Biasakan 7 Perkara Ini Dan Kemahiran Menulis Anda Menjadi Lebih Baik!

kemahiran menulis yang perlu dipupukAnda pernah alami situasi nak tulis perkara lain tapi perkara lain pulak yang keluar?

Nak tulis ayat lain tapi ayat lain pula yang tersusun? Nak sampaikan maksud lain tapi maksud lain pula yang tertulis?

Kalau pernah, artikel ni untuk anda. (Kalau tak pernah, anda baca jugak lah hehe)

 

Jiwa penulis

Bagi orang yang mempunyai jiwa penulis, penulisan itu pengganti lidah dan kata-katanya. Mulutnya tertutup rapat tapi tulisan itu panjang berjela meluahkan maksud hati dan akalnya.

Namun ada ketika, tulisannya itu tidak seiring dalam menyampaikan luahan hati. Mudah kata, kadang yang dimaksudkan hati tu lain tapi bila dibaca ayat yang tertulis itu jadi lain pula maksudnya.

Perkara ni pelik ke?

Tak pelik. Normal. Berdepan situasi “tiada ayat yang mampu menghuraikan maksud hati dan tiada yang dapat menggambarkan lukisan akal” itu memang perkara biasa. hehe.

Tapi… kalau selalu berlaku, kita tak berjaya meletakkan diri sebagai penulis. Sebab penulis mampu memindahkan maksud hatinya kepada baris tulisannya. Betul tak?

Dan sebenarnya kemahiran menulis ni boleh dipertingkatkan.. Ada banyak teknik mempertajamkan kemahiran kita untuk membentuk penulisan yang seiring dengan maksud yang kita nak.

Ini yang saya ingin kongsikan, hasil pengalaman cetek saya dan pembelajaran saya dengan penulis berpengalaman yang lain.

 

7 perkara yang mesti jadikan tabiat untuk meningkatkan kemahiran menulis

Untuk mempertajamkan kemahiran menulis anda supaya mampu menyusun ayat sesuai maksud hati, maka 7 perkara ni anda mesti dijadikan kebiasaan dan tabiat.

Macam anda jadikan “tengok whatsapp” itu tabiat, macam tu jugak 7 benda ni anda kena jadikan tabiat. Bila dah biasa nanti, percayalah kemahiran menulis anda tu meningkat luar biasa.

7 perkara ini bukan muktamad, ia cuma hasil pengalaman saya dan perkongsian rakan-rakan penulis saya yang lain, yang berjaya mengubah penulisan kami jadi berkesan. Ada lagi perkara lain. :D

Apa pun ini dia yang anda kena lakukan :

 

1 – menulis dan terus menulis

Perkara teras – teruskan menulis walau sibuk mana pun.

Jangan biarkan sehari berlalu tanpa menulis. Kalau anda takda topik apa-apa yang nak ditulis, anda tulis je apa yang terlintas di hati anda. (Kat sini kelebihan ada blog.. tempat berlatih..)

 

2 – banyakkan membaca

Tujuannya – supaya kita tambah perkataan, belajar cara orang lain susun ayat dan tengok cara orang lain ceritakan sesuatu.

Membaca ni memang wajib bagi seorang penulis. Baca apa sahaja, walaupun artikel sukan surat khabar :)

Pengalaman saya dan rakan-rakan, makin banyak kami baca, makin banyak perkataan kami dapat, makin mudah kami mengarang. Sebab kadang-kadang, masalah penulis ni dia tak jumpa perkataan sesuai. Lastnya, nak tulis lain jadi maksud lain.

 

3 – belajar meniru

Ha.. Yang ni best. Kita sekolah dulu tak boleh meniru kan? Sekarang ni boleh. Tiru puas-puas.

Eh.. Jap jap.. Bukan tiru artikel. Tapi tiru gaya penulisan. Cara penulis yang famous, yang popular. Baca buku dia, tiru gaya dia.

Setiap penulis ni ada gaya tulis dia sendiri. Identiti penulis pada penulisan dia. Kalau anda banyak baca, anda dapat bezakan. Ada penulis suka tulis ayat panjang, ada suka ayat pendek. Ada suka bahasa skema, ada suka guna loghat. Ada suka guna dialog, ada suka ayat penyata.

Baca dan tiru. Fahamkan?

 

4 – perlu jelas siapa sasaran pembaca penulisan kita

Yang ni pon penting sangat.

Kalau sebelum ni anda tak pernah tahu, sekarang kena ambil tahu. Kita menulis sesuatu untuk sampaikan sesuatu, betul tak? Bila nak sampaikan sesuatu tu mestila untuk seseorang kan? Ha.. Cuba fahamkan bende ni..

Untuk kita pandai mengarang, kita kena kaji dulu siapa pembaca kita. Bila kita jelas siapa pembaca kita, kita akan pilih ayat yang sesuai dengan mereka.

Contohnya – Waktu kita bercakap dengan orang lebih tua, sama tak waktu kita bercakap dengan budak kecik? Tak sama kan.. Kita cakap dengan orang tua penuh beradab, skema je.. Kan..? Tapi kalau cakap dengan budak-budak.. Punyala kerek.. Poyo je kan kita ni.. Hehehe..

Itu pentingnya, kalau kita tahu untuk siapa kita tujukan penulisan tu.

 

5 – ada mesej yang jelas sebelum mengarang

Kalau kita menulis sesuatu pastikan kita jelas dengan mesej yang kita nak sampaikan. Supaya bila kita buat ayat, mengarang penulisan, semuanya berpaksikan tujuan tu.

Kalau takda tujuan, mudah melalut. Jadi biasakan bila anda mengarang, anda tulis dulu tujuan anda mengarang. Kalau saya, saya buat macam ni :

Tujuan post ini untuk : ……..

 

6 – ketika rasa ingin meluahkan sesuatu terus tulis

Ini Tips power.

Tips penulis dulu-dulu. Terbukti berkesan kalau nak mahirkan kemahiran menulis. Sentiasa mencatit ketika ada rasa nak meluahkan sesuatu.

Bila tengok pokok tetiba rasa nak hurai pokok tu. Kalau ada rasa macam tu, cepat-cepat ambik pen dan buku nota atau open handphone.

Lama-lama kita buat, nanti kita pandai menghuraikan sesuatu. Jadi start hari ni sila bawak pen dan buku nota. Atau guna elok-elok “notes” dalam smartphone anda :D

 

7 – jangan malas

Hehehe.. Pahamkan maksud point ketujuh ni. Takyah hurai dah. :D

Anda ada cara anda sendiri untuk tajamkan kemahiran menulis? Kongsi kat sini ye..

 

 

Artikel ini dikongsikan oleh Muhammad Hosnee, Seorang tenaga pengajar di salah sebuah IPTA. Blog beliau boleh dilawati di www.tulisjedulu.wordpress.com.

Terima kasih pihak akuislam ucapkan, semoga ia dapat memberi manfaat kepada mereka yang sedang belajar untuk menulis dengan baik

 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

8 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Adam
Adam
8 tahun yang lalu

Menarik juga.

Harap dilinkkan blog kita. Terima kasih.

biarllembuyangjadilembublogspot.com

Azhari Maarof
Azhari Maarof
8 tahun yang lalu

izinkan share di website saya

Hosnee
Hosnee
Reply to  Azhari Maarof
8 tahun yang lalu

Silakan Tuan. :D
Kalau ia beri manfaat yg lebih luas, saya gembira ia dikongsikan.

Cumanya harap dapat link kan semula kepada blog ini dan juga blog saya, tulisjedulu.wordpress.com.

Semoga Allah berkati Tn.

Azhari Maarof
Azhari Maarof
8 tahun yang lalu

izinkan share di share web saya :)

rui
rui
8 tahun yang lalu

Terima kasih :D

Hosnee
Hosnee
Reply to  rui
8 tahun yang lalu

Sama-sama.. harapnya bermanfaat buat anda :D

Kerja Kosong Kerajaan
Kerja Kosong Kerajaan
8 tahun yang lalu

Terima kasih atas tips yang menarik ini

Hosnee
Hosnee
Reply to  Kerja Kosong Kerajaan
8 tahun yang lalu

Sama-sama :D
Harapnya ia dapat dimanfaatkan