Doa Wabak Penyakit

doa wabak penyakit

Ini adalah panduan doa wabak penyakit.

Dalam panduan ini, saya menampilkan dua doa memohon perlindungan dari wabak penyakit dan penyakit yang menular.

1. Doa Ketika Sesuatu Penyakit Merebak

Doa ini boleh dibaca pada bila-bila masa.

doa wabak penyakit ringkas

Maksudnya:

Aku membenteng diri dengan Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh dengan Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib, dan aku bertawakkal kepada Tuhan yang hidup dan tidak mati. Hindarkan kami daripada bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2. Doa Selamat Daripada Segala Wabak Penyakit

Doa ini dibaca selepas solat fardu atau sunat.

doa wabak penyakit

Maksudnya:

Yang bermaksud, Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad semulia-mulia nabi dan rasul, ahli keluarga dan para sahabatnya

Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala’ bencana, wabak penyakit, taun, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah! Selamatkanlah negeri kami ini khususnya, dan negara umat Islam amnya daripada segala bencana tersebut. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala-galanya dan Engkaulah yang selayaknya memberi perkenan.

Aku berlindung dengan Allah Tuhan yang Maha Gagah Perkasa dan yang Mempunyai Kekuasaan Mutlaq. Aku berpegang teguh kepada Allah Tuhan yang Memiliki Kerajaan yang Maha Agung dan aku berserah diri kepada Allah yang Hidup dan tidak akan mati.

Ya Allah! Wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada wabak yang datang ini dan peliharalah kami daripada segala kejahatan yang merosakkan serta selamatkanlah kami daripada segala fitnah dan penyakit taun serta segala bala’ yang datang, dengan kelembutan-Mu ya Allah, Tuhan yang Maha Berlemah Lembut, wahai Tuhan yang Maha Halus Pengetahuan-Nya, Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam semesta.


Sumber Doa

  1. Ustaz Ismail Kamus, Modul fardu ain diri, keluarga dan masyarakat, Indahnya Hidup Bersyariat
  2. Dato’ Hj Mohd Yusof bin Hj. Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada pautan ini

Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Hamba Allah
Hamba Allah
4 tahun yang lalu

Salam Ustaz jika tidak keberatan boleh tulis rumi juga untuk bacaan mintak perlindungan Dari wabak Corona.
Terima Kasih.