Hukum Aurat Terbuka Semasa Solat

Apakah hukum aurat terbuka semasa solat?

Adakah batal solat dan perlu solat kembali?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Ketika saya solat disebuah surau kain seorang jemaah yang ada didepan saya telah terselak hingga nampak auratnya lalu dia pun keluar dari solat.

Soalan saya apakah yang sepatutnya kita lakukan kalau pakaian kita terselak seperti itu adakah kena berhenti solat?


JAWAPAN:

Salah satu syarat sah solat ialah menutup aurat dari awal solat sehingga kepada memberi salam.

Jika sengaja dibukanya aurat didalam solat walau pun sedikit atau sekejap nescaya batal solatnya.

Jumhur ulamak berpendapat jika kain atau pakaian kita terselak disebabkan oleh tiupan angin dan kita tutup aurat yang terbuka itu dengan segera maka hukumnya dimaaf iaitu tidak batal solatnya.

Tersebut dalam kitab Al-Fiqh Al-Islami:

انكشاف العورة فجأة: إن انكشفت عورة المصلي فجأة بالريح مثلاً عن غير عمد، فستره في الحال، لم تبطل صلاته عند الشافعية والحنابلة لانتفاء المحذور، وإن قصر أو طال الزمان، بطلت بسبب تقصيره، ولأن الكثير يفحش انكشاف العورة فيه، ويمكن التحرز منه، فلم… يعف عنه وقال المالكية: تبطل الصلاة مطلقاً بانكشاف العورة المغلظة. وقال الحنفية: إذا انكشف ربع العضو من أعضاء العورة، فسدت الصلاة إن استمر بمقدار أداء ركن، بلا صنعه، فإن كان بصنعه فسدت في الحال.

Ertinya :

Terbuka aurat orang yang sedang solat secara tiba-tiba sebab angin misalnya tanpa sengaja kemudian ditutupnya pada ketika itu juga nescaya tidak batal solatnya disisi ulamak-ulamak mazhab Syafie dan Hanbali kerana ternafi yang dilarang.

Jika sebab kecuaian atau lama masa baru ditutup nescaya batal solatnya dengan sebab cuainya itu dan sebab lama terbuka itu jadi keji kejadian terbuka aurat itu sedangkan ia mungkin memeliharanya maka tiada diberi maaf kepadanya.

Dan berkata ulamak mazhab Maliki batal solat secara mutlak dengan terbuka aurat yang berat.

Dan berkata ulamak mazhab Hanafi apabila terbuka satu perempat dari anggota aurat maka rosak solatnya jika sampai masanya menunaikan satu rukun jika bukan perbuatannya. Ada pun jika sebab perbuataannya maka rosak solatnya ketika itu jua.”


Kesimpulannya

Sebagaimana dalam soalan:

Maka jika orang yang terbuka auratnya oleh sebab angin itu dan dia tutup dengan segera akan aurat yang kelihatan itu nescaya solatnya tidak batal.

Dan dia tidak perlu berhenti dari solat kerana dimaafkan kerana sebab bukan dengan sengaja.

Lagi pula dia menutup kembali dengan cepat.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus:

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

23 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Sya
Sya
9 hari yang lalu

Assalamualaikum ustaz. Apa pula hukum jika terasa seperti aurat terdedah. Ketika sujud, kaki rasa sejuk macam kain terselak. Namun tetap saja saya teruskan solat sebab sebelum ni pernah berlaku situasi macam ni ( rasa kaki terdedah ketika solat) lepastu saya terus batalkan solat dan cek dan dapati tiada aurat pun yang terdedah. Jadi saya buat begitu pada solat yg lain(teruskan solat) sekiranya terasa seperti aurat kaki terdedah. Tapi sekarang ni saya jadi was². Macam mana kalau memang aurat saya terdedah? Dia macam 50/50. Patut saya qada semula atau apa?

Mun
Mun
26 hari yang lalu

Assalamualaikum ustaz. Ketika solat sy dpt rasa mcm ada sesuatu yang mungkin terkeluar drpd telekung, x pasti samada itu rambut atau tak, tp hati sy yakin sy dh menutup aurat. Maka sy teruskan solat smbil biarkan sesuatu tu. Selepas solat sy dapati mmg xde lgsg rambut terkeluar. Solat sy masih dianggap sah kan ustaz? Walaupun sy biarkan aje sesuatu tu.

Mun
Mun
1 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz. Semasa solat, saya yakin dah menutup aurat dengan sempurna, tapi selepas memberi salam, ada kawasan dagu yang terbuka, tapi bawah dagu tertutup sampai ke hujung bawah dagu. Adakah solat saya sah sekiranya kawasan dagu tu terbuka?

Mun
Mun
1 bulan yang lalu

Assalamualaikum. Jika selepas solat, ada rasa ragu dah tutup bawah dagu ke belum. Tapi jika yakin dah tutup adakah solat itu sah? Tapi jika tak ingat boleh ke abaikan je?Sah ke solat?

Mun
Mun
1 bulan yang lalu

Assalamualaikum. Jika kita ada rasa waswas samada aurat terbuka atau tidak bila rasa ada sesuatu yang terkeluar dari telekung ,dan tak pasti sama ada rambut terkeluar atau tidak, dan yakin dah tutup aurat. Tp sebagai langkah berjaga-jaga saya pun tutuplah sesuatu tu. Tiba-tiba lintasan hati kata solat dah batal, tapi saya tak pedulikan lintasan hati tu dan teruskan solat, sbb saya yakin dah tutup aurat. Selepas solat, saya check memang tiada apa-apa yang terkeluar drpd telekung. Adakah solat saya sah?

Nab
Nab
8 bulan yang lalu

Assalamualaikum nk tanya, sy sujud ternampak kaki tp x bolehnk betulkan sbb tersangkut/ kena letak tpk tgn utk sujud? Bagaimana ya?

Afrina
Afrina
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum , saya nak tanya , selepas bangun dri rukuk , kita membaca allahuakbar sambil mengakat tangan dan ketika itu aurat kita ternampak dekat bahagian lengan tangan ketika menyebut allahuakbar , adakah batal solat kite ustz ?

Sarah
Sarah
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum , saya nak tanya , selepas bangun dri rukuk , kita membaca allahuakbar sambil mengakat tangan dan ketika itu aurat kita ternampak dekat bahagian lengan tangan ketika menyebut allahuakbar , adakah batal solat kite ustz ?

Sarah
Sarah
Reply to  Sarah
2 tahun yang lalu

Sory ii , bukan allahuakbar

Mai
Mai
2 tahun yang lalu

Nak tnha kalaj semasa rukuk mcm ternampak ibu jari kaki seditkit. Tp tak sure samada betul2 terbuka aurat atau perasaan sahaja. And saya taktau mcmna nak tutup jika betul terbuka aurat semasa rukuk. Tetapi lepas berdiri dari rukuk saya terus tutup kaki saya tu. Adakah sah solat saya? And berapa kadar masa yg boleh diambil utk tutup aurat itu. Jika saya tutup lepas saya rukuk boleh ke?

San
San
2 tahun yang lalu

Salam saya nak tanya contoh masa solat dan skirt telekung terjatuh masa solat tapi masa tu perempuan tu menggunakan seluar palazo dan tidak ketara nampak auratnya kira batal ke solat ?

San
San
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Terima kasih atas jawapannya

San
San
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Kalau jari2 kaki terkeluar xpeh ke?

Last edited 2 tahun yang lalu by San