Kaedah Solat Untuk Penyakit Kencing Tidak Lawas & Istihadah

Penyakit Kencing Tidak Lawas

Kencing tidak lawas dan istihadah adalah satu keuzuran.

Terdapat hukum khas mengenai cara berwuduk dan solat bagi bagi pengidap penyakit kencing tidak lawas dan istihadah.

Dalam panduan ini, saya akan menerangkan secara ringkas kaedah wuduk dan solat bagi kedua jenis keuzuran ini.

Penyakit Kencing Tidak Lawas

Jika pengidap kencing tidak lawas hendak mendirikan solat, dia hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:

  1. Apabila masuk waktu solat, dia hendaklah kencing terlebih dahulu.
  2. Selepas kencing, wajib baginya istibrak iaitu memastikan tiada lagi air kencing yang mengalir dari kemaluannya.
  3. Selesai istibrak, dia hendaklah terus beristinjak iaitu membasuh kencing.
  4. Sesudah istinjak, dia hendaklah membalut zakar dengan kain. Bagi perempuan pula memadailah dengan memakai tuala wanita.
  5. Sesudah itu, terus berwuduk tanpa berlengah-lengah.
  6. Sesudah berwuduk, hendaklah terus melakukan solat. Jika selepas berwuduk dia tidak terus mendirikan solat, maka dia wajib mengulangi langkah 1 hingga 5.
  7. Jika sedang solat, tiba-tiba air kencing terkeluar, maka hendaklah dia meneruskan solat sehingga selesai. Solatnya sah walaupun air kencing keluar ketika sedang solat kerana dia berada dalam keuzuran.

Bila Perlu Berwuduk?

1. Jika dia hendak melakukan solat fardu, dia hendaklah berwuduk setiap kali masuk waktu solat kerana satu wuduk hanya sah untuk satu solat fardu sahaja.

2. Sebaliknya, jika dia hendak melakukan solat sunat, maka memadailah baginya berwuduk sekali sahaja. Dia boleh melakukan seberapa banyak solat sunat mengikut kemampuannya.

3. Begitu juga jika dia berwuduk kerana hendak melakukan solat fardu, dengan wuduk itu dia boleh melakukan solat-solat sunat seperti solat sunat rawatib.

Cara Wuduk Dan Solat Bagi Perempuan Istihadah

Perempuan yang mengalami darah istihadah dipanggil mustahadah (مستحاضة)

Darah istihadah ialah darah yang keluar bukan pada masa haid dan nifas.

Perempuan mustahadah wajib mengambil wuduk setiap kali mendirikan solat fardu kerana keadaan hadasnya yang berkekalan.

Sebelum berwuduk, dia wajib membasuh darah istihadah terlebih dahulu.

Selepas itu menyumbat lubang farajnya dengan kain atau kapas. Dalam konteks sekarang, memadailah dengan memakai tuala wanita.

Setelah itu, tanpa berlengah dia hendaklah terus berwuduk.

Selesai berwuduk, dia wajib segera melakukan solat kecuali jika ada maslahat seperti hendak menutup aurat, menunggu iqamah dan menunggu kedatangan jemaah untuk solat berjemaah.

Penutup

Dalam sesetengah kes keuzuran, terdapat kesukaran bagi seseorang untuk kekal suci dari hadas.

Namun adalah kesukaran ini membuatkan dia terkecuali dari solat? Tidak.

Malah syariat menyediakan cara-cara khusus bagi seseorang yang mengalami keuzuran seperti ini melakukan solat.

Rujukan bagi panduan ini adalah dari Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar, Q&A solat ketika keuzuran.

Semoga panduan ini memberi manfaat.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

54 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Azfar
Azfar
12 hari yang lalu

Assalamualaikum ustaz, Apa hukum saya solat fardhu secara bersendirian di masjid sebaik sahaja saya sampai di masjid selepas saya sucikan diri saya dahulu,kemudian pakai lampin bersih,kemudian ambil wudhu dan pakai seluar di rumah terlebih dahulu. Selain itu, kalau saya solat fardhu secara bersendirian di masjid sebaik sahaja saya sampai di masjid dalam keadaan saya nak solat berjemaah di masjid tapi tak sempat solat berjemaah di masjid selepas saya sucikan diri saya dahulu,kemudian pakai lampin bersih,kemudian ambil wudhu dan pakai seluar di rumah terlebih dahulu.Apakah hukum solat fardhu tersebut?

Last edited 12 hari yang lalu by Azfar
Azfar
Azfar
25 hari yang lalu

Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya,bolehkah saya memakai lampin dan seluar dulu selepas bersihkan diri dari najis.kemudian barulah saya berwuduk.Kalau saya terkeluar najis ketika saya tengah memakai seluar.adakah saya perlu bersihkan diri dari najis semula jika terkeluar najis ketika memakai seluar.Setahu saya, selepas memakai lampin, saya perlu ambil wudhu dengan segera,walaubagaimanapun saya selalu memakai lampin dan seluar dulu,kemudian barulah berwudhuk.

Nur
Nur
3 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz..

Saya ingin bertanya soalan.

Untuk penyakit kencing tak lawas, sekiranya melakukan solat sunat tahajud dan sunat Qabliyyah sebelum subuh,boleh ke guna air wudhu tadi utk solat subuh sekali atau kena ambik wudhu’ lain utk solat subuh ?

Last edited 3 bulan yang lalu by Nur
Fird
Fird
4 bulan yang lalu

Assalmualaikum ustaz,

mohon bertanya 2 soalan.

1) sy mengalami kencing tidak lawas setelah kencing (selalunya setelah memakai seluar dalam dan berjalan keluar dari bilik air walaupun sudah istibraj) adakah najis dikira berpindah dari seluar dalam ke seluar@kain yg dipakai (lapisan ke-2)?

2) jika berdasarkan cara2 solat bagi pengidap kencing tidak lawas spt yg diterangkan ustaz. adakah perlu menukar pakaian yg baru/bersih setiap kali solat fardhu.
cth: 5 kali solat fardhu = 5 pakaian bersih

terima kasih ustaz

Unknown
Unknown
5 bulan yang lalu

Assalamualaikum Ustaz, saya ada dua soalan:

1. Seperti mana yang Ustaz terangkan, satu wuduk hanya terpakai untuk satu solat fardhu serta perlu bersegera melaksanakan solat fardhu tersebut, dan boleh menggunakan wuduk yang sama untuk melakukan ibadah sunat yang lain selepas itu.
Soalan saya, jika selepas melaksanakan solat fardhu, saya melakukan perkara2 yang lain dahulu (bukan perkara ibadah) dan kemudian saya melakukan solat sunat atau membaca Al-Quran, adakah itu dibolehkan dengan menggunakan wuduk yang sama tetapi air kencing masih keluar selepas melaksanakan solat fardhu tadi?.

2. Adakah orang yang menghidapi masalah kencing tidak lawas dibolehkan untuk menjadi imam solat fardhu?.

Terima kasih Ustaz.

Adam
Adam
5 bulan yang lalu

Assalamualaikum Ustaz, apa pendapat Ustaz tentang masalah saya, kadang2 ada cecair yang keluar pada kemaluan saya tapi ia tidaklah banyak, hanya setitis dua yang berada pada hujung kemaluan, ia juga keluar tanpa saya sedari. Apabila saya rasa seperti ada sesuatu yang keluar daripada kemaluan, saya akan cuba periksa seluar dalam, dan saya dapati kadang2 ada nampak setitik dua cecair dan kadang2 tiada apa.
Adakah saya termasuk dalam golongan orang yang kencingnya tak lawas dan perlukah saya mengamalkan cara wuduk seperti mereka?…Mohon pencerahan, Terima kasih Ustaz.

Adam
Adam
Reply to  Adam
5 bulan yang lalu

Tambahan, secara terperinci, cecair yang keluar itu bersifat jernih dan licin, tapi saya yakin ia bukanlah air mazi. Ia juga keluar tidak menentu masanya. Jadi, hal ini menyebabkan saya berasa susah ketika mana saya hendak solat kerana saya tidak sedar bila ia keluar. Saya harap Ustaz dapat memahami keadaan saya. Terima kasih Ustaz

Nur
Nur
6 bulan yang lalu

Apakah yang dimaksudkan dengan terus melakukan solat pada nombor enam? Contohnya jika selepas ambil wudhu saya menyusun barang yang sedikit atau melihat cermin adakah itu dikira melewat lewat solat dan jika keluar air ketika itu perlukah saya ambil wudhu semula?

M
M
6 bulan yang lalu

Assalammuallaikum ustaz,saya nak tanya
Adakah sah solat dan apakah hukum jika menggunakan seluar dalam yang terkena percikan basuhan air kencing? Maksudnya selepas kita kencing Then basuh pada kemaluan dalam masa yang sama seluar dalam kita tu akan basah jadi terus amik wuduk dan solat? Mohon pencerahan ustaz

Syazwan
Syazwan
9 bulan yang lalu

Apa hukumnya kalau balut kemaluan dgn kain bila nak solat shj, tapi tidak bila tak solat atau hendak tidur. Apakah titisan kencing yang terkena seluar boleh berpindah ke kerusi, bantal dsb. Perlukah tempat² ini disucikan? Sangat sukar untuk memastikan kemaluan sentiasa berbalut. Bila di luar rumah, cukupkah jika kemaluan dibalut dgn tisu yang nipis shj. Jika dibimbangi titisan kencing itu mengenai seluar dalam, apakah perlu diperiksa tisu & seluar dalam yang dipakai? Boleh ke kita ulang pakai pakaian luaran dan seluar dalam yang sama tadi, apakah hukumnya suci? Bolehkah juga kalau kita ulang pakai tisu/kain yang terkena kencing?

Syazwan
Syazwan
Reply to  Muhamad Naim
9 bulan yang lalu

Assalamualaikum Ustaz,

Terima kasih kerana membalas komen saya.

Maksudnya, kalau kita di luar solat dan kemaluan tidak dibalut, apakah titisan kencing tak lawas itu dimaafkan?

Apakah seluar yang terkena titisan kencing tadi dimaafkan dan ini tidak menyebabkan tersebarnya najis di kerusi, cadar dsb?

Syazwan
Syazwan
Reply to  Muhamad Naim
9 bulan yang lalu

Assalamualaikum Ustaz.

Terima kasih kerana membalas komen saya.

Saya sering was-was dalam bersuci.

Bila terasa seperti keluar cairan seperti titisan kencing dari kemaluan, saya akan segera memeriksa seluar dalam dan pakaian saya. Kadangkala saya keliru sama ada itu benar-benar kencing atau air basuhan semasa bersuci tadi.

Perbuatan ini memenatkan saya.

Apakah wajib kita sering memeriksa pakaian dan mencari-cari kesan najis jika sering was-was atau cuma sangkaan?

Akhir sekali, perlukah kita mengulangi perbuatan bersuci bila timbul perasaan syak terdapatnya najis?

Amran
Amran
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz…..kalau saya ingin melakukan qadha solat adakah saya perlu memperbaharui wudhu saya……dan bolehkah saya melakukan solat hajat selepas saya melakukan solat fardhu dan solat sunat rawatib menggunakan wudhu yang sama??

Amran
Amran
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Bagaimana pula jika hendak solat jamak…..adakah dibenarkan untuk berhenti mengambil wuduk baru dengan mengulangi langkah 1-5 dan kemudiannya menyambung semula solat jamak??

Ingin Tahu
Ingin Tahu
Reply to  Muhamad Naim
10 bulan yang lalu

Nak tanya.. kalau seseorang tu decide untuk qadha’ solat dalam satu masa 4-5 solat secara berturutan apakah hanya perlu perbaharui wudhu’ atau perlu ulang step 1-5 tersebut untuk setiap kali solat qadha’ ity ?

Ingin Tahu
Ingin Tahu
Reply to  Muhamad Naim
10 bulan yang lalu

perlu perbaharui wudhu’ sahaja kah ustaz? atau perlu ulang dari terkencing, istibra’, balut, wudhu’ dan kemudian solat.