Apakah dosa yang tidak diampunkan oleh Allah?
Ada satu dosa yang tidak akan diampunkan Allah SWT.
Dosa tersebut adalah dosa syirik.
Firman Allah SWT:
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa menyekutukan Nya dengan sesuatu, dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan sesiapa yang menyekutukan Allah, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh jauhnya.”
(Surah An-Nisa’ ayat 116)
Adapun dosa-dosa selain syirik, sebesar apa pun ia dan berapa banyaknya, InsyaAllah akan diampunkan Allah SWT jika kita bertaubat atau meminta ampun kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh.
Seperti telah diterangkan pada pembahasan Allah Maha Pengampun, orang yang telah membunuh seratus orang pun diampuni Allah SWT dosanya setelah dia bertaubat dengan Taubat Nasuha.
Begitu jugalah dengan dosa-dosa lainnya seperti berzina, mencuri, meminum arak, berjudi dan sebagainya, akan diampuni Allah SWT jika betul-betul bertaubat kepadaNya.
Niat & Cara Melakukan Solat Taubat
Bagaimana tatacara melakukan solat sunat taubat?
Panduan ini akan menerangkan secara langkah-demi-langkah tatacara mengerjakan solat sunat taubat, bacaan istighfar dan doa taubat (dengan bantuan transliterasi rumi)
Ini bererti hanya ada satu dosa yang tidak diampuni Allah SWT, iaitu dosa syirik atau menyekutukan Allah SWT.
Mengenai syirik ini, ada orang yang terang-terangan menyekutukan Allah SWT. Ada yang menyekutukan Allah SWT secara tersembunyi dan ada juga yang menyekutukan Allah SWT tanpa dia sedari.
Menyekutukan Allah SWT misalnya orang yang mengiktikadkan ada tuhan bapa, tuhan ibu dan tuhan anak secara terang-terangan seperti kepercayaan orang orang Kristian.
Begitu juga orang yang menyembah berhala, kononnya dia menyembah berhala itu tidak lain untuk mendekatkannya kepada Allah SWT.
Ada orang yang mempunyai akidah seperti itu.
Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zumar ayat 3 yang bermaksud:
Dan orang-orang yang mengambil perlindungan selain Allah, mereka berkata: “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya.”
Orang yang menyekutukan Allah SWT secara sembunyi misalnya orang yang mempunyai fahaman ada yang mengatur alam ini selain Allah SWT. Mereka beranggapan ada yang menjadikan selain Allah SWT.
Begitu juga tentang memberi rezeki, menghidupkan dan mematikan, menurunkan hujan, memelihara, begitu juga tentang memberi manfaat, mudarat, sebagainya.
Banyak lagi contoh lain amalan yang membawa kepada syirik.
Terkadang orang yang melakukannya tidak sedar bahawa dirinya telah melakukan amalan syirik.
Kesimpulannya hanya dosa syirik yang tidak diampuni Allah SWT.
Namun demikian tidaklah tertutup kemungkinan bagi orang yang melakukan syirik itu untuk bertaubat.
Allah SWT tidak mengampuni dosa syirik maksudnya selama orang musyrik itu tidak menukar fahamannya.
Kalau dia sudah menukar fahamannya, dia percaya hanya Allah SWT yang berkuasa, hanya Allah SWT yang menentukan dan menjadikan segala sesuatu, hanya Allah SWT yang patut disembah, setelah itu dia bertaubat atas fahamannya yang menyimpang itu –maka Allah SWT akan mengampunkannya.
Tinggalkan Komen Anda..
Assalam ustaz, saya peminat lagu – lagu korea. Saya cuma nak bertanya yang saya rasa grup – grup kpop ni ada kaitan dengan illuminati, sebabnya saya dah baca artikel – artikel berkaitan illuminati ni dan ade beberapa grup yang ada guna tema atau konsep yang ada kaitan dengan illuminati seperti simbol mata satu dan bentuk segitiga. Saya tak minat grup – grup yang guna benda – benda yang kait dengan illuminati. Saya skip awal – awal. Tapi lepas saya baca artikel – artikel ni saya semua grup kpop ni ade kaitan dengan illuminat. Saya minat kpop ni sebab lagu dan saya cari maksud lagu tersebut dan konsep yang dorang guna dalam video musik grup dorang. Saya ade suka beberapa grup baru kpop yang saya dah cari dan selidik dorang tak guna simbol yang kait dengan illuminati, lagu – lagu pun okay atau mungkin saya ade terlepas pandang. Saya hati – hati untuk pilih grup yang saya suka. Tapi tak tahulah kenapa perasaan atau tu mungkin lintasan yang ada dalam otak dan hati saya. Tapi saya rasa hati saya tak tenang dan saya rasa takut jika saya dah jadi syirik. Saya nak tanya ustaz adakah perasaan atau lintasan yang selalu datang dalam diri saya ni tandanya Allah nak saya dekat dengan Allah? Saya cuba berubah ke arah yang lebih baik. Saya takut dengan apa yang saya rasa dan lintasan yang selalu datang tiba – tiba dalam diri saya. Adakah ni dah dikira syirik. Saya percaya Allah tu Tuhan saya dan saya selalu mengucap dua kali syahadah untuk yakinkan diri saya kadang tu saya istighfar. Yang [asal kpop – kpop ni saya dah kurang cuma suka tu masih ada. Saya dah buang gambar dan lagu yang saya pernah simpan dan berjanji dengan diri sendiri untuk berubah. Saya selalu takut dengan perasaan dan lintasan yang ada dalam diri saya. Saya nak sangat buang perkara – perkara ni dalam diri saya. Saya jadi serba salah bila saya ikuti grup kpop di media sosial macam yang saya tulis bahagian atas komen ni sebab saya rasa grup – grup kpop yang saya minat ni ade kemungkinan kait dengan illuminati walaupun saya dah selidik dan apa yang saya lihat dorang ni normal je. Saya tak faham ustaz kenapa saya sorang jadi macam ni atau orang lain pun macam saya jugak. Saya overthinking.
Waalaikumussalam,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan dan kerisauan anda berkaitan isu ini. Mari kita teliti dan bahas perkara ini dengan lebih mendalam.
Pengaruh dan Simbol Illuminati
1. Simbol dan Konsep: Terdapat pelbagai teori konspirasi mengenai Illuminati dan kaitannya dengan industri hiburan, termasuk K-pop. Walaupun beberapa artis mungkin menggunakan simbol yang dianggap berkaitan dengan Illuminati dalam video muzik atau konsep mereka, ini sering kali merupakan pilihan artistik dan bukan bukti keanggotaan atau sokongan kepada Illuminati.
2. Pengaruh kepada Akidah: Menyukai lagu atau kumpulan K-pop kerana muzik dan hiburan tidak menjadikan seseorang itu syirik, selagi mana tidak ada keyakinan atau amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Adalah penting untuk memastikan bahawa hiburan tersebut tidak membawa kepada amalan yang haram atau mengabaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.
Perasaan Tidak Tenang dan Kerisauan
1. Lintasan Fikiran: Perasaan tidak tenang dan lintasan hati yang anda alami mungkin adalah peringatan dari Allah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Dalam Islam, adalah normal untuk seseorang merasai lintasan hati atau was-was, terutama dalam perkara yang berkaitan dengan akidah dan amalan harian.
2. Menghadapi Was-was: Cara terbaik untuk menghadapi was-was adalah dengan memperbanyakkan istighfar, membaca Al-Quran, dan menguatkan hubungan dengan Allah. Jika was-was ini menyebabkan gangguan dalam kehidupan seharian, ia mungkin bermanfaat untuk berbincang dengan seorang ulama atau kaunselor yang boleh memberikan panduan dan sokongan.
Adakah Anda Dikira Syirik?
1. Syirik bermaksud mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain dalam ibadah atau keyakinan. Selagi mana anda tidak mempercayai atau mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan tauhid, anda tidak dikira melakukan syirik.
2. Berdasarkan penjelasan anda, jelas bahawa anda berusaha menjaga akidah dan berpegang teguh kepada keimanan anda. Meminati muzik atau artis tertentu tidak menjadikan seseorang itu syirik, selagi tidak terlibat dalam amalan atau keyakinan yang bertentangan dengan Islam.
Langkah untuk Ketenteraman Hati:
1. Teruskan usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui solat, zikir, dan amalan-amalan kebaikan. Meminta pertolongan Allah dalam setiap urusan dan berdoa agar diberikan ketenangan hati.
2. Memilih hiburan yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam adalah langkah yang bijak. Menilai kandungan hiburan dengan kritikal dan memastikan ia tidak mempengaruhi akidah dan amalan harian adalah penting.
3. Mengurangkan Overthinking. Jika anda mendapati bahawa overthinking ini mengganggu kehidupan seharian, cuba mencari aktiviti yang boleh membantu menenangkan fikiran seperti membaca, bersukan, atau hobi lain yang bermanfaat.
—
Kesimpulan
Perasaan dan lintasan hati yang anda alami adalah tanda kepekaan dan kehati-hatian dalam menjaga akidah. Teruskan usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memperbaiki amalan harian. InsyaAllah, dengan usaha dan doa yang berterusan, Allah akan memberikan ketenangan dan petunjuk kepada anda.
Semoga penjelasan ini dapat membantu anda. Jika ada soalan tambahan atau perlukan penjelasan lanjut, sila kemukakan.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum, saya mengalami was was dari setan laknatullah , yang suka menghina Allah SWT , dan saya selalu tepis dengan nama Allah seperti Allah Maha Perkasa , tapi baru baru ni , dia mula lintas yang saya ragui (dah tak selepas research) iaitu Allah Maha Lembut atau sebagainya dan macam biasa saya tepis dan saya rasa bersalah lepas buat research yang memang Allah Maha Lembut , saya tepis sebab dalam pemahaman saya Allah Maha Kuasa dan saya taknak menghina Allah ke apa sebab banyak BETUL lintasan menghina Allah yang terlintas dalam kepala dan sekarang setan ni cuba mengelirukan saya dengan kebenaran dan jujurnya saya memang jahil betul bab tauhid , apakah hukum kalau jadi situasi begini , benda ni banyak berlaku contohnya sifat sombong dimana hanya Allah yang Maha Agung dan ada kesamaan sifat sombong dan agung kerana hanya Allah yang Maha Besar dan Maha Agung , saya memang takda nak tolak apa2 yang benar pasal Allah , Rasul , Islam , basically takda nak tolak kebenaran kerana hanya Agama Islam yang benar , tapi apa hukum kalau tertepis atau tertolak sifat Allah disebabkan sangat Jahil dan juga seperti apa yang berlaku di atas , dan juga berdasarkan apa yang cerita dari kadar 1-10 berapa teruk ustaz rasa was was saya ni sebab saya nak tahu adakah makin pulih atau tidak , dan saya juga nak tahu adakah sifat sifat mazmumah lain yang contohnya sombong (hanya pada manusia berbeza dengan Allah) , selain sombong adakah sifat sifat lain pada Allah yang hanya pada Allah sahaja ianya bukan berunsurkan negatif kerana hanya Allah yang Maha Agung , Maha Besar , Maha Tinggi
*Tambahan : was was saya ni agak teruk , 24/7 jam juga dia kacau dan selalu terlintas setiap masa sehingga sakit kepala migraine dan hilang mood ataupun rasa malas semua dan banyak tidur jadinya , sampai mendorong saya melakukan maksiat padahal saya nak bertaubat dari maksiat berkenaan (benda benda lagha lah maksud saya) menurut experience saya ni apakah kadar dari 1-10 , adakah sangat teruk ?
terima kasih atas penerangan.. semoga bermanfaat untuk semua amin
Terima kasih penulis atas perkongsian ilmu yang bermanfaat. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala yang besar untuk penulis kerana menyampaikan ilmu bermanfaat kepada masyarakat Islam, Aamiinn Ya Allah Ya Mujib
Alhamdulilah sama-sama :-)