
Bagaimana cara mengerjakan solat hormat waktu?
Ini adalah panduan berkaitan topik solat hormat waktu secara lengkap dan tersusun.
Jika anda perlukan panduan ini, mari kita mulakan..
Apakah Maksud Solat Hormat Waktu?
Solat hormat waktu bermaksud solat yang dikerjakan dalam keadaan darurat atau terdesak, tanpa dapat berwuduk atau tayamum.
Mengapa perlu solat walaupun keadaan darurat?
Kewajipan solat tidak gugur sama sekali selagi mana seseorang itu masih mukalaf walaupun dia menghadapi kesukaran berwuduk kerana ketiadaan air dan kesukaran bertayamum kerana ketiadaan debu tanah.
Dalam fekah, orang yang ketiadaan air untuk berwuduk dan ketiadaan debu tanah untuk bertayamum dipanggil فاقد الطهورين
Dalam keadaan ini, dia wajib solat tanpa bersuci (wuduk atau tayamum).
Solat dalam keadaan ini dipanggil sebagai solat kerana menghormati waktu.
Contoh Keadaan Darurat
Kita semua telah tahu bahawa solat menghormati waktu hanya boleh dilakukan apabila keadaan darurat atau terdesak.
Tetapi bagaimanakah keadaan yang dikategorikan sebagai darurat itu?
Antara contoh keadaan yang membolehkan solat menghormati waktu dilakukan adalah:
- Terperangkap dalam kesesakan jalan raya tanpa ada peluang untuk berhenti di mana-mana.
- Berada di dalam kenderaan yang tidak menyediakan air dan debu tanah. Contohnya kapal terbang.
- Dikurung dalam tahanan atau penjara yang tidak menyediakan air dan tanah.
- Berada di tempat yang bercampur najis yang menyebabkan kesukaran kepadanya untuk mendapatkan debu tanah yang bersih.
- Air yang ada hanya sekadar memenuhi keperluan minum dan tidak mencukupi untuk bertayamum.
- Tanah yang ada jenis keras dan tidak ada kemudahan baginya untuk menghancurkan tanah itu menjadi debu.
Cara Mengerjakan Solat Hormat Waktu
Seperti yang sudah maklum, solat hormat waktu dilakukan kerana disebabkan ketiadaan air untuk berwuduk dan ketiadaan debu tanah untuk bertayamum.
Oleh itu, cara mengerjakan solat menghormati waktu adalah seperti berikut:
- Sekiranya berhadas kecil, solat dilakukan dengan sempurna sama seperti melakukan solat dalam keadaan berwuduk.
- Sekiranya berhadas besar, solat juga dilakukan dengan sempurna, tetapi orang yang solat hanya membaca al-Fatihah dan haram membaca surah atau ayat-ayat lain selepas membaca al-Fatihah.
Niat Solat Hormat Waktu
Contoh niat solat hormat waktu adalah seperti berikut:
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat menghormati waktu kerana Allah Taala”
Adakah Solat Menghormati Waktu Wajib Diulang Kembali Bila Ada Air?
Ya.
Sekiranya telah ada air, maka solat menghormati waktu wajib diulang sekiranya waktu solat dan wajib qada solat sekiranya waktu solat telah berakhir.
Apabila seorang yang berhadas kecil mendapati air, dia wajib berwuduk dan mengulangi atau mengqada semula solat yang telah dilakukan tanpa berwuduk dan bertayamum.
Untuk orang yang berhadas besar pula, apabila mendapat air, wajib mandi hadas dan berwuduk dan mengulangi atau mengqada solat yang telah dilakukan tanpa berwuduk dan tayamum.
Inilah pendapat yang paling sahih di sisi ulama mazhab Al-Syafie.
Bagaimana Pula Jika Hanya Mendapat Debu Tanah Dan Bukannya Air?
Sekiranya kita hanya mendapat debu tanah dan tidak mendapat air, maka kita tidak wajib bertayamum untuk mengulangi atau mengqada solat yang telah dilakukan tanpa wuduk dan tayamum.
Walau bagaimanapun, kita wajib bertayamum dan mengulangi atau qada solat sekiranya kita berada di suatu tempat yang kita yakin atau hampir yakin tidak akan ada air.
Kita juga wajib bertayamum dan mengulangi solat sekiranya kita ragu-ragu sama ada air akan ada atau tidak ada selepas itu.
Penutup
Walaupun dalam keadaan yang sukar, kita wajib solat tanpa bersuci (iaitu wuduk atau tayamum).
Kewajipan solat tidak gugur sama sekali selagi mana seseorang itu masih mukalaf walaupun dia menghadapi kesukaran berwuduk.
Oleh itu, lakukanlah solat menghormati waktu.
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada semua.
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum
sekiranya saya bekerja, dimana start jam 12 tengahari & waktu rehat jam 3.30 pm,, (1 jam) waktu, Asar 4.41pm. Saya start bekerja semula jam4.30pm.. bolehkah saya solat menghormati waktu Asar tu..or jamak?
Terima kasih.
Wassalam. Tidak boleh kerana itu tidak dikira keadaan darurat
Terima kasih atas pencerahan dan perkongsian berkenaan Solat Hormat Waktu. Rata-rata penerangan berkenaan SHW ni orang berikan contoh keadaan dalam kapal teerbang. Bagaimana pula dengan dalam keadaan bas?
Sebagai contoh, bas bergerak pada jam 4.30 petang. Lapor diri naik bas jam 4.15 petang. Asar masuk jam 4.21 petang. Jadi, saya risaukan kena tinggal bas jadi saya naik terus bas. Bila masuk waktu Asar, saya tak dapat nak solat terus. Bagaimana ye; adakah sama dengan keadaan dalam kapal terbang? Bolehkah saya buat solat hormat waktu?
Saya pesakit COVID Dan Kain pampers. Semua Kotor Dan Manis Dan tak dibenarkan basuh ke bilik air SBB oksigen drop. Bolehke solat sekadar hormati waktu dlm waktu Yang sukar ini. Mcmana Cara nya
Najis bukan manis
Boleh. Solatlah seperti biasa dengan niat hormat waktu. Berwuduklah dengan spray air jika dapat.
Nanti jika sudah keluar wad, tuan kena ganti semula solat-solat tersebut.
Saya doakan tuan cepat sembuh dan diberikan kesihatan segera oleh Allah SWT