Ramai orang yang mahukan BAHAGIA.
Pelbagai cara yang dilakukan oleh manusia-manusia di muka bumi ini demi mengejar secarik rasa bahagia.
Namun, ramai juga yang masih tak puas dengan apa yang dikecapi.
Kata mereka bahagia yang dicari tak sampai ke tahap yang digariskan oleh mereka.
Level yang diletakkan untuk merasa bahagia terlalu tinggi untuk digapai.
Oleh itu bahagia yang dicari juga semakin sukar untuk diraih kerna bahagia itu keterlaluan benar bagi pemiliknya.
Maksud Bahagia itu, Bagaimana Sebenarnya?
Ada yang merasakan bahagia itu ialah apabila mampu berbelanja ribuan, puluhan atau jutaan ringgit demi harta dunia yang sifatnya hanya sementara.
Ada yang merasakan bahagia itu ialah pabila dapat menghabiskan masa untuk melancong dari satu negara ke satu negara demi berseronok cuma.
Ada yang merasakan bahagia itu ialah pabila dikelilingi kawan-kawan yang sentiasa ada untuk bergelak tawa bersama-sama kita.
Ada yang merasakan bahagia itu ialah pabila memiliki pelbagai barang-barang yang berjenama dengan harga yang tinggi cuma.
Ada yang merasakan bahagia itu ialah pabila kita mempunyai kekasih hati yang kononnya cantik/handsome dan jujur menyintai kita seadanya.
Andai itu Bahagia, Mengapa Masih Meminta-Minta?
Betapa ramai manusia yang punya segala-galanya, namun masih merasakan dunia ini kosong tanpa warna.
Mereka masih mencari-cari rasa bahagia kesana kemari sedangkan bahagia itu sudah ada pada mereka.
Aduh, bahagia itu universal sifatnya.
Bahagia itu bukan diukur dengan nilai wang atau harta berjuta, sebaliknya bahagia itu punya definisi yang luas dan mendalam maksudnya.
Tunjukkan, Bahagia Itu Bagaimana?
Bahagia itu ialah perasaan yang tenang yang dirasai di setiap urat nadi.
Bahagia itu ialah rasa gembira sehinggakan manusia yang kaku emosinya mampu tersenyum semanis-manisnya.
Bahagia itu kadang kala dikecapi bukan kerna perkara yang sebesar-besarnya, sebaliknya ia boleh terjadi kerna perkara yang sekecil-kecil cuma.
Ada yang bahagia kerna punya kucing yang cumell dan manja cuma.
Ada yang bahagia kerna melihat pelangi yang penuh dengan warna2 ceria cuma.
Ada yang bahagia kerna dapat berlari di gigi pantai dan bermain-main dengan ombak cuma.
Ada yang bahagia kerna punya sahabat yang memahami cuma.
Bahagia itu mudah sebenarnya.
Ikhlaskan hati dalam segala tindak-tanduk dan bebaskan diri dari belenggu masalah yang kadang-kala terlalu sedikit cuma.
Bila diperhatikan, manusia yang selalunya meletakkan diri mereka di dalam kategori kurang berbahagia ini sebenarnya adalah manusia yang tidak bersyukur.
Mereka ini terlalu banyak mempersoalkan tentang hakikat hidup ini.
Belajarlah untuk bersyukur kerna dengan bersyukur itu, hati akan merasa bahagia.
Insyaallah.
Artikel ini adalah dikongsikan oleh sahabat kita, Sakinah binti Ismail (Blog) ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada pembaca. InsyaAllah.
Sebarang tinggalkan jejak dan komen dibawah adalah sangat dialukan
Tinggalkan Komen Anda..
Tersenyum tatkala membaca artikel ni.. thanks.. :)
bahagia itu ada,
InsyaAllah jadi pilih lah untuk bahagia dijalan Allah .
Igt sesudah kesulitan pasti ada kesenangan (: