Bagaimana Nilai sebuah persahabatan Akan Mengubah Cari Fikir Kita Mengenai Kehidupan?

Nilai sebuah persahabatan dalam islam

Ramai orang bersahabat, tetapi tidak ramai yang ada sahabat yang sejati.

Ramai yang bersahabat, mana mungkin kita hidup di dunia ini bersendirian tanpa insan yang bergelar sahabat.

Tidak dinafikan jika dahulu sahabat kita adalah ibu bapa dan adik beradik kita.

Kemudian apabila menjejakkan kaki ke alam persekolahan, akan ada pula kenalan lain digelar rakan dan rakan baik sehingga ada yang seperti belangkas asyik berkepit 24 jam.

Namun, ada juga persahabatannya terhenti seiring tamatnya musim persekolahan.

Oleh itu, apa sebenarnya erti sebuah persahabatan yang dianjurkan oleh Islam?

Adakah sahabat seseorang yang mempunyai banyak persamaan dengan kita? Atau seseorang yang ada bersama kita ketika kita senang atau susah?

Atau seseorang yang mungkin seakan lupakan kita tetapi doanya tidak putus buat kita?

Kita tinggalkan sebentar soalan ini.

 

Untuk apa kita bersahabat sebenarnya?

Satu persoalan yang jarang kita tanyakan pada diri kita. Mungkin kurang penting pada kita.

Tetapi sebenarnya matlamat persahabatan itu perlulah jelas agar nilai sebuah persahabatan itu dapat kita raih dan nikmatnya dapat kita rasai.

Mungkin ramai mudah mengatakan, “Aku bersahabat kerana Allah”, namun, sejauh mana kita mampu melaksanakannya.

Jangan kita ingat hanya Cinta memerlukan pengorbanan, persahabatan juga memerlukannya. Fitrah manusia yang dikurniakan emosi.

Di saat persahabatan kita diuji, di sini kita boleh nilai sejauh mana ikhlasnya kita bersahabat. Orang kata kawan ketawa ramai, kawan menangis jarang dijumpai.

Mampukah kita yakin ada di kalangan sahabat kita yang akan ada untuk mendukung kita di saat kita memerlukan mereka?

Jika itu yang kita inginkan, sudah semestinya sahabat kita juga berfikiran yang sama.

Sudah saya utarakan tadi, persahabatan yang tulus adalah benar-benar kerana Allah. Tidak mengharapkan sebarang balasan, hanya untuk memberi.

Tidak ada sebarang rungutan apabila melakukan dengan ikhlas. Sejauh mana kita ikhlas dalam bersahabat hanya Allah yang mampu menilainya. Saya teringat satu kata-kata tentang ikhlas:

“Masih belum ikhlas kalau kita masih boleh mengungkit”.

Indahnya bersahabat kerana Allah, kerana semua yang dilakukan untuk sahabat hanya untuk mengharapkan balasan dariNya. Lalu, untuk apa pujian manusia atau balasan darinya sedangkan ada Allah yang Maha Kaya.

Ketika saya mencoretkan artikel ini, saya teringatkan sahabat saya yang sentiasa mengingatkan kami tentang Allah. Tuturnya tidak lari dari mengharapkan redha Allah.

Pada mulanya,saya seolah-olah malu dengannya, seakan saya dipaksa berbuat baik di depannya.

Namun, ketika saya faham bahawa dia menasihati atas rasa kasih pada sahabat dan untuk kebaikan diri saya juga tanpa mengharapkan sebarang balasan, saya mula mengerti.

Saya pernah terbaca satu petikan bahawa Allah akan mengirimkan orang yang baik jika kita berniat untuk menjadi orang yang baik.

Sebab itu kita harus bijak memilih sahabat kerana sahabat merupakan cerminan diri kita. Oleh itu, bagaimana jika sahabat kita belum seperti yang kita harapkan?

Jawapannya, jangan tunggu sahabat yang baik tetapi jadilah sahabat yang baik itu. In Shaa Allah, kita akan menjadi magnet yang membawa perubahan itu.

Dalam hati setiap hamba Allah pasti ada satu rasa untuk berubah. Itulah fitrah mungkin cara untuk menzahirkannya sahaja perlukan mujahadah.

 

Jadi dahulu seperti yang diinginkan

Mari sahabatku, kita refleksi diri. Jadilah seperti yang kita impikan.

Dalam memilih pasangan hidup, kita amat behati-hati agar pasangan kita dapat bersama-sama kita menuju redhaNya.

Dalam persahabatan juga wujudkan ciri-ciri sahabat yang diidamkan agar kita dapat sama-sama menikmati indahnya bersahabat keranaNya.

Di sini saya gariskan beberapa ciri yang perlu ada dalam diri seorang sahabat (juga untuk kita yang bergelar sahabat)

  1. Berpegang pada agama (Beragama sahaja tidak cukup kerana cinta pada Allah bukan hanya melalui kata-kata sahaja tetapi melalui perbuatan melaksanakan perintah dan menghindari laranganNya)
  2. Berakhlak (Akhlak ini apa yang terzahir di hati, dan sesungguhnya akhlak yang terpuji ada pada Rasul yang kita cintai, Nabi Muhammad s.a.w)
  3. Sanggup berkorban
  4. Menjaga aib sahabatnya
  5. Sentiasa menasihati dan bersedia menerima teguran

 

Akhir kalam: nilai sebuah persahabatan yang sebenarnya.

Saya ulang soalan tadi apa sebenarnya erti sebuah persahabatan yang dianjurkan oleh Islam?

Sahabat adalah insan yang selalu di samping kita walau tidak ada di depan mata tapi dalam doanya sentiasa ada untuk kita.

Islam menganjurkan persahabatan yang dilandasi kasih sayang kerana Allah.

Jika itu matlamatnya pasti akan saling ingat-mengingati ke arah kebaikan dan bersama-sama mencegah kemungkaran. Indahnya hidup bersahabat bukan?

Kesimpulannya, persahabatan itu cukup indah bagi mereka yang benar-benar megerti akan nilainya. Sedarlah wahai sahabat adalah antara hadiah terbaik dari Allah untuk kita.

Jangan sesekali bersahabat kerana keperluan semata-mata kerana apa sahaja yang kita lakukan tidak akan lari dari Yang Maha Melihat.

Manusia memang tidak lari dari kesilapan tetapi itu tidak menjadi alasan untuk kita tidak berusaha berubah ke arah kebaikan. Mari audit diri.

Cuba hayati bait-bait lirik lagu nyanyian kumpulan Brothers yang berjudul Teman Sejati ini;

Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjalanan ini,

Bersyukur kini padaMu Ilahi teman yg dicari selama ini telah kutemui,

Dengannya disisi perjuangan ini senang diharungi bertambah murni kasih Illahi,

KepadaMu Allah ku panjatkan doa agar berkekalan kasih sayang kita,

Kepadamu teman ku pohon sokongan, pengorbanan dan pengertian,

Telah kuungkapkan segala-galanya.

….

Artikel ini dikongsikan ke inbox kami oleh Nor Umira binti Shahar. Semoga memberi manfaat yang baik kepada semua. Syukran.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

12 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
hamba
hamba
6 tahun yang lalu

saya amik kata2 awak

hamba sahabat yang dilukai
hamba sahabat yang dilukai
6 tahun yang lalu

adakah nilai persahabatan ni boleh digadai untuk mendapatkan sebuah cinta… kenapa sekarang ramai yang bergelar sahabat sanggup gadaikan sahabat sndri dgn melukai dan menghina semata mata untuk dapatkan cinta…. ramai yang menganggap melukai sahabat tak apa kerana sahabat tetap akan ad sampai bila bila tetapi cinta tak boleh diperlakukn mcm diatas kerana cinta boleh hilang…

abahqu sayang
abahqu sayang
8 tahun yang lalu

Jutaan terima kasih pd sahabat2 ats keikhlasan n pengorbanan anda selama ini.sahabat setia sehidup n semati.jasamu tetap dikenang hingga ke akhir hayat.semoga persahabatan ini kekal hingga di alam syurga.Amin..

hana omey
hana omey
8 tahun yang lalu

Maaf pembetulan tarikh 15.12.10.he

hana omey
hana omey
8 tahun yang lalu

Alhamdulillah…persahabat kami dh genap 5 tahun (15.12.12).persahabatan jarak jauh.macam2 dugaan n karenah berlaku selama usia ne.smua jenis emosi pn dh di lalui bersama.bla jd sahabat setia ne kadang mejengkelkn kadang sweet jgk.he.pa xnya..rsau lebih i2 yg wat rimas(hilang fokus) nt xlayan dy naik hantu plk.bla layan…jd lain plk.huhu.sahabat..sahabat..aqu merayu pdmu kawal emosi tue.klau dh xtahan ckp je terang2 jgn se2kali cederakn dirimu sbb kesakitan mu adalah bebanku.

umirashahar
umirashahar
Reply to  hana omey
8 tahun yang lalu

dalam bersahabat memang banyak dugaanya…apa yang penting bagaimana kita atasinya…

puteri aisha
puteri aisha
8 tahun yang lalu

Sahabat i2 bila kita seiring n sejalan.pelengkap stiap kekurangan.sentiasa mendoakan kebaikkan masing2 wlwpn kekadang doa xikhlas sbb tu jgk perlu saling memahami n bertolak-ansur.bla seorang api seorang jd la air kn mudah.Insyaallah sahabat yg dibarkati n dirahmati pertaliannya akn berpanjangan sampai ke jannah.trima ksi lirik lagunya.mmg strat kluar album ne sy sllu dengar n nyanyi dlm diam.punya main susah nk dpt sahabat sejati tau.dpt pn kejap je baik.kadang cam angin pn da.ala…cam biskut cipsmore la..kejap de kejap xda.he…pape pn sahabatqu mmg hebat.dijamin halal.hehehe…

umirashahar
umirashahar
Reply to  puteri aisha
8 tahun yang lalu

in sha allah, sebab itu saya gariskan persahabatan tanpa syarat…jadi sahabat yang setia…

Ukhti Ninja
Ukhti Ninja
8 tahun yang lalu

Assalamualaikum wbt. Ana minta izin share ya?

umirashahar
umirashahar
Reply to  Ukhti Ninja
8 tahun yang lalu

Waalaikummussalam….silakan

Pakar Merawat Sihir
Pakar Merawat Sihir
8 tahun yang lalu

Persahabatan terbaik adalah sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan sahabat2 nya.

Persahabatan sejati yg membawa hingga ke alam akhirat. Kira bolehlah mengkaji bagaimana setianya sahabat Baginda kepada Baginda.

Mereka sanggup mati kerana cintanya mereka kepada Rasulullah.

umirashahar
umirashahar
Reply to  Pakar Merawat Sihir
8 tahun yang lalu

Ya, sesungguhnya teladan yang baik itu ditunjukkan oleh kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w