Bila Kurang Kacak & Kurang Cantik, Maka Akan Selalu Disisihkan

Bismillah~

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca AkuIslam.com.

Tujuan saya menulis artikel ini bukan bermaksud tidak berpuas hati dengan ciptaan Allah SWT tetapi hanya peringatan untuk diri sendiri.

Sudah lumrah manusia, seseorang yang kacak dan cantik akan selalu diutamakan. Kita boleh lihat disekolah atau dimana-mana tempat sahaja.

Walaupun seseorang yang kacak dan cantik itu bukan seorang yang berilmu, tetapi kekacakan dan kecantikan sudah dapat menarik perhatian orang.

Cantik
Cantik | Vast Differences by ~loveforRuka (devianart)

Bagaimana mereka yang kurang kacak dan kurang cantik?

Maaf saya katakan. Mereka selalu disisihkan! Mereka tidak akan mendapat layanan seperti mereka yang kacak dan cantik.

Sekali lagi, ini lumrah manusia.

Mereka yang kurang kacak dan cantik ini akan rasa sangat tersisih.

Bukan tidak bersyukur, tetapi kecewa dengan sikap manusia yang hanya ”pandang” orang-orang yang kacak dan cantik.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”

Riwayat Muslim

Sebagai seorang yang kurang kacak dan cantik, perlukah kita mengeluh?

Tepuk dada tanya Iman. Bersabar dan bersyukurlah apabila menerima ujian ini.

Fiman Allah:

“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya dari kejahatan.” (QS al-Baqarah : 177)

Biarlah kita tidak dipandang manusia, asalkan kita dipandang Allah. Ingatlah, setiap kekurangan pasti ada kelebihan dan setiap kelebihan pasti ada kekurangan.

Alhamdulillah. Kekurangan ini ada pada diri saya dan saya sangat bersyukur kerana kekurangan ini menyebabkan saya tidak pernah ”bercouple” sebelum nikah yang akan mendekatkan diri kepada zina.

Besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya.

Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.

Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan.

Bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. Kebaikan mahupun keburukan. Teruskan senyum :)

****

artikel ini adalah perkongsian ke inbox kami oleh Hamba Allah. Semoga memberi manfaat kepada semua =)

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

16 thoughts on “Bila Kurang Kacak & Kurang Cantik, Maka Akan Selalu Disisihkan”

  1. org lelaki sekelas saya selalu menganggap saya yg kurang cantik ni malas,x pndai,suka fitnah org,perangai x elok,tidak hormat kpada org tua..tetapi bila perempuan cntik sangat mereka menganggap sebaliknya dgn hnya melihat rupa

    Reply
  2. Saya agak tertanya-tanya kenapa org selalu ejek saya walaupun saya tidak buat apa² salah pon kepada mereka..kadang² saya berasa seperti org bodoh.Sampaikan semua org pandang saya seperti sampah..walaupun saya mempunyai rupa sederhana,saya tidak sombong tetapi saya sering dipijak kembali oleh masyarakat.Saya mahu bebas..saya hanya mampu duduk di suatu sudut yng sunyi dan gelap sambil menjadi sampah yng sebenar…budak 12 tahun pon tidak hormat saya yng berumur….saya menanti ajal untuk keamanan diri sendiri….

    :’)

    Reply

Leave a Comment