Bagaimana cara solat asar?
Panduan ini akan menunjukkan cara mengerjakan solat fardu Asar secara langkah-demi-langkah, sehingga selesai.
Setiap tulisan jawi dan arab akan dipermudahkan dengan bantuan transliterasi RUMI dan audio bagi membantu anda.
Jika anda rasa artikel ini untuk anda, jom kita mulakanβ¦
Pengenalan
Apakah maksud Solat Asar?
Solat Fardu Asar (Ψ΅ΩΨ§Ψ© ΨΉΨ΅Ψ±) merupakan salah satu daripada lima (5) solat fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam.
Solat fardu wajib ditunaikan oleh seorang Islam yang masih waras dan hidup.
Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar.
Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada
Tujuan utama panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang ingin belajar solat.
Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan solat anda.
Lafaz Niat Solat Asar
Niat Solat Asar adalah seperti di bawah:
Usolli Fardol Asri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala.
Niat Solat Asar dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala
Waktu Masuk Solat Asar
Bilakah bermulanya waktu asar?
Waktu untuk bersolat Asar bermula selepas berakhirnya waktu solat Zohor, iaitu apabila tergelincir matahari sehingga bayang-bayang sesebuah objek lebih panjang daripada tinggi objek tersebut.
Manakala tamatnya waktu adalah apabila matahari terbenam di ufuk (Maghrib)
Bilangan Rakaat Solat Asar
Bilangan Rakaat Solat Asar adalah 4 rakaat sahaja.
Ia boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah.
Cara Solat Asar
Berikut adalah langkah-langkah untuk mengerjakan solat fardu Asar
- Mulakan solat Asar dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: βSahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taalaβ.
- Kemudian bacalah Doa Iftitah, kemudian Surah al-Fatihah, dan pilih surah atau ayat dari Al-Quran yang lain.
- Lakukan Rukuk, Kemudian Sujud Dua Kali. Pastikan menjaga tuma’ninah dalam setiap gerakan.
- Rakaat Kedua: Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca takbir. Bacalah al-Fatihah dan surah pilihan. Ikuti dengan rukuk dan sujud.
- Duduk Tahiyat Awal: Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyat awal.
- Rakaat Ketiga dan Keempat: Berdiri untuk rakaat ketiga dan keempat, bacalah hanya al-Fatihah, ikuti dengan rukuk dan sujud.
- Duduk untuk tahiyyat akhir selepas rakaat keempat dan akhiri solat dengan salam.
Pada bahagian ini, saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk mendirikan solat ini. Anda boleh rujuk pada gambar dan audio yang disediakan.
Rakaat Pertama
1. Berdiri Tegak Dengan Mengadap Kiblat
Berdiri dengan selesa dan memandang ke arah tempat sujud.
Rasakan di dalam hati kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.
Kemudian baca lafaz niat Solat Zuhur:
Niat
Usolli Fardol Asri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala.
2. Takbiratul Ihram Serentak Dengan Niat Di Dalam Hati
Angkat takbir dengan mengucap “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati:
Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala.
Nota
Jika anda tidak dapat berniat dalam hati serentak dengan takbiratul ihram, maka boleh lakukan takbiratul ihram dahulu kemudian diikuti oleh niat dalam hati beberapa detik kemudian.
3. Membaca Doa Iftitah
Selepas mengangkat takbir, letakkan tangan di atas pusat.
Kemudian bacalah Doa Iftitah.
Bacaan Doa Iftitah adalah seperti berikut:
Bacaan Doa Iftitah
Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-waβashiila.
Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.
Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil βaalamiina.
Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin
Maksud Doa Ifitah
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
4. Kemudian, Bacalah Surah al-Fatihah
Selesai membaca Doa Iftitah, maka bacakan pula surah al-Fatihah.
Al-Fatihah adalah bacaan rukun dalam solat.
Oleh itu, ia wajib dibacakan dalam solat.
BismillΔhir-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. Al-αΈ₯amdu lillΔhi rabbil-βΔlamΔ«n. Ar-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. MΔliki yaumid-dΔ«n. IyyΔka naβbudu wa iyyΔka nastaβΔ«n. IhdinaαΉ£-αΉ£irΔαΉal-mustaqΔ«m. SirΔαΉallaΕΌΔ«na anβamta βalaihim, ghairil-magαΈΕ«bi βalaihim wa laαΈ-αΈΔllΔ«n
5. Kemudian, Baca Pula Surah Dari Al-Quran
Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam al-Quran.
Anda bebas memilih surah-surah yang disukai dan diingati.
Antara surah pendek al-Kafirun.
Qul YΔ Ayyuhal-KΔfirΕ«n. LΔ AβBudu MΔ TaβBudΕ«n. Wa LΔ Antum βΔbidΕ«na MΔ AβBud. Wa LΔ Ana βΔbidum MΔ βAbattum. Wa LΔ Antum βΔbidΕ«na MΔ AβBud. Lakum DΔ«nukum Wa Liya DΔ«n
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): βHai orang-orang kafir! βAku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. βDan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. βDan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. βDan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. βBagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamakuβ.
6. Kemudian, Lakukan Rukuk
Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.
Semasa rukuk:
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan tasbih semasa rukuk adalah seperti berikut:
Bacaan Rukuk
SubHaaNa Rabbiyal ‘Azimi WabiHamDih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
7. Kemudian, Bangun Iktidal (Bangun Dari Rukuk) Sambil Mengucapkan:
Bacaan Iktidal
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
8. Kemudian, Lakukan Sujud Pertama
Bertakbir lalu turun sujud dan membaca:
Bacaan Sujud
Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
9. Kemudian, Duduk antara dua sujud
Selepas itu, bangun dari sujud (dalam keadaan duduk) sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan).
Posisi ini dipanggil duduk diantara dua sujud.
Posisi duduk diantara dua sujud adalah seperti di bawah:
Bacaan semasa duduk di antara dua sujud adalah seperti berikut:
Bacaan Duduk Antara Dua Sujud
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFinii Wa’fu AnNii
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
10. Kemudian, Sujud Sekali Lagi Untuk Kali Kedua
Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaannya adalah sama seperti sujud pertama.
Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih
11. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.
Cara Naik Ke Rakaat Seterusnya
Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus naik dengan kedua-dua tangan.
Rakaat Kedua
12. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).
13. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
BismillΔhir-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. Al-αΈ₯amdu lillΔhi rabbil-βΔlamΔ«n. Ar-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. MΔliki yaumid-dΔ«n. IyyΔka naβbudu wa iyyΔka nastaβΔ«n. IhdinaαΉ£-αΉ£irΔαΉal-mustaqΔ«m. SirΔαΉallaΕΌΔ«na anβamta βalaihim, ghairil-magαΈΕ«bi βalaihim wa laαΈ-αΈΔllΔ«n
14. Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas
Qul HuwallΔhu AαΈ₯ad. AllΔhuαΉ£-αΉ’amad. Lam Yalid Wa Lam YΕ«lad. Wa Lam Yakul LahΕ« Kufuwan AαΈ₯ad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): β(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; βAllah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; βIa tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; βDan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNyaβ.
15. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal Aβzim Wabihamdih
16. Kemudian, Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
17. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal Aβla Wabihamdih
18. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa βAaFini Waβfu Anni
19. Kemudian, Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal Aβla Wabihamdih
20. Seterusnya, Duduk Tahiyat Awal
Sehabis sujud kedua, bangkit ke kedudukan tahiyat awal iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan.
Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan.
Bacalah tahiyat awal sebagaimana di bawah.
Bacaan Tahiyat Awal
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,
Assalaamuβalaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,
Assalaamuβalaina waβalaa βibaadillaahish shoolihiin.
Asyhadu allaa ilaaha illallaah,
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.
Allahhumma sholli βalaa Saidina Muhammad
wa βala aalihi Saidina Muhammad
Makna bacaan Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Cara Naik Ke Rakaat Ketiga
Selesai membaca tahiyat awal, maka bersedialah untuk bangun kembali.
Bertakbir dan dan berdirilah untuk meneruskan rakaat ketiga.
Seperti bangun dari rakaat pertama, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus naik berdiri dengan kedua-dua tangan.
Rakaat Ketiga
Rakaat ketiga adalah sama seperti rakaat pertama, tetapi tidak perlu dibaca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah.
21. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Takbir Intiqalat
22. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
BismillΔhir-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. Al-αΈ₯amdu lillΔhi rabbil-βΔlamΔ«n. Ar-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. MΔliki yaumid-dΔ«n. IyyΔka naβbudu wa iyyΔka nastaβΔ«n. IhdinaαΉ£-αΉ£irΔαΉal-mustaqΔ«m. SirΔαΉallaΕΌΔ«na anβamta βalaihim, ghairil-magαΈΕ«bi βalaihim wa laαΈ-αΈΔllΔ«n
23. Selesai Membaca Al-Fatihah, Teruskan Dengan Rukuk
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal Aβzim Wabihamdih
24. Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
25. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal Aβla Wabihamdih
26. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa βAaFini Waβfu Anni
27. Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal Aβla Wabihamdih
28. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.
Cara Naik Berdiri Ke Rakaat Keempat
Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus naik dengan kedua-dua tangan.
Rakaat keempat
Rakaat keempat (rakaat terakhir) adalah sama seperti rakaat kedua, tetapi tidak perlu dibaca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah.
29. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Takbir Intiqalat
30. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
BismillΔhir-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. Al-αΈ₯amdu lillΔhi rabbil-βΔlamΔ«n. Ar-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. MΔliki yaumid-dΔ«n. IyyΔka naβbudu wa iyyΔka nastaβΔ«n. IhdinaαΉ£-αΉ£irΔαΉal-mustaqΔ«m. SirΔαΉallaΕΌΔ«na anβamta βalaihim, ghairil-magαΈΕ«bi βalaihim wa laαΈ-αΈΔllΔ«n
31. Selesai Membaca Al-Fatihah, Teruskan Dengan Rukuk
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal Aβzim Wabihamdih
32. Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
33. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal Aβla Wabihamdih
34. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa βAaFini Waβfu Anni
35. Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal Aβla Wabihamdih
36. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
Sewaktu mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.
Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:
Bacaan Tahiyat Akhir
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.
Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.
Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim.
Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
37. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.
Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
β¦ kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
Assalamualaikum Warahmatullah
Alhamdulillah, Anda Telah Selesai Mengerjakan Solat Fardhu Asar.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tertinggal Rakaat Atau Pergerakan Dalam Solat?
Sebagai contoh, jika saya terlupa melakukan rakaat ketiga solat zohor atau saya terlupa membaca doa qunut, apakah status solat saya?
Adakah saya perlu ulang solat kembali?
Mula-mula kita kena pastikan dahulu perkara yang tertinggal itu tergolong dalam kategori rukun atau sunat.
Jika perbuatan solat yang tertinggal itu adalah perkara rukun, maka anda KENA ulangi kembali perkara rukun itu dan ditambah Sujud Sahwi pada akhir solat.
Contoh:
- Jika anda tertinggal rakaat ketiga (solat zohor), maka anda kena bangun kembali selepas tahiyat akhir dan menambah 1 rakaat lagi kemudian diikuti oleh Sujud Sahwi.
Jika perbuatan solat yang tertinggal itu adalah tergolong dalam kategori sunat (sunat abβadh), maka anda TIDAK perlu ulang perbuatan yang tertinggal itu. Cukup sekadar melakukan sujud sahwi sahaja.
Contoh:
- Jika anda terlupa membaca Doa Qunut, maka hanya perlu buat sujud sahwi sahaja.
Nota: Jika perkara yang tertinggal itu adalah sunat haiah, maka ia dimaafkan dan tidak perlu ulang mahupun sujud sahwi. Cuma teruskan solat seperti biasa.
Doa Selepas Solat Asar
Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.
Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.
Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.
Antara salah satu Doa Solat Asar yang boleh dibacakan adalah:
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirobbil βAlamin, Wassolatu Wassalaamu βAlaa Sayyidina Muhammadin Ashrofil Mursalin, Waβalaa Aalihi Wasohbihi Ajmaβin.
Allahumma Ahyina Bil Iimaan, Wa Amitna Bil imaan, Wa Adkhilnal Jannata Maβal Iimaan, Allahummaghfirlana Zunuubana Waliwaa Lidaina Warhamhuma Kamaa Robbayaanaa Soghiro,
Allahummakhtim Lanaa Bi Husnil Khotimah, Wala Takhtim βAlaina Bi Suuβil Khotimah, Robbana Laa Tuzigh Qulubana Baβdaiz Hadaitana Wahablana Milladunka Rohmatan Innaka Antal Wahhab.
Robbana Aatinaa Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirotihasanah Waqinaa βAzaabannar, Wasollallahu βAla Sayyidina Muhammadin Waβala Aalihi Wasohbihi Wasallam, Walhamdulillahirobbil βAlamiin.
Maksud doa:
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Untuk bacaan doa-doa yang lain, anda boleh rujuk pada pautan ini: Wirid & Doa Selepas Solat
Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Fardu Asar
Terdapat solat sunat yang digalakkan untuk dilakukan.
Solat sunat ini dipanggil solat Sunat Rawatib.
Ia dilakukan pada sebelum dan juga sesudah selesai mengerjakan Solat Fardu Isyak.
Solat ini berfungsi sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung kekurangan semasa mengerjakan solat fardu.
Panduan untuk mengerjakan solat sunat Rawatib ini boleh dirujuk pada panduan khas ini:
Qada Solat Asar
Jika anda tertinggal solat fardu Asar, maka anda harus melakukan qada solat.
Qada ( ΩΨΆΨ§Ψ‘ ) bermaksud menunaikan solat diluar waktunya.
Qada solat bertujuan menggantikan solat yang tertinggal tersebut. Ianya adalah wajib kerana solat fardu yang tertinggal dikira hutang dengan Allah.
Untuk qada solat fardu Asar, bacaan dan pergerakannya adalah sama dengan solat fardu Asar yang dilakukan secara tunai.
Apa yang membezakan solat fardu dan solat qada adalah dari segi NIAT.
Niat untuk qada Solat Asar adalah seperti berikut:
Usolli Fardhol Asri Arbaβa Rakaβatin Qadaan Lillahi Taβala
… atau boleh juga diniatkan dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadaβ kerana Allah Taβalaβ
Rujukan lanjut dan lengkap mengenai Qada Solat boleh diikuti pada pautan ini: NIAT & CARA QADA SOLAT FARDU
Penutup
Tujuan utama panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang ingin belajar solat.
Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan solat anda.
Jika anda memerlukan panduan khusus untuk setiap solat fardu, di bawah ini saya sediakan pautan kepada panduan-panduan tersebut:
Tinggalkan Komen Anda..
Tinggal Solat Asar gugur pahala amalan?
Salam Ustaz,
Sy tgk youtube ada ustz kata klu kita tinggal solat asar maka gugur semua pahala amalan pd hari itu?
Jadi klu sy solat subuh jemaah, tapi sy miss asar sbb kerja n jem… jadi hilanglah pahala subuh sy tu???
Betul ka ustaz? Sbb sy x jumpa penjelasan Ustaz Azhar Idrus n Ustaz Wadi Annuar.
Kenapa ada komen kata ianya wahabi.
Tolong ustaz.
Hadis yang menyatakan bahawa meninggalkan solat Asar akan menggugurkan amalan telah menjadi perbincangan di kalangan ulama.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, dan maksudnya adalah untuk menekankan betapa besarnya kesalahan meninggalkan solat, khususnya solat Asar, yang mempunyai kedudukan istimewa di antara solat lima waktu.
Penjelasan Hadis
1. Menurut ulama seperti Syekh Ibnu Utsaimin, hadis ini memberi ancaman yang keras kepada sesiapa yang sengaja meninggalkan solat Asar sehingga habis waktunya tanpa uzur syar’ie. Ini boleh mengakibatkan amalan mereka pada hari tersebut menjadi sia-sia. Namun, ini bukan bermakna mereka yang terlepas solat Asar kerana uzur tidak akan mendapat pahala bagi amalan lain pada hari tersebut
2. Ada pandangan yang lebih tegas, yang menyatakan bahawa meninggalkan solat Asar secara sengaja sehingga habis waktu boleh membawa kepada kekufuran. Ini disebabkan oleh hadis Nabi SAW yang mengatakan bahawa perbezaan antara orang Muslim dan kafir adalah solat. Oleh itu, mereka yang meninggalkan solat secara keseluruhan dianggap telah melakukan perbuatan kufur
3. Sebahagian ulama menafsirkan bahawa yang dimaksudkan dengan “gugur amal” dalam konteks hadis ini adalah amalan solat itu sendiri yang tidak dilakukan pada waktunya. Maksudnya, pahala solat Asar itu hilang kerana tidak dilakukan pada waktunya, tetapi ini tidak semestinya menggugurkan semua amalan lain pada hari tersebut.
Kesimpulan:
Hadis ini mengandungi ancaman yang berat untuk mereka yang meninggalkan solat Asar, dan ianya perlu difahami dengan teliti.
Namun, bagi mereka yang tidak sengaja terlepas solat kerana halangan yang tidak dapat dielakkan, Islam memberikan kemaafan dan ruang untuk mengqadaβ solat tersebut. Amalan lain yang dilakukan dengan ikhlas masih berpeluang mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
Wallahu a’lam.
Terima kasih Ustaz : )
aslm ustaz nk tnya
kalau dh amik wudhu tapi lupa baca doa selepas wudhu,wudhu tu tetap sah ke?Takpa ke kalau waktu asar nak solat fardhu je dulu walaupun solat qadha asar yang lma tertinggal masih ada?dan kalau nak qadha asar waktu maghrib boleh je kan?Dan sya nk tnya psl solat tahajjud,solat tahajjud ni syarat dia memang kena tido je dlu kan?berarti kalau sya tido jam 10 mlm dn bgn jam 11 mlm boleh trs solat tahajjud ke ustaz? Maaf ye ustaz kalau saya banyak tanyadan sya nk tnya betul ke kalau tk bljr fardhu ain kalau kita solat,solat kita tk diterimaπ₯²
Waalaikumsalam,
1. Wudhu Tanpa Baca Doa
Wudhu tetap sah walaupun tidak membaca doa selepas wudhu. Yang wajib dalam wudhu adalah niat dan seterusnya membasuh anggota wudhu mengikut tertib dan sempurna. Membaca doa selepas wudhu adalah sunnah, jadi tidak membacanya tidak membatalkan wudhu.
2. Solat Fardhu Sebelum Qadha
Boleh mengerjakan solat fardhu terlebih dahulu sebelum menunaikan solat qadha. Dalam situasi ini, keutamaan diberikan kepada solat fardhu yang sedang masuk waktunya. Setelah itu, anda boleh mengerjakan solat qadha.
3. Qadha Solat Asar di Waktu Maghrib
Awak boleh menunaikan qadha solat Asar pada waktu Maghrib. Tiada halangan untuk menunaikan solat qadha pada waktu lain selagi ia dilakukan dengan niat yang betul.
4. Solat Tahajjud
Untuk mengerjakan solat Tahajjud, memang disunatkan untuk tidur dahulu. Namun, tiada syarat mutlak yang mengatakan anda harus tidur untuk beberapa jam tertentu. Jika anda tidur sekejap dan bangun untuk Tahajjud, itu juga diterima.
5. Belajar Fardhu Ain sangat penting dalam Islam kerana ia melibatkan asas-asas ibadah seperti solat, puasa, zakat, dan haji yang wajib diketahui oleh setiap Muslim.
Walaupun tidak belajar Fardhu Ain tidak secara langsung membuat solat seseorang tidak diterima, kekurangan pengetahuan tentang cara yang betul dalam mengerjakan solat boleh menyebabkan kesilapan yang mungkin membatalkan atau mengurangkan pahala solat. Oleh itu, sangat disarankan untuk mempelajari Fardhu Ain.
Semoga penjelasan ini membantu dan jika ada soalan lanjut, silakan untuk tanya ya.
Assalamualaikum ustaz
Nk tnya kllu dh solat zohor sya nk qadha zohor tpi dh nk dkt masuk waktu asar kalau saya nk qadha pun mesti nanti da bunyi azan utk asar,saya nak tanya macam nak qadha zohor diwaktu asar?solat fardhu asar dlu lepastu solat qadha zohor?ataupun solat qadha zohor dlu baru solat fardhu asar?tolong jawab yaa ustaz terima kasih:)
dan saya masih ada solat qadha asar adakah saya perlu solat fardhu asar dulu lepastu solat qadha zohor baru qadha asar?ke selepas solat fardhu zohor tu saya kena solat qadha asar dlu baru qadha zohor?
Waalaikumussalam,
Mengenai soalan anda tentang mengqadha solat Zohor yang tertinggal pada waktu Asar, hukumnya adalah seperti berikut:
1. Jika waktu Asar belum masuk (belum azan Asar), anda boleh terlebih dahulu mengqadha solat Zohor. Ini kerana adalah lebih afdhal untuk mengqadha solat yang tertinggal secepat mungkin.
2. Sekiranya waktu Asar sudah masuk dan azan Asar sudah berkumandang, maka anda perlu mendahulukan solat fardhu Asar. Ini adalah berdasarkan hadis yang menerangkan bahawa solat yang sedang masuk waktunya harus didahulukan.
3. Selepas menunaikan solat Asar, barulah anda boleh mengqadha solat Zohor yang tertinggal.
Untuk situasi di mana anda juga mempunyai qadha solat Asar, susunannya adalah:
1. Solat fardhu Asar yang sedang masuk waktunya.
2. Mengqadha solat Asar yang tertinggal.
3. Mengqadha solat Zohor yang tertinggal.
Ini adalah kerana keutamaan diberikan kepada solat fardhu yang sedang masuk waktunya, diikuti dengan mengqadha solat-solat yang tertinggal berdasarkan urutan waktunya.
ohh jadi saya salahπ₯²sebab slps solat asar saya qadha zohor baru qadha asar tpi tetap sah ke ustaz walaupun salah urutan?,tapi kalau selalu saya mmg buat urutan contoh slps solat fardhu isyak saya buat qadha isyak sebab nak ganti solatΒ² yang lma tertinggal,tapi masa tu sya sempat solat zohor je dan x sempat utk qadha zohor dan masa tu pun memang tak lma lgi masuk waktu asarπsebab tu saya terbuat urutan solat fardhu asar slps tu qadha zohor bru qadha asarπ
Jangan risau, solat itu tetap sah. Urutan itu tidak wajib, cuma dianjurkan (afdhal) sahaja mengikut urutan. Jadi tidak apa jika dah solat tidak ukut urutan
Assalamualaikum ustaz saya ada 2 soalan
Waalaikumsalam.
Menurut mazhab Syafie:
1) Dalam solat fardhu, membaca surah lazim selepas Al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua adalah sunnah. Untuk rakaat ketiga dan keempat, biasanya hanya Al-Fatihah sahaja yang dibaca.
Jika sebelum ini awak telah membaca surah lazim selepas Al-Fatihah dalam rakaat ketiga dan keempat, solat awak tidak dianggap salah. Ia tetap sah. Cuma ia tidak menjadi amalan umum dalam mazhab Syafie.
Jika nak tahu lanjut hukum berkaitan masalah ini, boleh rujuk penjelasan mufti wilayah disini: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2214-al-kafi-691-hukum-membaca-surah-pada-rakaat-ketiga-dan-keempat
2) Mengenai bacaan dalam solat, solat Zuhur dan Asar adalah solat sirriyah (dibaca dengan suara pelahan), manakala solat Maghrib dan Isyak adalah solat jahriyah (dibaca dengan suara keras).
Dalam mazhab Syafie, pada solat Maghrib dan Isyak, bacaan pada rakaat pertama dan kedua dibaca dengan suara keras, dan pada rakaat ketiga dan keempat (untuk solat Isyak), bacaannya dibaca dengan suara pelahan.
Jadi, apa yang awak dengar itu adalah benar.
Maafkan saya, ada kesilapan pada awal artikel berkenaan : cara2 solat asar kerana rakaat pertama niat yg tertulis ialah niat utk ZUHUR bukan ASAR. mohon tukar kan. terima kasih.
Wassalam. Terima kasih kerana memaklumkan. InsyaAllah saya akan baiki segera yang mungkin (insyaaAllah esok)
sebenarnya ini utk fardhu apa ?
Asar
Assalamualaikum saya ada soalan untuk niat solat boleh baca dengan bahasa melayu tak
Wassalam. Boleh, tiada masalah berniat dalam bahasa melayu
Assalamualaikum ustaz,saya ada soalan,sekiranya kita ganti solat asar adakah amalan yang terhapus akan di kembalikan balik
Assalamualaikum ustaz.
Semasa sya sembahyang sya tesalah baca.sya tsedar.terus baca ayat yg betul..contoh nya.
Semasa iktidal sya tersalah baca allahuakbar.apabila sya tsedar terus sya baca sami allahu aliman hamidah.. Sah tk sembahyang sya.
Terima kasih.
Wassalam.
Sah, tiada masalah
Assalamualaikum Ustaz .
Bacaan ketika rukuk boleh ke baca “Subhaa na rabbiyal aβzim wabihamdih” & Bacaan Ketika sujud “Subhana rabbiyal aβla wabihamdih”
Baca 1x Sahaja . Boleh ke ustaz
Waalaikumsalam.
Bacaan ini sekurang-kurangnya perlu dibaca sekali dalam setiap rukuk dan sujud.
Jadi, jika awak membacanya sekali sahaja, itu adalah cukup dan sah menurut Syariat. Walau bagaimanapun, sunnahnya adalah membaca tiga kali.
Assalam Ustad..
Kalau tersalah baca rabbirgfirli masa tahiyat awal lepas tu tersedar dan baca blek bacaan tahiyat awal sah x solat saya?
Terima kasih
Wassalam.
Ya sah solat tersebut.