SURAH MARYAM (Rumi, Audio Dan Terjemahan Melayu)

Surah Maryam lengkap 98 ayat dengan transliterasi Rumi, audio bacaan dan terjemahan Melayu, serta penjelasan ayat dan pengajaran.

Muhamad Naim Abd ManafDikemas kini 13 Oktober 2026
Surah Maryam: Bacaan Rumi dan Terjemahan Melayu — AkuIslam

Ini adalah panduan bacaan Surah Maryam dengan transliterasi Rumi, audio bacaan dan terjemahan Melayu oleh Sheikh Abdullah Basmeih.

Anda juga akan dibimbing memahami kisah Nabi Zakariya, Nabi Yahya, Maryam dan Nabi Isa, serta peringatan tentang tauhid, solat dan hari akhirat melalui penjelasan ringkas yang bersumberkan tafsir.

Semoga panduan ini membantu anda mengikuti bacaan dan memahami Surah Maryam dengan lebih teratur.

Terus ke bacaan

KENALI SURAH

Pengenalan Surah Maryam

Surah Maryam ialah surah ke-19 dalam susunan mushaf al-Quran. Surah ini mengandungi 98 ayat, berada dalam juzuk 16 dan tergolong dalam surah Makkiyyah. Namanya merujuk kepada Maryam binti Imran, ibu Nabi Isa, yang kisahnya dihuraikan dalam surah ini.[1]

Kandungannya memperlihatkan rahmat dan perhatian Allah kepada para nabi serta hamba-Nya yang soleh. Kisah kelahiran Yahya dan Isa mengingatkan tentang kekuasaan Allah, diikuti contoh para nabi, tuntutan menjaga solat, peluang bertaubat serta kepastian kebangkitan dan pembalasan.

Maklumat Asas Surah Ini

Maklumat Keterangan
Nama Surah Maryam (nama Maryam, ibu Nabi Isa)
Nombor Surah 19
Bilangan Ayat 98
Juzuk 16
Klasifikasi Makkiyyah
Nama Lain Kāf Hā Yā ‘Ain Ṣād
Tema Utama Rahmat dan perhatian Allah kepada para nabi serta hamba-Nya yang soleh
Ayat Sajdah Ayat 58

Maklumat nama dan tema diringkaskan daripada rujukan surah. Ayat 58 ialah ayat sajdah; penjelasan ringkasnya terdapat dalam Soalan Lazim.[1][17]

ARAB · RUMI · TERJEMAHAN

Bacaan Surah Maryam

سُورَةُ مَرْيَمَ

98 ayat, disusun satu demi satu.

Rumi ialah bantuan untuk mengikuti bacaan. Sebutan huruf Arab, panjang pendek dan tajwid perlu dipelajari melalui teks Arab serta bimbingan guru. Transliterasi di sini menggunakan bacaan bersambung dalam ayat dan berhenti pada hujung ayat; koma membantu menandakan tempat berhenti pada ayat yang panjang.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm

1

كٓهيعٓصٓ ١

Kāf Hā Yā ‘Ain Ṣād

TERJEMAHAN AYAT

Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad

2

ذِكۡرُ رَحۡمَتِ رَبِّكَ عَبۡدَهُۥ زَكَرِيَّآ ٢

Żikru raḥmati rabbika ‘abdahū zakariyyā

TERJEMAHAN AYAT

(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.

3

إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥ نِدَآءً خَفِيّٗا ٣

Iż nādā rabbahū nidā’an khafiyyā

TERJEMAHAN AYAT

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.

4

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ ٱلۡعَظۡمُ مِنِّي وَٱشۡتَعَلَ ٱلرَّأۡسُ شَيۡبٗا وَلَمۡ أَكُنۢ بِدُعَآئِكَ رَبِّ شَقِيّٗا ٤

Qāla rabbi innī wahanal-‘aẓmu minnī wasyta‘alar-ra’su syaibaw wa lam akum bidu‘ā’ika rabbi syaqiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.

5

وَإِنِّي خِفۡتُ ٱلۡمَوَٰلِيَ مِن وَرَآءِي وَكَانَتِ ٱمۡرَأَتِي عَاقِرٗا فَهَبۡ لِي مِن لَّدُنكَ وَلِيّٗا ٥

Wa innī khiftul-mawāliya miw warā’ī wa kānatimra’atī ‘āqiran fa hablī mil ladunka waliyyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.

6

يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنۡ ءَالِ يَعۡقُوبَۖ وَٱجۡعَلۡهُ رَبِّ رَضِيّٗا ٦

Yariṡunī wa yariṡu min āli ya‘qūba waj‘alhu rabbi raḍiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai”.

7

يَٰزَكَرِيَّآ إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَٰمٍ ٱسۡمُهُۥ يَحۡيَىٰ لَمۡ نَجۡعَل لَّهُۥ مِن قَبۡلُ سَمِيّٗا ٧

Yā zakariyyā innā nubasysyiruka bighulāminismuhū yaḥyā lam naj‘al lahū min qablu samiyyā

TERJEMAHAN AYAT

(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):”Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya”.

8

قَالَ رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَٰمٞ وَكَانَتِ ٱمۡرَأَتِي عَاقِرٗا وَقَدۡ بَلَغۡتُ مِنَ ٱلۡكِبَرِ عِتِيّٗا ٨

Qāla rabbi annā yakūnu lī ghulāmuw wa kānatimra’atī ‘āqiraw wa qad balaghtu minal-kibari ‘itiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Nabi Zakaria bertanya: “Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?”

9

قَالَ كَذَٰلِكَ قَالَ رَبُّكَ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٞ وَقَدۡ خَلَقۡتُكَ مِن قَبۡلُ وَلَمۡ تَكُ شَيۡـٔٗا ٩

Qāla każālik, qāla rabbuka huwa ‘alayya hayyinuw wa qad khalaqtuka min qablu wa lam taku syai’ā

TERJEMAHAN AYAT

Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya – janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; “Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun.”

10

قَالَ رَبِّ ٱجۡعَل لِّيٓ ءَايَةٗۖ قَالَ ءَايَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ ٱلنَّاسَ ثَلَٰثَ لَيَالٖ سَوِيّٗا ١٠

Qāla rabbij‘al lī āyah, qāla āyatuka allā tukalliman-nāsa ṡalāṡa layālin sawiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Nabi Zakaria merayu lagi: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)”, Allah Taala berfirman: ” Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga malam, sedang engkau dalam keadaan sihat”.

11

فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوۡمِهِۦ مِنَ ٱلۡمِحۡرَابِ فَأَوۡحَىٰٓ إِلَيۡهِمۡ أَن سَبِّحُواْ بُكۡرَةٗ وَعَشِيّٗا ١١

Fa kharaja ‘alā qaumihī minal-miḥrābi fa auḥā ilaihim an sabbiḥū bukrataw wa ‘asyiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Maka dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: “Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah) pagi dan petang”.

12

يَٰيَحۡيَىٰ خُذِ ٱلۡكِتَٰبَ بِقُوَّةٖۖ وَءَاتَيۡنَٰهُ ٱلۡحُكۡمَ صَبِيّٗا ١٢

Yā yaḥyā khużil-kitāba biquwwah, wa ātaināhul-ḥukma ṣabiyyā

TERJEMAHAN AYAT

“Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.

13

وَحَنَانٗا مِّن لَّدُنَّا وَزَكَوٰةٗۖ وَكَانَ تَقِيّٗا ١٣

Wa ḥanānam mil ladunnā wa zakāh, wa kāna taqiyyā

TERJEMAHAN AYAT

dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia seorang yang bertaqwa.

14

وَبَرَّۢا بِوَٰلِدَيۡهِ وَلَمۡ يَكُن جَبَّارًا عَصِيّٗا ١٤

Wa barram biwālidaihi wa lam yakun jabbāran ‘aṣiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.

15

وَسَلَٰمٌ عَلَيۡهِ يَوۡمَ وُلِدَ وَيَوۡمَ يَمُوتُ وَيَوۡمَ يُبۡعَثُ حَيّٗا ١٥

Wa salāmun ‘alaihi yauma wulida wa yauma yamūtu wa yauma yub‘aṡu ḥayyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).

16

وَٱذۡكُرۡ فِي ٱلۡكِتَٰبِ مَرۡيَمَ إِذِ ٱنتَبَذَتۡ مِنۡ أَهۡلِهَا مَكَانٗا شَرۡقِيّٗا ١٦

Ważkur fil-kitābi maryam, iżintabażat min ahlihā makānan syarqiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.

17

فَٱتَّخَذَتۡ مِن دُونِهِمۡ حِجَابٗا فَأَرۡسَلۡنَآ إِلَيۡهَا رُوحَنَا فَتَمَثَّلَ لَهَا بَشَرٗا سَوِيّٗا ١٧

Fattakhażat min dūnihim ḥijābā, fa arsalnā ilaihā rūḥanā fa tamaṡṡala lahā basyaran sawiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.

18

قَالَتۡ إِنِّيٓ أَعُوذُ بِٱلرَّحۡمَٰنِ مِنكَ إِن كُنتَ تَقِيّٗا ١٨

Qālat innī a‘ūżu bir-raḥmāni minka in kunta taqiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.

19

قَالَ إِنَّمَآ أَنَا۠ رَسُولُ رَبِّكِ لِأَهَبَ لَكِ غُلَٰمٗا زَكِيّٗا ١٩

Qāla innamā ana rasūlu rabbiki li’ahaba laki ghulāman zakiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Ia berkata: “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci”.

20

قَالَتۡ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَٰمٞ وَلَمۡ يَمۡسَسۡنِي بَشَرٞ وَلَمۡ أَكُ بَغِيّٗا ٢٠

Qālat annā yakūnu lī ghulāmuw wa lam yamsasnī basyaruw wa lam aku baghiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?”

21

قَالَ كَذَٰلِكِ قَالَ رَبُّكِ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٞۖ وَلِنَجۡعَلَهُۥٓ ءَايَةٗ لِّلنَّاسِ وَرَحۡمَةٗ مِّنَّاۚ وَكَانَ أَمۡرٗا مَّقۡضِيّٗا ٢١

Qāla każālik, qāla rabbuki huwa ‘alayya hayyin, wa linaj‘alahū āyatal lin-nāsi wa raḥmatam minnā, wa kāna amram maqḍiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

22

۞ فَحَمَلَتۡهُ فَٱنتَبَذَتۡ بِهِۦ مَكَانٗا قَصِيّٗا ٢٢

Fa ḥamalathu fantabażat bihī makānan qaṣiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.

23

فَأَجَآءَهَا ٱلۡمَخَاضُ إِلَىٰ جِذۡعِ ٱلنَّخۡلَةِ قَالَتۡ يَٰلَيۡتَنِي مِتُّ قَبۡلَ هَٰذَا وَكُنتُ نَسۡيٗا مَّنسِيّٗا ٢٣

Fa ajā’ahal-makhāḍu ilā jiż‘in-nakhlah, qālat yā laitanī mittu qabla hāżā wa kuntu nas-yam mansiyyā

TERJEMAHAN AYAT

(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!

24

فَنَادَىٰهَا مِن تَحۡتِهَآ أَلَّا تَحۡزَنِي قَدۡ جَعَلَ رَبُّكِ تَحۡتَكِ سَرِيّٗا ٢٤

Fa nādāhā min taḥtihā allā taḥzanī qad ja‘ala rabbuki taḥtaki sariyyā

TERJEMAHAN AYAT

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:” Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.

25

وَهُزِّيٓ إِلَيۡكِ بِجِذۡعِ ٱلنَّخۡلَةِ تُسَٰقِطۡ عَلَيۡكِ رُطَبٗا جَنِيّٗا ٢٥

Wa huzzī ilaiki bijiż‘in-nakhlati tusāqiṭ ‘alaiki ruṭaban janiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

26

فَكُلِي وَٱشۡرَبِي وَقَرِّي عَيۡنٗاۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ ٱلۡبَشَرِ أَحَدٗا فَقُولِيٓ إِنِّي نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمَٰنِ صَوۡمٗا فَلَنۡ أُكَلِّمَ ٱلۡيَوۡمَ إِنسِيّٗا ٢٦

Fa kulī wasyrabī wa qarrī ‘ainā, fa immā tarayinna minal-basyari aḥadan fa qūlī innī nażartu lir-raḥmāni ṣauman fa lan ukallimal-yauma insiyyā

TERJEMAHAN AYAT

“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.

27

فَأَتَتۡ بِهِۦ قَوۡمَهَا تَحۡمِلُهُۥۖ قَالُواْ يَٰمَرۡيَمُ لَقَدۡ جِئۡتِ شَيۡـٔٗا فَرِيّٗا ٢٧

Fa atat bihī qaumahā taḥmiluh, qālū yā maryamu laqad ji’ti syai’an fariyyā

TERJEMAHAN AYAT

Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!

28

يَٰٓأُخۡتَ هَٰرُونَ مَا كَانَ أَبُوكِ ٱمۡرَأَ سَوۡءٖ وَمَا كَانَتۡ أُمُّكِ بَغِيّٗا ٢٨

Yā ukhta hārūna mā kāna abūkimra’a sau’iw wa mā kānat ummuki baghiyyā

TERJEMAHAN AYAT

” Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!”

29

فَأَشَارَتۡ إِلَيۡهِۖ قَالُواْ كَيۡفَ نُكَلِّمُ مَن كَانَ فِي ٱلۡمَهۡدِ صَبِيّٗا ٢٩

Fa asyārat ilaih, qālū kaifa nukallimu man kāna fil-mahdi ṣabiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): “Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?”

30

قَالَ إِنِّي عَبۡدُ ٱللَّهِ ءَاتَىٰنِيَ ٱلۡكِتَٰبَ وَجَعَلَنِي نَبِيّٗا ٣٠

Qāla innī ‘abdullāh, ātāniyal-kitāba wa ja‘alanī nabiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Ia menjawab:” Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.

31

وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيۡنَ مَا كُنتُ وَأَوۡصَٰنِي بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱلزَّكَوٰةِ مَا دُمۡتُ حَيّٗا ٣١

Wa ja‘alanī mubārakan aina mā kuntu wa auṣānī biṣ-ṣalāti waz-zakāti mā dumtu ḥayyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.

32

وَبَرَّۢا بِوَٰلِدَتِي وَلَمۡ يَجۡعَلۡنِي جَبَّارٗا شَقِيّٗا ٣٢

Wa barram biwālidatī wa lam yaj‘alnī jabbāran syaqiyyā

TERJEMAHAN AYAT

” Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.

33

وَٱلسَّلَٰمُ عَلَيَّ يَوۡمَ وُلِدتُّ وَيَوۡمَ أَمُوتُ وَيَوۡمَ أُبۡعَثُ حَيّٗا ٣٣

Was-salāmu ‘alayya yauma wulittu wa yauma amūtu wa yauma ub‘aṡu ḥayyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)”.

34

ذَٰلِكَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَۖ قَوۡلَ ٱلۡحَقِّ ٱلَّذِي فِيهِ يَمۡتَرُونَ ٣٤

Żālika ‘īsabnu maryam, qaulal-ḥaqqillażī fīhi yamtarūn

TERJEMAHAN AYAT

Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.

35

مَا كَانَ لِلَّهِ أَن يَتَّخِذَ مِن وَلَدٖۖ سُبۡحَٰنَهُۥٓۚ إِذَا قَضَىٰٓ أَمۡرٗا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ ٣٥

Mā kāna lillāhi ay yattakhiża miw waladin subḥānah, iżā qaḍā amran fa innamā yaqūlu lahū kun fa yakūn

TERJEMAHAN AYAT

Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: “Jadilah engkau”, lalu menjadilah ia.

36

وَإِنَّ ٱللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمۡ فَٱعۡبُدُوهُۚ هَٰذَا صِرَٰطٞ مُّسۡتَقِيمٞ ٣٦

Wa innallāha rabbī wa rabbukum fa‘budūh, hāżā ṣirāṭum mustaqīm

TERJEMAHAN AYAT

Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul – lurus “.

37

فَٱخۡتَلَفَ ٱلۡأَحۡزَابُ مِنۢ بَيۡنِهِمۡۖ فَوَيۡلٞ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن مَّشۡهَدِ يَوۡمٍ عَظِيمٍ ٣٧

Fakhtalafal-aḥzābu mim bainihim, fa wailul lillażīna kafarū mim masyhadi yaumin ‘aẓīm

TERJEMAHAN AYAT

Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir (yang berselisihan) itu, dari apa yang disaksikan pada hari yang besar huru-haranya.

38

أَسۡمِعۡ بِهِمۡ وَأَبۡصِرۡ يَوۡمَ يَأۡتُونَنَا لَٰكِنِ ٱلظَّٰلِمُونَ ٱلۡيَوۡمَ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ ٣٨

Asmi‘ bihim wa abṣir yauma ya’tūnanā lākiniẓ-ẓālimūnal-yauma fī ḍalālim mubīn

TERJEMAHAN AYAT

Sungguh jelas pendengaran dan penglihatan mereka yang kafir itu semasa mereka datang mengadap Kami pada hari akhirat. Tetapi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan kufur dan maksiat) pada masa di dunia ini, berada dalam kesesatan yang nyata

39

وَأَنذِرۡهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡحَسۡرَةِ إِذۡ قُضِيَ ٱلۡأَمۡرُ وَهُمۡ فِي غَفۡلَةٖ وَهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ ٣٩

Wa anżirhum yaumal-ḥasrati iż quḍiyal-amr, wa hum fī ghaflatiw wa hum lā yu’minūn

TERJEMAHAN AYAT

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.

40

إِنَّا نَحۡنُ نَرِثُ ٱلۡأَرۡضَ وَمَنۡ عَلَيۡهَا وَإِلَيۡنَا يُرۡجَعُونَ ٤٠

Innā naḥnu nariṡul-arḍa wa man ‘alaihā wa ilainā yurja‘ūn

TERJEMAHAN AYAT

Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.

41

وَٱذۡكُرۡ فِي ٱلۡكِتَٰبِ إِبۡرَٰهِيمَۚ إِنَّهُۥ كَانَ صِدِّيقٗا نَّبِيًّا ٤١

Ważkur fil-kitābi ibrāhīm, innahū kāna ṣiddīqan nabiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi.

42

إِذۡ قَالَ لِأَبِيهِ يَٰٓأَبَتِ لِمَ تَعۡبُدُ مَا لَا يَسۡمَعُ وَلَا يُبۡصِرُ وَلَا يُغۡنِي عَنكَ شَيۡـٔٗا ٤٢

Iż qāla li’abīhi yā abati lima ta‘budu mā lā yasma‘u wa lā yubṣiru wa lā yughnī ‘anka syai’ā

TERJEMAHAN AYAT

Ketika ia berkata kepada bapanya:” Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?

43

يَٰٓأَبَتِ إِنِّي قَدۡ جَآءَنِي مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَمۡ يَأۡتِكَ فَٱتَّبِعۡنِيٓ أَهۡدِكَ صِرَٰطٗا سَوِيّٗا ٤٣

Yā abati innī qad jā’anī minal-‘ilmi mā lam ya’tika fattabi‘nī ahdika ṣirāṭan sawiyyā

TERJEMAHAN AYAT

” Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.

44

يَٰٓأَبَتِ لَا تَعۡبُدِ ٱلشَّيۡطَٰنَۖ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ كَانَ لِلرَّحۡمَٰنِ عَصِيّٗا ٤٤

Yā abati lā ta‘budisy-syaiṭān, innasy-syaiṭāna kāna lir-raḥmāni ‘aṣiyyā

TERJEMAHAN AYAT

” Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya.

45

يَٰٓأَبَتِ إِنِّيٓ أَخَافُ أَن يَمَسَّكَ عَذَابٞ مِّنَ ٱلرَّحۡمَٰنِ فَتَكُونَ لِلشَّيۡطَٰنِ وَلِيّٗا ٤٥

Yā abati innī akhāfu ay yamassaka ‘ażābum minar-raḥmāni fa takūna lisy-syaiṭāni waliyyā

TERJEMAHAN AYAT

” Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam neraka”.

46

قَالَ أَرَاغِبٌ أَنتَ عَنۡ ءَالِهَتِي يَٰٓإِبۡرَٰهِيمُۖ لَئِن لَّمۡ تَنتَهِ لَأَرۡجُمَنَّكَۖ وَٱهۡجُرۡنِي مَلِيّٗا ٤٦

Qāla arāghibun anta ‘an ālihatī yā ibrāhīm, la’illam tantahi la’arjumannaka wahjurnī maliyyā

TERJEMAHAN AYAT

(Bapanya) menjawab: “Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa”.

47

قَالَ سَلَٰمٌ عَلَيۡكَۖ سَأَسۡتَغۡفِرُ لَكَ رَبِّيٓۖ إِنَّهُۥ كَانَ بِي حَفِيّٗا ٤٧

Qāla salāmun ‘alaik, sa’astaghfiru laka rabbī, innahū kāna bī ḥafiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Nabi Ibrahim berkata: ” Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.

48

وَأَعۡتَزِلُكُمۡ وَمَا تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَأَدۡعُواْ رَبِّي عَسَىٰٓ أَلَّآ أَكُونَ بِدُعَآءِ رَبِّي شَقِيّٗا ٤٨

Wa a‘tazilukum wa mā tad‘ūna min dūnillāhi wa ad‘ū rabbī ‘asā allā akūna bidu‘ā’i rabbī syaqiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)”.

49

فَلَمَّا ٱعۡتَزَلَهُمۡ وَمَا يَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَهَبۡنَا لَهُۥٓ إِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَۖ وَكُلّٗا جَعَلۡنَا نَبِيّٗا ٤٩

Fa lamma‘tazalahum wa mā ya‘budūna min dūnillāhi wahabnā lahū isḥāqa wa ya‘qūb, wa kullan ja‘alnā nabiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Maka apabila ia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah yang lain dari Allah kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya); dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi.

50

وَوَهَبۡنَا لَهُم مِّن رَّحۡمَتِنَا وَجَعَلۡنَا لَهُمۡ لِسَانَ صِدۡقٍ عَلِيّٗا ٥٠

Wa wahabnā lahum mir raḥmatinā wa ja‘alnā lahum lisāna ṣidqin ‘aliyyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan Kami kurniakan kepada mereka dari rahmat Kami, dan Kami jadikan bagi mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam kalangan umat manusia.

51

وَٱذۡكُرۡ فِي ٱلۡكِتَٰبِ مُوسَىٰٓۚ إِنَّهُۥ كَانَ مُخۡلَصٗا وَكَانَ رَسُولٗا نَّبِيّٗا ٥١

Ważkur fil-kitābi mūsā innahū kāna mukhlaṣaw wa kāna rasūlan nabiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya ia adalah orang pilihan, dan adalah ia seorang Rasul, lagi Nabi.

52

وَنَٰدَيۡنَٰهُ مِن جَانِبِ ٱلطُّورِ ٱلۡأَيۡمَنِ وَقَرَّبۡنَٰهُ نَجِيّٗا ٥٢

Wa nādaināhu min jānibiṭ-ṭūril-aimani wa qarrabnāhu najiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina, dan Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata dengan Kami.

53

وَوَهَبۡنَا لَهُۥ مِن رَّحۡمَتِنَآ أَخَاهُ هَٰرُونَ نَبِيّٗا ٥٣

Wa wahabnā lahū mir raḥmatinā akhāhu hārūna nabiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan Kami kurniakan kepadanya dari rahmat Kami, saudaranya: Harun, yang juga berpangkat Nabi.

54

وَٱذۡكُرۡ فِي ٱلۡكِتَٰبِ إِسۡمَٰعِيلَۚ إِنَّهُۥ كَانَ صَادِقَ ٱلۡوَعۡدِ وَكَانَ رَسُولٗا نَّبِيّٗا ٥٤

Ważkur fil-kitābi ismā‘īla innahū kāna ṣādiqal-wa‘di wa kāna rasūlan nabiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya ia adalah benar menepati janji dan adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi.

55

وَكَانَ يَأۡمُرُ أَهۡلَهُۥ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱلزَّكَوٰةِ وَكَانَ عِندَ رَبِّهِۦ مَرۡضِيّٗا ٥٥

Wa kāna ya’muru ahlahū biṣ-ṣalāti waz-zakāti wa kāna ‘inda rabbihī marḍiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!

56

وَٱذۡكُرۡ فِي ٱلۡكِتَٰبِ إِدۡرِيسَۚ إِنَّهُۥ كَانَ صِدِّيقٗا نَّبِيّٗا ٥٦

Ważkur fil-kitābi idrīsa innahū kāna ṣiddīqan nabiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta ia seorang Nabi.

57

وَرَفَعۡنَٰهُ مَكَانًا عَلِيًّا ٥٧

Wa rafa‘nāhu makānan ‘aliyyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.

58

أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِم مِّنَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ مِن ذُرِّيَّةِ ءَادَمَ وَمِمَّنۡ حَمَلۡنَا مَعَ نُوحٖ وَمِن ذُرِّيَّةِ إِبۡرَٰهِيمَ وَإِسۡرَٰٓءِيلَ وَمِمَّنۡ هَدَيۡنَا وَٱجۡتَبَيۡنَآۚ إِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتُ ٱلرَّحۡمَٰنِ خَرُّواْۤ سُجَّدٗاۤ وَبُكِيّٗا ۩ ٥٨

Ulā’ikallażīna an‘amallāhu ‘alaihim minan-nabiyyīna min żurriyyati ādama wa mim man ḥamalnā ma‘a nūḥiw wa min żurriyyati ibrāhīma wa isrā’īla wa mim man hadainā wajtabainā, iżā tutlā ‘alaihim āyātur-raḥmāni kharrū sujjadaw wa bukiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.

Ayat sajdah. Lihat penjelasan sujud tilawah dalam Soalan Lazim.

59

۞ فَخَلَفَ مِنۢ بَعۡدِهِمۡ خَلۡفٌ أَضَاعُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُواْ ٱلشَّهَوَٰتِۖ فَسَوۡفَ يَلۡقَوۡنَ غَيًّا ٥٩

Fa khalafa mim ba‘dihim khalfun aḍā‘uṣ-ṣalāta wattaba‘usy-syahawāti fa saufa yalqauna ghayyā

TERJEMAHAN AYAT

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),

60

إِلَّا مَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا فَأُوْلَٰٓئِكَ يَدۡخُلُونَ ٱلۡجَنَّةَ وَلَا يُظۡلَمُونَ شَيۡـٔٗا ٦٠

Illā man tāba wa āmana wa ‘amila ṣāliḥan fa ulā’ika yadkhulūnal-jannata wa lā yuẓlamūna syai’ā

TERJEMAHAN AYAT

Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, –

61

جَنَّٰتِ عَدۡنٍ ٱلَّتِي وَعَدَ ٱلرَّحۡمَٰنُ عِبَادَهُۥ بِٱلۡغَيۡبِۚ إِنَّهُۥ كَانَ وَعۡدُهُۥ مَأۡتِيّٗا ٦١

Jannāti ‘adninillatī wa‘adar-raḥmānu ‘ibādahū bil-ghaib, innahū kāna wa‘duhū ma’tiyyā

TERJEMAHAN AYAT

(Iaitu) Syurga ” Adn ” yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hambaNya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; sesungguhnya Tuhan itu, janjiNya tetap berlaku.

62

لَّا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوًا إِلَّا سَلَٰمٗاۖ وَلَهُمۡ رِزۡقُهُمۡ فِيهَا بُكۡرَةٗ وَعَشِيّٗا ٦٢

Lā yasma‘ūna fīhā laghwan illā salāmā, wa lahum rizquhum fīhā bukrataw wa ‘asyiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik-baik; dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa).

63

تِلۡكَ ٱلۡجَنَّةُ ٱلَّتِي نُورِثُ مِنۡ عِبَادِنَا مَن كَانَ تَقِيّٗا ٦٣

Tilkal-jannatullatī nūriṡu min ‘ibādinā man kāna taqiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang. yang bertaqwa dari hamba-hamba Kami.

64

وَمَا نَتَنَزَّلُ إِلَّا بِأَمۡرِ رَبِّكَۖ لَهُۥ مَا بَيۡنَ أَيۡدِينَا وَمَا خَلۡفَنَا وَمَا بَيۡنَ ذَٰلِكَۚ وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيّٗا ٦٤

Wa mā natanazzalu illā bi’amri rabbik, lahū mā baina aidīnā wa mā khalfanā wa mā baina żālika wa mā kāna rabbuka nasiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan (berkatalah malaikat): “Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (wahai Muhammad); Dia lah jua yang menguasai serta mentadbirkan apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita serta apa yang di antara itu; dan tiadalah Tuhanmu itu lupa, –

65

رَّبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا فَٱعۡبُدۡهُ وَٱصۡطَبِرۡ لِعِبَٰدَتِهِۦۚ هَلۡ تَعۡلَمُ لَهُۥ سَمِيّٗا ٦٥

Rabbus-samāwāti wal-arḍi wa mā bainahumā fa‘bud-hu waṣṭabir li‘ibādatih, hal ta‘lamu lahū samiyyā

TERJEMAHAN AYAT

“Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?”

66

وَيَقُولُ ٱلۡإِنسَٰنُ أَءِذَا مَا مِتُّ لَسَوۡفَ أُخۡرَجُ حَيًّا ٦٦

Wa yaqūlul-insānu a’iżā mā mittu lasaufa ukhraju ḥayyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan manusia (yang kafir) berkata: “Apa! Apabila aku mati, adakah aku akan dibangkitkan hidup semula?”

67

أَوَلَا يَذۡكُرُ ٱلۡإِنسَٰنُ أَنَّا خَلَقۡنَٰهُ مِن قَبۡلُ وَلَمۡ يَكُ شَيۡـٔٗا ٦٧

Awalā yażkurul-insānu annā khalaqnāhu min qablu wa lam yaku syai’ā

TERJEMAHAN AYAT

Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada masa itu belum ada sebarang apapun?

68

فَوَرَبِّكَ لَنَحۡشُرَنَّهُمۡ وَٱلشَّيَٰطِينَ ثُمَّ لَنُحۡضِرَنَّهُمۡ حَوۡلَ جَهَنَّمَ جِثِيّٗا ٦٨

Fa wa rabbika lanaḥsyurannahum wasy-syayāṭīna ṡumma lanuḥḍirannahum ḥaula jahannama jiṡiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling neraka Jahannam.

69

ثُمَّ لَنَنزِعَنَّ مِن كُلِّ شِيعَةٍ أَيُّهُمۡ أَشَدُّ عَلَى ٱلرَّحۡمَٰنِ عِتِيّٗا ٦٩

Ṡumma lananzi‘anna min kulli syī‘atin ayyuhum asyaddu ‘alar-raḥmāni ‘itiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Sesudah itu, sesungguhnya kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada (Allah) Ar-Rahman, di antara mereka.

70

ثُمَّ لَنَحۡنُ أَعۡلَمُ بِٱلَّذِينَ هُمۡ أَوۡلَىٰ بِهَا صِلِيّٗا ٧٠

Ṡumma lanaḥnu a‘lamu billażīna hum aulā bihā ṣiliyyā

TERJEMAHAN AYAT

Kemudian, sesungguhnya Kami lebih mengetahui akan orang-orang yang lebih patut diseksa dan dibakar dangan api neraka itu.

71

وَإِن مِّنكُمۡ إِلَّا وَارِدُهَاۚ كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ حَتۡمٗا مَّقۡضِيّٗا ٧١

Wa im minkum illā wāriduhā, kāna ‘alā rabbika ḥatmam maqḍiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.

72

ثُمَّ نُنَجِّي ٱلَّذِينَ ٱتَّقَواْ وَّنَذَرُ ٱلظَّٰلِمِينَ فِيهَا جِثِيّٗا ٧٢

Ṡumma nunajjillażīnattaqaw wa nażaruẓ-ẓālimīna fīhā jiṡiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu.

73

وَإِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتُنَا بَيِّنَٰتٖ قَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَيُّ ٱلۡفَرِيقَيۡنِ خَيۡرٞ مَّقَامٗا وَأَحۡسَنُ نَدِيّٗا ٧٣

Wa iżā tutlā ‘alaihim āyātunā bayyinātin qālallażīna kafarū lillażīna āmanū ayyul-farīqaini khairum maqāmaw wa aḥsanu nadiyyā

TERJEMAHAN AYAT

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang kafir kepada orang-orang yang beriman: “Puak yang manakah (dari kami dan kamu) yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih elok majlis perhimpunannya?

74

وَكَمۡ أَهۡلَكۡنَا قَبۡلَهُم مِّن قَرۡنٍ هُمۡ أَحۡسَنُ أَثَٰثٗا وَرِءۡيٗا ٧٤

Wa kam ahlaknā qablahum min qarnin hum aḥsanu aṡāṡaw wa ri’yā

TERJEMAHAN AYAT

Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) sebelum mereka, kami telah binasakan, sedang mereka lebih elok alat-alat kesenangannya dan lebih elok keadaannya pada pandangan mata.

75

قُلۡ مَن كَانَ فِي ٱلضَّلَٰلَةِ فَلۡيَمۡدُدۡ لَهُ ٱلرَّحۡمَٰنُ مَدًّاۚ حَتَّىٰٓ إِذَا رَأَوۡاْ مَا يُوعَدُونَ إِمَّا ٱلۡعَذَابَ وَإِمَّا ٱلسَّاعَةَ فَسَيَعۡلَمُونَ مَنۡ هُوَ شَرّٞ مَّكَانٗا وَأَضۡعَفُ جُندٗا ٧٥

Qul man kāna fiḍ-ḍalālati falyamdud lahur-raḥmānu maddā, ḥattā iżā ra’au mā yū‘adūna immal-‘ażāba wa immas-sā‘ah, fa saya‘lamūna man huwa syarrum makānaw wa aḍ‘afu jundā

TERJEMAHAN AYAT

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah (Allah) Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka, – sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya.”

76

وَيَزِيدُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ٱهۡتَدَوۡاْ هُدٗىۗ وَٱلۡبَٰقِيَٰتُ ٱلصَّٰلِحَٰتُ خَيۡرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابٗا وَخَيۡرٞ مَّرَدًّا ٧٦

Wa yazīdullāhullażīnahtadau hudā, wal-bāqiyātuṣ-ṣāliḥātu khairun ‘inda rabbika ṡawābaw wa khairum maraddā

TERJEMAHAN AYAT

Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.

77

أَفَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي كَفَرَ بِـَٔايَٰتِنَا وَقَالَ لَأُوتَيَنَّ مَالٗا وَوَلَدًا ٧٧

Afa ra’aitallażī kafara bi’āyātinā wa qāla la’ūtayanna mālaw wa waladā

TERJEMAHAN AYAT

Maka tidakkah engkau merasa hairan memikirkan (wahai Muhammad), akan orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami serta ia berkata: “Demi sesungguhnya aku akan diberikan harta kekayaan dan anak-pinak pada hari akhirat?”

78

أَطَّلَعَ ٱلۡغَيۡبَ أَمِ ٱتَّخَذَ عِندَ ٱلرَّحۡمَٰنِ عَهۡدٗا ٧٨

Aṭṭala‘al-ghaiba amittakhaża ‘indar-raḥmāni ‘ahdā

TERJEMAHAN AYAT

Adakah ia telah mengetahui akan perkara yang ghaib, atau adakah ia telah membuat perjanjian dengan (Allah) Ar-Rahman mengenainya?

79

كـَلَّاۚ سَنَكۡتُبُ مَا يَقُولُ وَنَمُدُّ لَهُۥ مِنَ ٱلۡعَذَابِ مَدّٗا ٧٩

Kallā, sanaktubu mā yaqūlu wa namuddu lahū minal-‘ażābi maddā

TERJEMAHAN AYAT

Tidak sekali-kali! Kami akan menulis apa yang dikatakannya, dan Kami akan tambahi baginya dari azab seksa, berganda-ganda.

80

وَنَرِثُهُۥ مَا يَقُولُ وَيَأۡتِينَا فَرۡدٗا ٨٠

Wa nariṡuhū mā yaqūlu wa ya’tīnā fardā

TERJEMAHAN AYAT

Dan Kami akan warisi (harta benda dan anak-pinak) yang dikatakannya itu, dan ia akan datang kepada kami dengan seorang diri.

81

وَٱتَّخَذُواْ مِن دُونِ ٱللَّهِ ءَالِهَةٗ لِّيَكُونُواْ لَهُمۡ عِزّٗا ٨١

Wattakhażū min dūnillāhi ālihatal liyakūnū lahum ‘izzā

TERJEMAHAN AYAT

Dan mereka yang kafir menyembah benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong yang memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka.

82

كـَلَّاۚ سَيَكۡفُرُونَ بِعِبَادَتِهِمۡ وَيَكُونُونَ عَلَيۡهِمۡ ضِدًّا ٨٢

Kallā, sayakfurūna bi‘ibādatihim wa yakūnūna ‘alaihim ḍiddā

TERJEMAHAN AYAT

Tidak sekali-kali! Bahkan benda-benda yang mereka pertuhankan itu mengingkari perbuatan mereka menyembahnya, dan akan menjadi musuh yang membawa kehinaan kepada mereka.

83

أَلَمۡ تَرَ أَنَّآ أَرۡسَلۡنَا ٱلشَّيَٰطِينَ عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ تَؤُزُّهُمۡ أَزّٗا ٨٣

Alam tara annā arsalnasy-syayāṭīna ‘alal-kāfirīna ta’uzzuhum azzā

TERJEMAHAN AYAT

Tidakkah engkau mengetahui (Wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir, untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh?

84

فَلَا تَعۡجَلۡ عَلَيۡهِمۡۖ إِنَّمَا نَعُدُّ لَهُمۡ عَدّٗا ٨٤

Fa lā ta‘jal ‘alaihim, innamā na‘uddu lahum ‘addā

TERJEMAHAN AYAT

Oleh itu, janganlah engkau segera marah terhadap mereka yang ingkar itu, kerana sesungguhnya kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja bilangannya untuk mereka.

85

يَوۡمَ نَحۡشُرُ ٱلۡمُتَّقِينَ إِلَى ٱلرَّحۡمَٰنِ وَفۡدٗا ٨٥

Yauma naḥsyurul-muttaqīna ilar-raḥmāni wafdā

TERJEMAHAN AYAT

(Ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang yang bertaqwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, dengan berpasuk-pasukan.

86

وَنَسُوقُ ٱلۡمُجۡرِمِينَ إِلَىٰ جَهَنَّمَ وِرۡدٗا ٨٦

Wa nasūqul-mujrimīna ilā jahannama wirdā

TERJEMAHAN AYAT

Dan Kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke neraka Jahannam, dalam keadaan dahaga.

87

لَّا يَمۡلِكُونَ ٱلشَّفَٰعَةَ إِلَّا مَنِ ٱتَّخَذَ عِندَ ٱلرَّحۡمَٰنِ عَهۡدٗا ٨٧

Lā yamlikūnasy-syafā‘ata illā manittakhaża ‘indar-raḥmāni ‘ahdā

TERJEMAHAN AYAT

Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian (dengan iman dan amal yang soleh) di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmatNya!.

88

وَقَالُواْ ٱتَّخَذَ ٱلرَّحۡمَٰنُ وَلَدٗا ٨٨

Wa qāluttakhażar-raḥmānu waladā

TERJEMAHAN AYAT

Dan mereka yang kafir berkata: “(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak.”

89

لَّقَدۡ جِئۡتُمۡ شَيۡـًٔا إِدّٗا ٨٩

Laqad ji’tum syai’an iddā

TERJEMAHAN AYAT

Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!

90

تَكَادُ ٱلسَّمَٰوَٰتُ يَتَفَطَّرۡنَ مِنۡهُ وَتَنشَقُّ ٱلۡأَرۡضُ وَتَخِرُّ ٱلۡجِبَالُ هَدًّا ٩٠

Takādus-samāwātu yatafaṭṭarna minhu wa tansyaqqul-arḍu wa takhirrul-jibālu haddā

TERJEMAHAN AYAT

Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, –

91

أَن دَعَوۡاْ لِلرَّحۡمَٰنِ وَلَدٗا ٩١

An da‘au lir-raḥmāni waladā

TERJEMAHAN AYAT

Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.

92

وَمَا يَنۢبَغِي لِلرَّحۡمَٰنِ أَن يَتَّخِذَ وَلَدًا ٩٢

Wa mā yambaghī lir-raḥmāni ay yattakhiża waladā

TERJEMAHAN AYAT

Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.

93

إِن كُلُّ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ إِلَّآ ءَاتِي ٱلرَّحۡمَٰنِ عَبۡدٗا ٩٣

In kullu man fis-samāwāti wal-arḍi illā ātir-raḥmāni ‘abdā

TERJEMAHAN AYAT

Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba.

94

لَّقَدۡ أَحۡصَىٰهُمۡ وَعَدَّهُمۡ عَدّٗا ٩٤

Laqad aḥṣāhum wa ‘addahum ‘addā

TERJEMAHAN AYAT

Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu.

95

وَكُلُّهُمۡ ءَاتِيهِ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ فَرۡدًا ٩٥

Wa kulluhum ātīhi yaumal-qiyāmati fardā

TERJEMAHAN AYAT

Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri.

96

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ سَيَجۡعَلُ لَهُمُ ٱلرَّحۡمَٰنُ وُدّٗا ٩٦

Innallażīna āmanū wa ‘amiluṣ-ṣāliḥāti sayaj‘alu lahumur-raḥmānu wuddā

TERJEMAHAN AYAT

. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.

97

فَإِنَّمَا يَسَّرۡنَٰهُ بِلِسَانِكَ لِتُبَشِّرَ بِهِ ٱلۡمُتَّقِينَ وَتُنذِرَ بِهِۦ قَوۡمٗا لُّدّٗا ٩٧

Fa innamā yassarnāhu bilisānika litubasysyira bihil-muttaqīna wa tunżira bihī qaumal luddā

TERJEMAHAN AYAT

Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertaqwa, dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya.

98

وَكَمۡ أَهۡلَكۡنَا قَبۡلَهُم مِّن قَرۡنٍ هَلۡ تُحِسُّ مِنۡهُم مِّنۡ أَحَدٍ أَوۡ تَسۡمَعُ لَهُمۡ رِكۡزَۢا ٩٨

Wa kam ahlaknā qablahum min qarn, hal tuḥissu minhum min aḥadin au tasma‘u lahum rikzā

TERJEMAHAN AYAT

Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka; engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorangpun dari orang-orang yang telah dibinasakan itu.

Terjemahan yang dipaparkan bagi setiap ayat di atas bersumberkan terjemahan Bahasa Melayu oleh Sheikh Abdullah Basmeih. Terjemahan ini disertakan untuk membantu pembaca memahami maksud ayat, manakala huraian lanjut dihimpunkan dalam bahagian penjelasan selepas ini.

MEMAHAMI BACAAN

Maksud Dan Penjelasan Ringkas

Penjelasan berikut menghuraikan aliran kandungan surah dalam sepuluh kelompok. Ia ialah rumusan daripada tafsir yang dirujuk, sementara teks terjemahan Basmeih dikekalkan dalam bahagian bacaan.

Ayat 1–15

Doa Zakariya Dan Kurniaan Yahya

Selepas huruf pembukaan Kāf Hā Yā ‘Ain Ṣād, surah mengisahkan doa Nabi Zakariya yang dipanjatkan dengan suara perlahan. Baginda menyatakan kelemahan kerana usia lanjut dan memohon zuriat yang diredai. Allah memberi berita gembira tentang Yahya, walaupun isteri Zakariya mandul dan baginda sudah tua.[3]

Yahya diperintahkan mengambil kitab dengan bersungguh-sungguh. Baginda dikurniakan kebijaksanaan, kasih sayang dan ketakwaan serta berbakti kepada ibu bapanya. Kisah ini mengajak kita berdoa dengan rendah hati dan menjaga pendidikan agama serta akhlak keluarga. Tafsir merekodkan perbezaan tentang makna huruf pembukaan; panduan ini tidak menetapkan satu tafsiran rahsianya sebagai kepastian.

Ayat 16–26

Maryam Menerima Berita Kelahiran Isa

Maryam mengasingkan diri, lalu Jibril datang kepadanya dalam rupa seorang manusia. Maryam segera memohon perlindungan Allah. Jibril menerangkan bahawa beliau ialah utusan Allah yang membawa berita tentang seorang anak lelaki yang suci. Kelahiran Isa tanpa bapa menjadi tanda kekuasaan dan rahmat Allah.[4]

Ketika menghadapi kesakitan melahirkan, Maryam ditenangkan dan disediakan air serta buah tamar. Terjemahan Basmeih pada ayat 24 tidak menamakan yang menyeru. Ibn Kathir dan al-Baghawi merekodkan dua pandangan, iaitu Jibril dan Isa, manakala al-Tabari memilih Isa. Perbezaan tafsir ini tidak mengubah teks terjemahan. Perintah menggoncang pangkal pokok menunjukkan Maryam tetap melakukan usaha dalam keadaan susah. Puasa pada ayat 26 merujuk kepada menahan diri daripada bercakap dalam konteks kisah ini.

Ayat 27–40

Isa Menjelaskan Kedudukannya Sebagai Hamba Allah

Apabila Maryam kembali membawa bayinya, kaumnya melontarkan tuduhan. Maryam menunjuk kepada anaknya, lalu Isa berbicara ketika masih bayi. Baginda terlebih dahulu menegaskan bahawa dirinya ialah hamba Allah, kemudian menyebut kurniaan kitab dan kenabian, tuntutan solat dan zakat serta baktinya kepada ibu.[5]

Sebutan “saudara perempuan Harun” pada ayat 28 tidak bermaksud Maryam ibu Isa ialah saudara kandung Nabi Musa dan Nabi Harun. Hadis sahih menerangkan kebiasaan orang dahulu menggunakan nama para nabi dan orang soleh. Surah kemudian menolak dakwaan bahawa Allah mempunyai anak, menyeru manusia menyembah-Nya dan mengingatkan tentang hari penyesalan.

Ayat 41–50

Ibrahim Menyeru Bapanya Dengan Adab

Nabi Ibrahim mengajak bapanya meninggalkan penyembahan berhala. Panggilan yang lembut dan hujah tentang sesuatu yang tidak mendengar, melihat atau membantu menunjukkan adab baginda dalam menyampaikan kebenaran. Walaupun bapanya mengancam, Ibrahim tidak membalas dengan kekasaran.[6]

Ibrahim memisahkan diri daripada penyembahan selain Allah, lalu Allah mengurniakan Ishaq dan Yaakub serta sebutan yang baik kepada mereka. Janji Ibrahim untuk memohon keampunan bagi bapanya pada ayat 47 perlu dibaca bersama penjelasan al-Quran dalam At-Taubah 9:113–114: baginda kemudian berlepas diri apabila jelas bapanya menjadi musuh Allah. Kisah ini mengajar adab kepada ibu bapa sambil tetap berpegang pada tauhid.

Ayat 51–58

Teladan Musa, Harun, Ismail Dan Idris

Surah menyebut Musa yang dipilih Allah serta kurniaan Harun sebagai nabi. Ismail dipuji kerana menepati janji dan mengingatkan keluarganya supaya mendirikan solat serta menunaikan zakat. Idris pula disebut sebagai seorang yang benar dan seorang nabi yang diangkat ke tempat yang tinggi.[7]

Ayat 58 menghimpunkan teladan para nabi dan insan pilihan: apabila ayat Allah dibacakan, mereka tunduk bersujud dan menangis. Ukuran kemuliaan mereka ialah hubungan dengan Allah dan ketaatan kepada-Nya. Perincian tambahan tentang pekerjaan Idris, cara pengangkatannya atau lamanya Ismail menunggu seseorang tidak dijadikan fakta pasti tanpa semakan riwayat.

Ayat 59–63

Jaga Solat Dan Kembali Melalui Taubat

Selepas contoh para nabi, surah memperingatkan tentang generasi yang mensia-siakan solat dan mengikut hawa nafsu. Dua tafsir yang dirujuk merekodkan huraian tentang meninggalkan solat atau mengabaikan waktunya. Panduan ini mengambil peringatan supaya memelihara solat, tanpa menjadikan ayat ini alasan menghukum individu tertentu.[8]

Pintu taubat tetap dibuka kepada orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh. Mereka dijanjikan syurga tanpa penganiayaan. Suasana syurga bebas daripada percakapan sia-sia dan dipenuhi kesejahteraan. Amaran dalam kelompok ini diikuti harapan: kesalahan perlu diperbaiki melalui taubat dan amal, bukan dibiarkan berterusan.

Ayat 64–65

Turunnya Wahyu Menurut Perintah Allah

Jibril turun dengan perintah Allah. Ayat 64 menegaskan bahawa segala yang di hadapan, di belakang dan di antaranya berada di bawah kekuasaan-Nya, dan Allah tidak melupakan hamba-Nya. Riwayat sahih tentang ayat ini dihuraikan dalam bahagian Latar Belakang Dan Riwayat Berkaitan.[9]

Allah ialah Tuhan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya. Oleh itu, manusia diperintahkan menyembah-Nya dan bersabar dalam ibadah. Penutup ayat 65 menafikan adanya sesuatu yang setara dengan Allah. Huraian ini menghubungkan pengaturan wahyu dengan pengabdian yang istiqamah.

Ayat 66–76

Kebangkitan Dan Nilai Amal Yang Kekal

Surah menjawab keraguan manusia terhadap kebangkitan dengan mengingatkan bahawa Allah telah menciptakannya ketika dia belum ada. Kekuasaan mencipta pada awalnya menjadi hujah bahawa Allah berkuasa menghidupkan semula. Manusia akan dihimpunkan dan dihadapkan kepada pembalasan.[10]

Ayat 71–72 mesti dibaca bersama: tafsir merekodkan khilaf tentang wurud, termasuk masuk ke neraka dan melaluinya di atas titian, sedangkan Allah menyelamatkan orang bertakwa. Terjemahan Basmeih memilih gambaran melintasinya; ia bukan dakwaan bahawa semua orang akan diazab. Kemewahan dunia juga tidak membuktikan seseorang lebih mulia. Amal soleh yang kekal lebih baik dari segi pahala dan kesudahannya.

Ayat 77–87

Harta Dan Sembahan Tidak Menjamin Keselamatan

Dakwaan seseorang bahawa dia pasti mendapat harta dan anak pada akhirat ditegur kerana dia tidak mengetahui perkara ghaib dan tidak mempunyai janji daripada Allah. Riwayat Khabbab dengan al-‘As bin Wa’il menerangkan konteks ayat 77. Dakwaan itu tidak dapat menyelamatkannya daripada pertanggungjawaban.[11]

Sembahan yang diharapkan memberi kemuliaan akan berlepas diri daripada para penyembahnya. Orang bertakwa dihimpunkan sebagai rombongan yang dimuliakan, sedangkan para pendosa digiring ke neraka. Syafaat bukan kuasa bebas yang boleh dituntut daripada sembahan; ia berkait dengan izin serta ketetapan Allah dan iman kepada-Nya.

Ayat 88–98

Tauhid, Kasih Sayang Dan Peringatan Terakhir

Surah kembali menolak dakwaan bahawa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Semua makhluk berada dalam kedudukan sebagai hamba-Nya, dan masing-masing datang pada hari kiamat seorang diri. Gambaran langit, bumi dan gunung menunjukkan betapa beratnya dakwaan yang menyalahi tauhid itu.[12]

Bagi orang yang beriman dan beramal soleh, Allah mengurniakan kasih sayang dan penerimaan. Ayat 96 menghubungkan anugerah ini dengan iman dan amal; ia tidak menetapkan bacaan bilangan tertentu untuk memikat seseorang. Al-Quran disampaikan sebagai berita gembira bagi orang bertakwa dan amaran bagi yang menentang. Surah diakhiri dengan peringatan tentang umat terdahulu yang telah dibinasakan.

Latar Belakang Dan Riwayat Berkaitan

Surah Maryam tergolong dalam surah Makkiyyah. Rujukan surah tidak menetapkan satu peristiwa sahih sebagai sebab penurunan keseluruhan surah. Namun, terdapat riwayat sahih tentang sebab penurunan ayat tertentu.[1]

Ayat 64: Jibril Turun Dengan Perintah Allah

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bertanya kepada Jibril mengapa beliau tidak lebih kerap datang menziarahi baginda. Lalu turun ayat 64 yang menjelaskan bahawa mereka turun hanya dengan perintah Allah. Riwayat ini terdapat dalam Sahih al-Bukhari.[13]

Riwayat sahih ini tidak menetapkan tempoh tertentu bagi kelewatan Jibril. Angka hari dan cerita tambahan yang terdapat dalam sebahagian nukilan tafsir tidak dikemukakan sebagai fakta pasti dalam panduan ini.

Ayat 77: Khabbab Menuntut Hutangnya

Khabbab bin al-Aratt, seorang tukang besi, menuntut bayaran daripada al-‘As bin Wa’il. Al-‘As enggan membayar kecuali Khabbab mengingkari Nabi Muhammad. Khabbab menolak, lalu al-‘As mengejek dengan dakwaan bahawa selepas dibangkitkan dia akan mempunyai harta dan anak untuk membayar hutang itu. Ayat 77 turun menegur dakwaan tersebut.[14]

KEDUDUKAN SURAH DALAM RIWAYAT

Antara Surah Yang Awal Dipelajari Ibn Mas‘ud

Ibn Mas‘ud menyebut Bani Isra’il (Al-Isra’), Al-Kahf, Maryam, Taha dan Al-Anbiya’ sebagai antara surah lama yang dipelajarinya sejak awal. Riwayat sahih ini memperlihatkan kedudukan surah-surah tersebut dalam pembelajaran beliau.[15]

Ini ialah kata-kata Ibn Mas‘ud, bukan janji Rasulullah tentang ganjaran khusus membaca Maryam. Ia tidak menetapkan bilangan bacaan atau menjamin hasil tertentu.

Sahih al-Bukhari 4739 · athar Ibn Mas‘ud

Ayat 96: Iman Dan Amal Mendahului Penerimaan

Dalam huraian ayat 96, tafsir mengaitkan kasih sayang yang dikurniakan Allah dengan hadis sahih bahawa apabila Allah mengasihi seorang hamba, Jibril dan penghuni langit mengasihinya, kemudian penerimaan dikurniakan kepadanya di bumi. Fokusnya ialah iman dan amal soleh.[16]

Kisah yang mengaitkan ayat ini dengan penghijrahan Abdul Rahman bin Auf tidak dikekalkan sebagai sebab penurunan yang sahih. Ibn Kathir menolak kaitan tersebut dan menyatakan sanadnya tidak sahih.[12]

Hubungan Dengan Surah Lain

Dalam susunan mushaf, Maryam datang selepas Surah Al-Kahf. Al-Kahf membawa beberapa kisah yang memperlihatkan kekuasaan dan hikmah Allah, sementara Maryam meneruskan renungan itu melalui kelahiran Yahya pada usia lanjut kedua-dua ibu bapanya serta kelahiran Isa tanpa bapa.[1]

Kisah Zakariya, Yahya, Maryam dan Isa turut terdapat dalam Surah Ali Imran. Membaca kedua-duanya membantu pembaca melihat bagaimana kisah tersebut menegaskan kekuasaan Allah dan kedudukan Isa sebagai hamba serta rasul-Nya.[4]

Hubungan ini merujuk kepada kandungan dan susunan mushaf; ia tidak menentukan bahawa surah-surah tersebut turun berturutan.

Pengajaran Dan Hikmah

Surah Maryam menghubungkan kisah para nabi dengan pilihan yang kita lakukan setiap hari. Berdasarkan penjelasan tafsir di atas, berikut ialah pengajaran yang boleh dihayati:

  1. Berdoa dengan rendah hati dan terus berharap kepada Allah. Doa Zakariya memperlihatkan pengakuan terhadap kelemahan diri serta keyakinan kepada rahmat-Nya.
  2. Pelihara maruah dan lakukan usaha ketika susah. Maryam memohon perlindungan Allah dan tetap melaksanakan usaha yang diperintahkan kepadanya.
  3. Beradab kepada ibu bapa sambil menjaga tauhid. Yahya dan Isa dipuji kerana bakti mereka; Ibrahim pula menyampaikan kebenaran kepada bapanya dengan lembut.
  4. Jaga solat dan tanggungjawab keluarga. Ismail mengingatkan keluarganya tentang solat dan zakat, manakala ayat 59 memberi amaran terhadap kecuaian dalam solat.
  5. Segera bertaubat dan perbaiki amal. Ayat 60 membuka harapan kepada orang yang kembali dengan iman dan amal soleh.
  6. Nilai hidup melalui iman dan amal, bukan kemewahan. Harta serta kedudukan dunia tidak menjamin keselamatan pada hari pembalasan.
  7. Hayati berita gembira dan amaran al-Quran. Bacaan perlu mendorong ketaatan, rasa takut terhadap dosa dan harapan kepada rahmat Allah.

Pengajaran ini ialah rumusan editorial berdasarkan penjelasan ayat yang dirujuk.

Soalan Lazim

Surah Maryam ada berapa ayat dan berada dalam juzuk berapa?

Surah Maryam mengandungi 98 ayat, ialah surah ke-19 dan berada dalam juzuk 16. Ia tergolong dalam surah Makkiyyah.[1]

Mengapa surah ini dinamakan Maryam?

Nama ini merujuk kepada Maryam binti Imran, ibu Nabi Isa. Surah mengisahkan berita kelahiran Isa, ujian yang dihadapi Maryam dan pembelaan terhadap dirinya.[1]

Adakah membaca Surah Maryam menjamin mudah bersalin atau anak menjadi soleh?

Riwayat sahih yang disemak dalam panduan ini tidak menetapkan jaminan tersebut atau bilangan bacaan khusus untuknya. Membaca dan memahami surah boleh dilakukan sebagai pembelajaran al-Quran. Pengajaran tentang doa, bakti kepada ibu bapa serta pendidikan keluarga perlu dihayati melalui amal, tanpa menjanjikan hasil tertentu.[15]

Adakah Maryam saudara kandung Nabi Musa dan Nabi Harun?

Maryam ibu Nabi Isa tidak dikenal pasti sebagai saudara kandung Nabi Musa dan Nabi Harun. Hadis sahih menerangkan kebiasaan orang dahulu menamakan diri dengan nama para nabi dan orang soleh; tafsir menghuraikan beberapa maksud sebutan “saudara perempuan Harun”.[5]

Di manakah ayat sajdah dalam Surah Maryam?

Ayat sajdah terdapat pada ayat 58. Sujud tilawah hukumnya sunat menurut mazhab Syafi‘i bagi bacaan ayat sajdah. Pelaksanaan di dalam dan di luar solat mempunyai tatacaranya; rujuk panduan fiqh sebelum melakukannya.[17]

Apakah maksud ayat 71 tentang melintasi neraka?

Ayat 71 hendaklah dibaca bersama ayat 72 yang menyebut penyelamatan orang bertakwa. Tafsir merekodkan beberapa huraian wurud, termasuk masuk dan melalui titian. Terjemahan Basmeih menggunakan gambaran melintasi neraka. Ia tidak bermaksud semua orang pasti menerima azab.[10]

Bolehkah belajar bacaan melalui Rumi sahaja?

Rumi membantu mengikuti bacaan, tetapi sebutan huruf Arab dan tajwid memerlukan teks Arab serta bimbingan guru. Gunakan audio untuk ulang kaji dan semak bacaan dengan guru al-Quran.

Penutup

Surah Maryam mengingatkan tentang kekuasaan Allah, rahmat-Nya kepada hamba yang soleh dan tanggungjawab manusia menjaga iman serta amal. Semoga bacaan yang difahami membantu kita memperbaiki doa, ibadah, hubungan keluarga dan persediaan menghadapi akhirat.

Teruskan pembelajaran melalui panduan Surah Yasin dan panduan Surah Al-Mulk.

Wallahu a‘lam.

Nota Rujukan

  1. Al-Bitâqât: Chapters of the Noble Qur’an Explored in 114 Cards menerangkan nama Maryam, 98 ayat, klasifikasi Makkiyyah, nama lain Kāf Hā Yā ‘Ain Ṣād, perhatian Allah kepada para nabi dan orang soleh serta hubungan dengan Al-Kahf. Ia membezakan ketiadaan sebab penurunan keseluruhan surah daripada riwayat sahih tentang ayat tertentu. Rujukan fail projek: QIC 19, hlm. 62–63. Nombor surah dan juzuk turut disemak pada [Quran.com — Surah Maryam]. ↩︎
  2. Teks Arab dan sempadan 98 ayat diambil daripada teks QPC Hafs Quran.com yang serasi dengan font UthmanicHafs. [Teks Surah Maryam]; [Dokumentasi medan teks Quran Foundation]. Terjemahan disalin daripada teks Sheikh Abdullah Muhammad Basmeih di [Terjemahan Basmeih Surah Maryam] dan dibandingkan dengan terjemahan Basmeih di Quran.com. Kedua-dua teks digital sepadan. Transliterasi ialah bantuan editorial yang disemak terhadap Arab dan diselaraskan dengan gaya [Yasin AkuIslam] serta [Al-Mulk AkuIslam]. ↩︎
  3. Kelompok ayat 1–15 dihuraikan melalui doa Zakariya, kurniaan Yahya, tuntutan bersungguh-sungguh mempelajari kitab dan bakti kepada ibu bapa. Makna huruf pembukaan dan jenis pewarisan pada ayat 6 mempunyai beberapa huraian; rumusan tidak menetapkan perincian yang diperselisihkan sebagai ijmak. [Ibn Kathir 19:1]; [Ibn Kathir 19:3]; [Ibn Kathir 19:4]; [Ibn Kathir 19:5]; [Ibn Kathir 19:6]; [Ibn Kathir 19:7]; [Ibn Kathir 19:12]; [Ibn Kathir 19:13]; [Ibn Kathir 19:14]; [Ibn Kathir 19:15]; [al-Baghawi 19:1]; [al-Baghawi 19:3]; [al-Baghawi 19:4]; [al-Baghawi 19:5]; [al-Baghawi 19:6]; [al-Baghawi 19:7]; [al-Baghawi 19:12]; [al-Baghawi 19:13]; [al-Baghawi 19:14]; [al-Baghawi 19:15]. ↩︎
  4. Kelompok ayat 16–26 dihuraikan melalui berita kelahiran Isa dan bantuan Allah kepada Maryam. Pada ayat 24, Ibn Kathir dan al-Baghawi merekodkan Jibril serta Isa sebagai dua pandangan tentang yang menyeru. Al-Tabari memilih Isa. Terjemahan Basmeih tidak menamakan yang menyeru dan teksnya dikekalkan. Perintah menahan percakapan diterangkan dalam konteks kisah Maryam. [Ibn Kathir 19:16]; [Ibn Kathir 19:17]; [Ibn Kathir 19:19]; [Ibn Kathir 19:21]; [Ibn Kathir 19:24]; [Ibn Kathir 19:25]; [Ibn Kathir 19:26]; [al-Baghawi 19:16]; [al-Baghawi 19:17]; [al-Baghawi 19:19]; [al-Baghawi 19:21]; [al-Baghawi 19:24]; [al-Baghawi 19:25]; [al-Baghawi 19:26]. [al-Tabari 19:24]. ↩︎
  5. Kelompok ayat 27–40 menegaskan Isa sebagai hamba dan nabi serta pembelaan terhadap Maryam. Perbezaan tafsir tentang Harun tidak dijadikan alasan menyamakan Maryam ibu Isa dengan saudara kandung Musa. Jawapan Nabi kepada al-Mughirah bin Syu‘bah terdapat dalam Sahih Muslim 2135. Perincian usia bayi atau cerita tambahan yang tidak ditakhrij tidak digunakan. [Ibn Kathir 19:27]; [Ibn Kathir 19:28]; [Ibn Kathir 19:29]; [Ibn Kathir 19:30]; [Ibn Kathir 19:31]; [Ibn Kathir 19:34]; [Ibn Kathir 19:35]; [Ibn Kathir 19:36]; [Ibn Kathir 19:39]; [al-Baghawi 19:27]; [al-Baghawi 19:28]; [al-Baghawi 19:29]; [al-Baghawi 19:30]; [al-Baghawi 19:31]; [al-Baghawi 19:34]; [al-Baghawi 19:35]; [al-Baghawi 19:36]; [al-Baghawi 19:39]. [al-Tabari 19:28]; [Sahih Muslim 2135]. ↩︎
  6. Kelompok ayat 41–50 menerangkan adab dakwah Ibrahim dan kurniaan Allah kepadanya. Janji memohon keampunan dalam ayat 47 dibaca bersama At-Taubah 9:113–114, sebagaimana dihuraikan Ibn Kathir; ia tidak digunakan untuk membuat hukum umum yang bertentangan dengan ayat tersebut. [Ibn Kathir 19:41]; [Ibn Kathir 19:43]; [Ibn Kathir 19:46]; [Ibn Kathir 19:47]; [Ibn Kathir 19:49]; [Ibn Kathir 19:50]; [al-Baghawi 19:41]; [al-Baghawi 19:43]; [al-Baghawi 19:46]; [al-Baghawi 19:47]; [al-Baghawi 19:49]; [al-Baghawi 19:50]. ↩︎
  7. Kelompok ayat 51–58 menghimpunkan sifat dan kurniaan kepada Musa, Harun, Ismail serta Idris, kemudian menggambarkan ketundukan para nabi. Rumusan tidak mengesahkan perincian sejarah dan kisah tambahan hanya kerana ia dinukilkan dalam tafsir. [Ibn Kathir 19:51]; [Ibn Kathir 19:52]; [Ibn Kathir 19:53]; [Ibn Kathir 19:54]; [Ibn Kathir 19:55]; [Ibn Kathir 19:56]; [Ibn Kathir 19:58]; [al-Baghawi 19:51]; [al-Baghawi 19:52]; [al-Baghawi 19:53]; [al-Baghawi 19:54]; [al-Baghawi 19:55]; [al-Baghawi 19:56]; [al-Baghawi 19:58]. ↩︎
  8. Kelompok ayat 59–63 menerangkan amaran terhadap kecuaian solat serta peluang taubat, iman dan amal soleh. Kedua-dua tafsir merekodkan huraian meninggalkan solat atau mengabaikan waktu; rumusan mengambil peringatan akhlak dan ibadah tanpa menghukum iman individu. [Ibn Kathir 19:59]; [Ibn Kathir 19:60]; [Ibn Kathir 19:61]; [Ibn Kathir 19:62]; [Ibn Kathir 19:63]; [al-Baghawi 19:59]; [al-Baghawi 19:60]; [al-Baghawi 19:61]; [al-Baghawi 19:62]; [al-Baghawi 19:63]. ↩︎
  9. Kelompok ayat 64–65 menghubungkan turunnya Jibril dengan perintah Allah, kekuasaan-Nya dan tuntutan sabar dalam ibadah. Sebab penurunan yang digunakan dihadkan kepada riwayat sahih, tanpa menetapkan tempoh kelewatan daripada nukilan tambahan. [Ibn Kathir 19:64]; [Ibn Kathir 19:65]; [al-Baghawi 19:64]; [al-Baghawi 19:65]. ↩︎
  10. Kelompok ayat 66–76 menerangkan hujah kebangkitan, pembalasan dan nilai amal yang kekal. Khilaf wurud pada ayat 71 turut diperiksa dalam al-Tabari. Ayat 72 menegaskan keselamatan orang bertakwa; rumusan tidak menyamakan wurud semua manusia dengan azab ke atas semua manusia. [Ibn Kathir 19:66]; [Ibn Kathir 19:67]; [Ibn Kathir 19:71]; [Ibn Kathir 19:72]; [Ibn Kathir 19:74]; [Ibn Kathir 19:76]; [al-Baghawi 19:66]; [al-Baghawi 19:67]; [al-Baghawi 19:71]; [al-Baghawi 19:72]; [al-Baghawi 19:74]; [al-Baghawi 19:76]. [al-Tabari 19:71]. ↩︎
  11. Kelompok ayat 77–87 menerangkan dakwaan harta dan anak, kegagalan sembahan selain Allah serta perbezaan keadaan orang bertakwa dan para pendosa. Perincian tambahan tentang kenderaan akhirat tidak ditetapkan daripada riwayat yang belum disemak. [Ibn Kathir 19:77]; [Ibn Kathir 19:79]; [Ibn Kathir 19:81]; [Ibn Kathir 19:82]; [Ibn Kathir 19:85]; [Ibn Kathir 19:87]; [al-Baghawi 19:77]; [al-Baghawi 19:79]; [al-Baghawi 19:81]; [al-Baghawi 19:82]; [al-Baghawi 19:85]; [al-Baghawi 19:87]. ↩︎
  12. Kelompok ayat 88–98 menolak dakwaan Allah mempunyai anak, menegaskan pengabdian semua makhluk, kurniaan kasih sayang kepada orang beriman dan tujuan al-Quran sebagai berita gembira serta amaran. Ibn Kathir pada ayat 96 menyatakan kaitan ayat ini dengan penghijrahan Abdul Rahman bin Auf sebagai salah dan sanadnya tidak sahih. [Ibn Kathir 19:88]; [Ibn Kathir 19:90]; [Ibn Kathir 19:92]; [Ibn Kathir 19:95]; [Ibn Kathir 19:96]; [Ibn Kathir 19:97]; [Ibn Kathir 19:98]; [al-Baghawi 19:88]; [al-Baghawi 19:90]; [al-Baghawi 19:92]; [al-Baghawi 19:95]; [al-Baghawi 19:96]; [al-Baghawi 19:97]; [al-Baghawi 19:98]. ↩︎
  13. Ibn Abbas meriwayatkan pertanyaan Rasulullah kepada Jibril tentang kunjungan yang lebih kerap, lalu turun Maryam 19:64. Sumber ini ialah riwayat sahih dan tidak menyebut angka hari bagi kelewatan. Huraian ialah parafrasa; rujukan ayat yang betul ialah Maryam 19:64. [Sahih al-Bukhari 4731]. ↩︎
  14. Khabbab bin al-Aratt meriwayatkan tuntutan hutangnya daripada al-‘As bin Wa’il dan dakwaan al-‘As tentang harta serta anak selepas dibangkitkan. Maryam 19:77 turun berhubung peristiwa itu. Huraian ialah parafrasa riwayat sahih. [Sahih al-Bukhari 4734]. ↩︎
  15. Ibn Mas‘ud menyebut Bani Isra’il, Al-Kahf, Maryam, Taha dan Al-Anbiya’ sebagai surah-surah lama yang dipelajarinya sejak awal. Ini ialah athar sahih yang berhenti pada kata-kata sahabat (mawquf), bukan janji fadilat khusus daripada Nabi. Riwayat ini tidak menyebut jaminan mudah bersalin, sifat anak atau bilangan bacaan tertentu. [Sahih al-Bukhari 4739]. ↩︎
  16. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa apabila Allah mengasihi seorang hamba, Jibril dan penghuni langit mengasihinya, kemudian penerimaan dikurniakan di bumi. Ibn Kathir dan al-Baghawi mengaitkan riwayat ini dengan huraian Maryam 19:96. Ia bukan formula bilangan bacaan untuk memikat seseorang. [Sahih Muslim 2637a]. ↩︎
  17. Ayat 58 ditandai sebagai ayat sajdah dalam teks Quran.com dan dihuraikan oleh Ibn Kathir sebagai tempat sujud. Hukum sunat sujud tilawah menurut mazhab Syafi‘i dirujuk kepada huraian Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. Pelaksanaan di dalam dan di luar solat mempunyai perincian berasingan; FAQ ini tidak menggantikan panduan tatacaranya. [Maryam 19:58]; [Al-Kafi 1135: Adakah Sujud Tilawah Perlu Salam?]. ↩︎
KongsiWhatsAppTelegramFacebook

Ditulis oleh

Muhamad Naim Abd Manaf

Pengasas AkuIslam. Menulis panduan ibadah sejak 2010, dengan bahasa yang mudah dan rujukan yang disemak.

اِقْرَأْ أَيْضًا

Bacaan Berkaitan

Dipilih berdasarkan isi artikel ini

تَزْكِيَةُ النَّفْسِ

Siri Tazkiyah

Peringatan ringkas untuk hati, terus ke e-mel anda. Percuma, dan boleh berhenti bila-bila masa.

Tiada spam. Maklumat anda tidak dikongsi.

Kongsi pandangan atau soalan anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.