakinan yang masih belum kunjung tiba lewat tiga bulan kami berkenalan.
Tiga bulan, mungkin singkat bagi orang lain.
Tapi cukup panjang untuk saya berada dalam hubungan yang tak pasti hala tujunya.
Dalam masa yang sama saya perlu menjaga hati, menjaga batas pergaulan yang saya akui, sering kali saya kabur tentangnya.
Ya, memang saya yang masih belum yakin.
Memang hati saya yang sering berbolak balik sedangkan dia sedia menerima diri saya apa adanya.
Tanpa syarat.
Dan pada saat saya kehilangan dia, baru saya mengerti betapa berharganya dia dalam hidup saya..
………
Penulisan saya ini untuk berkongsi dengan mereka di luar sana yang sedang melalui apa yang saya rasakan ketika ini.
Hanya ingin berkongsi, jauh sekali untuk mengajar.
Saya tak layak untuk mengajar kerana sungguh, sejak dia memutuskan untuk mengakhiri hubungan ini belum pun sebulan yang lalu, hingga ke hari ini saya masih lagi dalam proses memujuk hati.
Cuba berfikiran positif. Optimis bahawa kesakitan yang sedang saya rasai ini bakal berakhir.
Seperti lagu Opick,
Tiada duka yang abadi selamanya,
Tiasa sepi merantaimu selamanya.
Malam kan berakir hari kan berganti.
Takdir hidup kan dijalani.
Hakikatnya memang tiada apa yang abadi di dunia ini.
Segalanya-galanya fana, akan hilang suatu hari nanti. Sedih, sepi, suka, duka, segalanya silih berganti.
Jujur, sejak hampir sebulan lalu, apa saja yang tak saya rasai?
Rasa bagai berjalan di atas angin. Melayang-layang.
Bangun tidur dengan hati yang kosong, berharap yang semua ini tak pernah terjadi.
Memandu sepanjang perjalanan daripada rumah ke kampung dengan air mata yang tak henti mengalir.
Melayan lagu-lagu cinta. Meroyan, merampus, mengadu dengan kawan baik saya setiap hari. Tak lalu makan. Teringat dia.
Bagai terdengar-dengar kata-kata akhirnya di telefon awal pagi itu, saat dia memutuskan untuk mengakhiri semua ini- ‘awak jaga diri.’
Suatu ketika dulu, pernah saya katakan padanya, saya mampu kawal perasaan saya sendiri.
Maksud saya, saya tak akan jatuh sayang pada mana-mana lelaki melainkan pada lelaki yang telah sah bergelar suami saya.
Tapi nyata saya takabbur.
Siapa saya untuk mengawal perasaan sendiri?
Sedangkan hati itu sendiri milik Allah.
Saya hanya sedar yang rasa sayang itu memang ada selepas dia tiada.
Perit. Memang perit.
Jujur, beberapa hari ini, air mata yang dah lama tak menitis ini menjadi begitu murah sekali.
Nafas ditarik terasa begitu sesak.
Sempit, pedih. Hanya yang pernah melalui yang akan merasa.
Segalanya saya simpan sendiri kecuali kepada rakan baik saya yang jauh di mata. Hanya pada dia saya mampu luahkan segalanya.
Di depan orang lain saya berlakon kuat.
Dan Alhamdulillah, ia mengundang saya untuk jadi kuat seperti apa yang saya paparkan.
Hakikatnya rasa kehilangan yang saya lalui, tiada siapa mengerti.
Apatah lagi perjalanan hubungan saya dan dia mungkin tak sama seperti orang lain.
Serik dan takut dengan masa lalu. Takut ia berulang..
Selepas putus tunang pada tahun empat tahun yang lalu, saya sangka yang saya tak akan melalui situasi ini lagi kerana selepas putus tunang, saya bertekad hanya ingin bercinta selepas nikah.
Jadi selama empat tahun ini saya menolak kehadiran lelaki lain dalam hidup saya.
Bukan serik, tapi kerana saya sendiri tak pasti dan keliru bagaimana untuk menerima kehadiran lelaki lain, dalam masa yang sama cuba menjaga diri daripada perangkap couple.
Sungguh saya keliru.
Tapi takdir Allah menemukan saya dengan dia.
Sejak kali pertama mengenali dia, seringkali dalam doa saya panjatkan, Ya Allah jika dia benar jodohku, mudahkan proses ini.
Saya tak ingin berlama-lama dalam hubungan yang tak pasti.
Seringkali juga saya mohon agar hati saya tak terikat pada mereka yang tak layak agar saya mudah melepaskan suatu hari nanti.
Solat istiharah telah beberapa kali saya kerjakan, tapi hingga ke hari ini saya masih belum ada ketetapan hati.
Hakikatnya saya tahu saya sedang mendera diri saya dan dia juga.
Saya tahu dia memang bersungguh-sungguh.
Sejak pertemuan yang kedua lagi dia telah mula bercakap tentang perkahwinan, tentang keinginan untuk memiliki cahaya mata sendiri.
Malah dia telah berjumpa ibu bapa saya dan ibu bapa saya sendiri cukup berkenan dengannya.
Tapi entah mengapa hingga ke hari ini saya masih mencari rasa yakin yang tak kunjung tiba. Sukar untuk diterangkan.
Bagaimana saya bisa menerangkan apa yang ada dalam hati ini dengan kata-kata sedangkan saya sendiri tak dapat menerangkan pada diri saya sendiri.
Apakah saya terlalu judgemental?
Adakah saya terlalu mengharapkan kesempurnaan? Apakah saya tidak realistik?
Apakah saya telah terlalu lama hidup sendiri hingga saya tak pandai menghargai kehadirian orang lain dalam hidup saya?
Mungkin saya takut dengan masa lalu dia.
Atau saya takut dengan masa lalu saya sendiri.
Atau…entahlah. Saya keliru. Sungguh keliru.
Ya, memang saya pentingkan diri.
Saya belum bersedia untuk menerima dia, dalam masa yang sama saya harap dia sentiasa ada hingga tiba saat saya membuat keputusan yang belum tentu memihak kepadanya.
Dalam masa yang sama juga, saya dihambat rasa bersalah melanjutkan hubungan antara dua insan yang bukan mahram.
Walaupun antara kami tak pernah keluar berdua-duaan, tak juga saling mengungkap perasaan, namun tetap disulami aktiviti bertanya khabar, berborak tentang diri masing-masing, tentang hal semasa yang kadang kala berlanjutan hingga ke lewat pagi.
Sungguh, saya rasa bersalah.
Kini saya cuba bangkit.
CD lagu-lagu cinta saya patahkan.
Hakikatnya ia hanya melalaikan, membawa saya tenggalam dalam khayalan-khayalan yang tak berkesudahan.
Saya cuba menahan diri untuk mengadu kepada rakan saya.
Saya suka didengari, tapi hakikatnya saya ada Yang Maha Mendengar, Yang sentiasa sudi untuk mendengar, malah hanya Dia yang akan dapat meringankan setiap rasa dalam hati saya dalam erti kata yang sebenarnya.
Menangis. Ya saya masih menangis.
Tapi tangisan itu saya panjatkan dalam doa.
Saya untaikan dalam pengharapan agar Allah menetapkan yang terbaik untuk saya walau mungkin penilaian ‘baik’ bagi Dia tak selari dengan nafsu saya.
Letakkan penilaian baik dan buruk hanya pada Dia Yang Maha Tahu. Saya hanya hamba yang perlu akur dengan segalanya yang telah ditulis untuk saya.
Tiga langkah ini saya gariskan untuk diri saya sendiri dalam menghadapi ujian ini.
Saya sendiri masih ‘struggle’ untuk mengamalkannya saban hari.
Moga ia bermanfaat untuk mereka yang sama sedang melalui apa yang saya rasai ketika ini.
Bukan senang nak menjaga hati dan melupakan dari ingatan.
Muhasabah diri.
Ya saya akui, dalam tiga bulan kami berkenalan, tak kira bagaimana saya cuba menjaga hati, tetap ada salah langkah.
Banyak. Terlalu banyak.
Mungkin hati saya sendiri telah kotor dicemari dengan ingatan pada lelaki yang bukan mahram.
Dalam masa itu, Allah hilang dari hati saya. Dan kini Allah ingin membersihkan hati saya agar saya meletakkan sesuatu yang hak pada tempatnya.
Hanya Allah yang berhak bertahta di hati, bukan manusia.
Seringkali saya ungkapkan dalam doa, Ya Allah sesungguhnya rasa sakit ini jauh lebih baik daripada azab Mu di akhirat kelak.
Ya Allah, dosaku banyak, amalku sedikit, kehendakku besar. Sungguh aku telah menzalimi diri sendiri.
Saya pernah mendengar ceramah ‘you tube’ daripada Yasmin Mogahed, di akhirat nanti kita sanggup menebus apa saja untuk menyelamatkan diri kita daripada azab Allah.
Apa saja. Ibu bapa, anak, suami/isteri, harta, benda.
Jadi kenapa tak di dunia?
Bukankah ujian itu tanda Allah sayang pada kita?
Tanda Allah sedang memandang kita. Allah ingin mendengar rayuan kita padaNya.
Sejak putus tunang dulu, saya tidak pernah diuji dengan ujian hati seperti ini. Hidup saya tenang-tenang saja. Segala-galanya mudah bagi saya.
Baru sekarang Allah berikan ujian ini, takkan saya terus lupa nikmat tenang yang telah Allah kurniakan sebelum ini.
Yakinlah, dengan bersyukur baru kita akan nampak yang masalah kita ini sebenarnya begitu kecil.
Jauh lebih kecil berbanding dengan saudara-saudara se Islam lain yang sedang diuji.
Bayangkan anak-anak yatim di Syria, di Palestin yang perlu melalui segala kesusahan hidup seorang diri selepas kehilangan ibu bapa yang tersayang.
Mereka yang daif, yang perlu memikirkan perut anak, isteri dan perut sendiri untuk diisi sehari-hari. Etnik Rohingya yang ditindas kejam, mencari tempat untuk berlabuh.
Mereka yang diuji dengan penyakit yang tak sembuh-sembuh. Mereka yang kekurangan upaya. Mereka yang hidup tanpa iman.
Ya Allah, malunya saya.
Syukur Ya Allah, hanya ini ujian Mu. Sedangkan daripada segi lain semua saya cukup. Saya ada Islam, cukup makan, pakai, kesihatan saya baik, sempurna semua anggota.
Saya ada keluarga, kawan, ada kerjaya.
Banyak lagi nikmat Allah yang tak mampu saya ungkapkan. Yakinlah, ujian Allah tak kan melebihi kemampuan hambaNya. Terima kasih Ya Allah.
Menyerahkan segalanya pada Dia. Kerana hanya Dia yang Maha Tahu.
Rencana Dia adalah yang terbaik, melebihi keinginan saya. Allah Maha Tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan.
Allah juga tahu apa yang saya mampu hadapi dan apa yang saya tak mampu hadapi.
Mungkin Allah beri saya rasa sakit sekarang ini untuk mengelak rasa sakit yang lebih besar di masa akan datang.
Kalau bukan di dunia, mungkin di akhirat. Yakinlah, takdir Allah adalah yang terbaik. Yang terindah.
Sering saya panjatkan dalam doa, Ya Allah bergantung pada manusia itu menyakitkan.
Lalu ajari aku Ya Allah, untuk hanya bergantung pada Mu. Mengharap pada Mu. Mengembalikan semuanya pada Mu. Jadikan redha itu bukan sekadar di mulut, tapi di hati.
Bukan tugas kita untuk berfikir sampai pening-pening kepala tentang soal jodoh yang telah ditetapkan Allah sejak azali lagi.
Bukan juga untuk mengenang masa lalu.
Tugas kita hanya untuk beribadah pada Allah. Redha atas apa jua kurniaanNya.
Belajar untuk redha..
siapa yang tak mahu berkahwin?
Tapi saya tak mahu jadikan kahwin itu matlamat. Tetapi sebagai jalan.
Jalan untuk mencapai redhaNya. Dunia ini terlalu rendah nilainya untuk diletakkan sebagai matlamat.
“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan
amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu
sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”
Surah Al-Kahfi: 46
Langkah yang seterusnya selepas redha…tiada.
Saya hanya perlu menjalani kehidupan harian seperti biasa, bersendikan sunnah Rasullah s.a.w.
Hanya perlu yakin, suatu hari nanti saya pasti akan dapat lihat hikmah di sebalik semua ini.
Hikmah itu tak perlu dicari, tak perlu ditunggu. Ia akan datang sendiri.
Dengan syarat kita sabar dan redha.
Tak di dunia, di akhirat.
Bagaimana mengisi ruang kosong dalam hati?
Suatu masa dulu selepas saya putus tunang, hati saya kosong.
Bagai ada lubang besar di dalamnya.
Saya tercari-cari apa yang dapat memenuhi hati saya yang kosong ini.
Saya merancang percutian, keluar dengan kawan-kawan, menonton filem.
Namun hati saya tetap kosong.
Rupa-rupanya itu cara Allah nak beri petunjuk untuk cari Dia, untuk bergantung hanya pada Nya.
Untuk kembali sedar tujuan utama saya diwujudkan di muka bumi ini. Tanggungjawab yang telah lama saya lalaikan.
Hanya selepas itu saya sedar yang rasa kosong yang Allah beri itu jauh lebih baik daripada Allah penuhkan hati saya dengan perkara-perkara haram atau lagha, dengan kawan-kawan atau pasangan serta perkara-perkara lain yang membuat saya makin jauh denganNya.
Bagaimana pula saya nak lupakan dia?
Tipu jika saya katakan ia sesuatu perkara yang mudah. Saya tak mungkin dapat lupakan dia, sekurang-kurangnya untuk beberapa ketika ini.
Jadi saya hanya pertu tukar ‘mindset.’
Bagaimana?
Saya selalu berfikir, banyak mana pun kelebihan dia, dia tetap makhluk. Dia hamba Allah. Yang baik itu semua datang daripada Allah.
Dan InsyaAllah sifat baik itu juga ada pada ramai orang lain di luar sana.
Dan yang lebih pasti, kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w itu pasti lebih sempurna. Kasih sayang baginda pada umatnya lebih telus, lebih wajar untuk dikenang.
Bagindalah insan yang paling layak untuk dikasihi. Juga saya ada ibu bapa yang begitu menyayangi saya.
Yang telah banyak berkorban untuk saya selama ini.
Takkan hanya kerana seorang lelaki membuatkan saya lupa tentang semua ini?
Penutup: Doa juga jangan lupa.
Itu senjata terampuh seorang muslim.
Hingga ke hari ini namanya masih terselit dalam doa saya, begitu juga dengan bekas tunang saya, moga kami sama-sama dipertemukan dengan jodoh yang makin mendekatkan kami denganNya.
Dan pada saat saya kehilangan dia, itulah saat saya kembali mengadu, merintih dan mengharap kasih pada pencipta saya. Pada Dia Yang Satu.
Sesuatu yang terlalu mudah dilupakan dalam menghadapi kesibukan harian.
Ya Allah, ampunkan segala salah dan dosaku
Ya Allah, syukur atas segala nikmat yang telah kau kurniakan pada ku.
Ya Allah, ajari aku untuk redha atas segala ketetapan Mu.
Percayalah, saat anda kehilangan adalah saat anda akan memperoleh sesuatu yang lebih berharga.
Dengan redha, segala-galanya pasti akan menjadi lebih indah.
Tinggalkan Komen Anda..
hahaha ktwa aku tgk posting ni.aku mmng da hilang segala2nya sbb allah itu jahat lg zalim.
terim kasih kerana menulis artikle ni.. sgt membantu sy utk muhasabah diri yg lemah ini.. :-)
Terkesan dgn penulisan saudari..
Terima kasih berkongsi.sakit dan pedihnya meratapi kehilangan. Baru 2 minggu saya mengalaminya…. cptlah 2 tahun..sebab sya tahu hanya masa akan merawat kesedihan…
saya putus tunang hampir dua tahun lalu. dan tersangat fobia untuk memulakan sesuatu hubungan sebab rasa rendah diri sangat tinggi dalam diri.
lalu saya cuba untuk membuka hati utk orang, nyata.. ujian yang serupa melanda. saya telah di tinggalkan walaupun hubungan tidak sampai 6 bulan.
niat dan matlamat hubungan adalah untuk berkahwin, tapi lain pula yg berlaku.. kami merancang, dan Allah juga merancang. tetapi perancangan Allah adalah yang sebaiknya.
berat sangat rasa hati.
adakalanya seperti berputus harap.
takut-takut di kecewakan lagi.
lebih lagi banyak kekurangan dalam diri.
hikmahnya, hanya Allah yang mengetahui.
Ya allah mmg rasa perit dan sakit rasanye bila kita putus tunang ni…sy mengalami keadaan y sama..bercinta 8 tahun bertunang br 4 bulan..3 minggu lps putus tunang di bulan ramadhan..smpi sekarang masih lg sakit n seksanye untuk menghadapi hari2 biasa..mmg sungguh besar dugaan sy..sekarang sy byk mendekati allah swt utk melupakn semua tu.. Sungguh perit..
moga awak lebih kuat utk ari2 yg akan datang..bkn mudah kan..knal&kwn selama 8 thun..tup2 tunang lpastu dah putus..klau sye dtmpat awk xtahu mcmcne..InsyAllah..Allah s.w.t sntiasa ade dgn kita..moga ari2 awk lebih ceria&bhgia..ni smua bru bg awk kan..p/s:utk dri sndri jga..supya lbh dkt dgn Allah..sama2 kita istaqamah&berdoa
Terima kasih nur..mmg seksa sungguh nk mghadapi hari2 biasa..mcm masih terngiang2 lg mcm smlm br terjadi..tipu lah kata x menangis hari2 kalo teringat..mudah2an sy kuat hadapi semua ni..insyaallah sy cuba kuatkn diri sy..aminn…
saya pernah bercinta tetapi masih tak bersedia untuk pernikahan. sedangkan yang lelaki dah berharap nak jumpa orang tua. masa awal perhubungan dia meminta saya untuk setia dan percaya pada dia walau apa pun. tapi sekarang… kami seolah olah tergantung.. si lelaki berdiam diri dan terus tak contact saya atau menjawab panggilansaya dan tiada kata putus. tak tahu sama ada saya masih bersama dia atau dia sudah pun melupakan saya. dalam hati, saya masih yakin satu hari nanti kami akan bersama tapi saya rasa seolah olah telah dibuang mentah mentah dari hidup dia. hanya mampu doa. saya menunggu tapi.. entahlah.
Ukhti,
Daripada tergantung2, baik clarify dgn dia betul2. Senang untuk kalian move on.
p/s: Saya bukanlah pakar cinta, saya adalah kakak kpd 3 orang adik lelaki. Wallahu a’alam.
:)
Cik lili, situasi kita sama..bezanya, sy sndri yg beri kata putus wlupun dia lgsg x reply call dn msg sy sbb sy dh x sggup trluka dgn sikap dia yg diamkn diri tnpa sbb dn alasan. sy aggp dia dh x inginkn sy lg dn utk apa sy menyeksa diri sy utk menunggu dia yg pergi tinggalkn sy tanpa kata? dh 2 bulan dia pergi tinggalkn sy dn shingga hari ini sy x mampu utk lupakan dia. kini sy blaja utk redha dn cuba utk move on. sy percaya ada hikmahnya. klu dia betul jodoh sy, Allah akn kmbalikn dia pd sy dlm keadaan yg jauh lbh baik dr dulu. semoga kita sama2 kuat hadapi ujianNya. :’)
Pesanan buat adik-kakak di luar sana:
1) jika ada lelaki yg baik dan mak ayah berkenan, jangan buang masa bermain-main dengan hati. Terima sahaja si dia. Cinta boleh dipupuk kemudian,insyaALLAH.
2) sebaiknya jangan bertukar2 nombor,email,FB dengan lelaki ajnabi jika ingin benar2 menjaga hati. Jangan bermain dgn mancis kalau enggan terbakar diri.Tunggu greenlight mak ayah plus dah ada niat nak kahwin dengan si dia, baru bagi nombor etc.
3) Jika dah sampai umur + mood nak bernikah,bagitahu mak atau kakak dgn segera. Jangan pendam sehingga tersasar. Umur 18 tu dah chomey dah. Jangan tunggu nak habis belajar.. nikah dan belajar boleh seiring (^_^)
wallahu a’alam.
saya juga berkongsi pengalaman yg ada ;)
Terima kasih anon ats tip
ya, sy akui kesilapan sy.. Sy mmg bermain api.. Niat kahwin ada, mak bpk ok tp kaki sy yg takut nak melangkah
sbnrnya sy dgn dia masing2 dlm proses islah diri.. Sng utk ckp ssh utk buat..
antra perkara yg selalu buat sy ragu adalah jika kami dpt berjalan seiring dlm perjalanan ni..adakah hala tuju kami sama.. Adakah matlamat kami x bertentangan
entah, mgkin sy yg terlalu complex
waallahua’lam
Ukhti, selepas kalian terpisah,ada ukhti cuba hubungi dia kembali?
Pada saya, tak salah hubungi dia kembali. Memandangkan ukhti telah muhasabah diri dan belajar salah satu hikmah kehidupan. If he is REALLY WORTH it, go chase him no matter what.
Ingatah,walaupun dia lelaki tetapi dia hanya manusia biasa. Ada perasaan. Tak mungkin seseorang itu mudah melupakan orang yg dia pernah sayang (melainkan dia tak ikhlas).
:)
Tq anon
Sy ada hubungi dia beberapa kali tanya beberapa hal pntg.. X melibatkan perasaan pun..walaupun lmbt smpai berminggu2 tp dia msh bls
lps ramadhan ni insyaAllah sy akan hubungi dia lg utk clarify semua benda.. Kalau msh ada jodoh sy x nak berlama2 lg
kalau tak pun sy dah redha
thankz Aisya for your tips & experience..ape yg berlaku dlm hidup awk mcm ape yg sye hadapi jga..dah 6 bulan jga sye lost ctc dgn dya..dlu mse sye rapat dgn dya,sye happy & bhgia sgt..tp sye lupa tentang yg stu Allah..bila sye duji sye rse mcm xblh move on..sye rse klaulah sye xberkenalan dgn dya..sye berkenalan dgn dya melalui fb..10 bulan sye berkwn dgn dya..lpastu dya dah slow up ngn sye sbb stu perkara..myb tu smua ujian utk sye..Allah bg sye sakit skrg,utk sye tidak sakit utk mse2 hadapan..sye hrap sye leh move on my life..sye kne bljar redha & sabor ngn ujian ni..moga stu hari nnti ade seorg lelaki yg lbh baik utk sye..sme2 kita istiqamah & berdoa2..;-)
Besyukurlah di saat Allah masih menyayangi kita.Di saat Allah sayangkan umatnya Allah akan kirimkan satu ujian.Ujian itu tanda kasih sayang Allah…Damailah hati ini…bersabar dan selalu berdoa..bahagia tak semestinya kita dapat yang kita hajatkan tapi bahagia akan kita dapat bila kita selalu mendekatkan diri kepadaNya…hanya yang mengalami yang mampu memahaminya…
sama, seperti yang saya alami saat ini :)