Surah al Kafirun Rumi, Maksud & Audio Bacaannya

Ini adalah panduan surah al Kafirun rumi dengan bantuan audio bacaan.

Ia disediakan untuk anda yang baru sedang belajar membaca surah-surah lazim.

Saya berharap semoga panduan ini dapat membantu.

Bacaan Surah al Kafirun

Surah al Kafirun Rumi

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn.

Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn.

Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud.

Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum.

Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud.

Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Latar Belakang Surah al-Kafirun

Surah Al-Kafirun (سورة الكافرون) adalah surah ke-109 dalam Al Quran.

Surah ini mengandungi 6 ayat dan tergolong dalam surah Makkiyah.

Nama Al Kaafiruun (orang-orang kafir) diambil dari kata yang muncul pada ayat pertama surat ini.

Pada masa penyebaran Islam di Mekkah, kaum Quraisy yang menentang Rasulullah SAW tak henti-hentinya mencari cara untuk menghentikan ancaman Islam terhadap kepercayaan nenek moyang mereka.

Pada salah satu upaya tersebut mereka berusaha mengajukan cadangan kompromi kepada Rasulullah SAW dimana mereka menawarkan: jika Rasulullah mahu memuja Tuhan mereka, maka merekapun akan memuja Tuhan sebagaimana konsep Islam.

Kemudian surah ini diturunkan untuk menjawab hal itu.

Asbabun Nuzul (Sebab Turun Ayat) Surah al-Kafirun

Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dan Ibnu Abi Hatim, yang bersumber dari Ibnu Abbas bahawa kaum Quraisy berusaha mempengaruhi Nabi Muhammad dengan menawarkan harta kekayaan agar baginda menjadi orang yang paling kaya di Kota Mekah.

Mereka juga menawarkan kepada baginda untuk menikahi mana-mana sahaja wanita yang baginda kehendaki.

Tawaran tersebut mereka sampaikan kepada baginda seraya berkata, “Inilah yang kami sediakan bagimu hai Muhammad, dengan syarat engkau jangan memaki-maki tuhan kami dan menjelek-jelekkannya, atau sembahlah tuhan-tuhan kami selama setahun.”

Nabi Muhammad SAW menjawab, “Aku akan menunggu wahyu dari Rabb-ku”.

Surah ini turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai perintah untuk menolak tawaran kaum kafir itu.

Dan turun pula surah az-Zummar ayat 64:

Katakanlah: “Maka apakah kamu menyuruh aku menyembah selain Allah, hai orang-orang yang tidak berpengatahuan?” sebagai perintah untuk menolak ajakan orang-orang bodoh yang menyembah berhala.

Diriwayatkan oleh Abdurrazzaq yang bersumber dari Wahb; dan diriwayatkan pula oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari Juraij bahawa kaum kafir Quraisy berkata kepada Nabi.

Sumber: Asbabun Nuzul — K.H.Q Shaleh — H.A.A Dahlan dkk.


Pautan berkaitan: