Sahabat, Kehadiran Menyenangkan, Kehilangan Dirasai

 

sahabat

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.’

‘sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.’ (H.R al-Hakim)

Sahabat

Baru-baru ini saya kehilangan seorang teman. Kehilangan buat selamanya.

Kehilangannya sangat dirasai kerana dia antara kawan saya yang selalu mengingatkan saya pada Allah, pada perintah Allah, banyak mengajar tentang kebaikan, banyak memberi nasihat dan sebagainya.

Selepas beliau kembali ke rahmatullah, ramai sahabat  bercerita mengenai perkara yang sama.

Arwah seorang yang baik, selalu mengingatkan mereka pada perintah Allah, seorang yang sabar orangnya, lemah lembut, menghormati keluarga dan ia juga diakui oleh keluarganya sendiri.

Subhanallah! Untungnya memiliki seorang kawan sepertinya..

Kehadirannya menyenangkan hati, kehilangannya terasa di hati.. kebaikan dan nasihat olehnya terpahat di hati..

Ya Allah, kadangkala saya terfikir, adakah kita sepertinya?

Kehadiran menyenangkan, kehilangan dirasai. adakah satu hari nanti apabila kita pergi, kita akan dikenang sebegitu rupa? Adakah kawan di luar sana  akan mendoakan kita?

Adakah sahabat kita akan terasa kehilangan kita?

Baca Sepenuhnya