Ini adalah teks khutbah Raya Aidilfitri ringkas untuk tahun 2021.
Khutbah ini boleh dibaca oleh ketua keluarga setelah selesai solat sunat Aidilfitri.
Masa yang dijangkakan untuk menyelesaikan bacaan khutbah ringkas ini adalah 10 minit sahaja.
Dan bacaan rukun khutbah ditambah dengan transliterasi rumi untuk membantu anda yang kurang mahir membaca text arab.
Pengenalan
Hari Raya Aidilfitri kali ini akan menyaksikan sejarah umat Islam di Malaysia mengerjakan solat sunat Aidilfitri tahun kedua berturut-turut, di rumah masing-masing.
Tidak seperti khutbah Jumaat, khutbah raya akan dibacakan selepas Solat Sunat Aidilfitri.
Dalam keadaan kita sekarang, solat sunat hari raya boleh dilaksanakan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan masing-masing.
Ini juga mungkin menjadi detik bersejarah buat kebanyakkan ketua keluarga yang akan membacakan khutbah buat kali pertama dihadapan keluarga masing-masing.
Oleh itu ambillah peluang ini sebaiknya.
InsyaaAllah, semoga urusan tuan-tuan semua dipermudahkan oleh Allah SWT.
Bagi wanita yang haid (tidak boleh solat) tetap disunatkan menyertai bersama mendengar khutbah hari raya.
Syarat & Rukun Khutbah Raya
Rukun Khutbah Raya
Apakah maksud rukun khutbah?
Rukun khutbah secara mudahnya adalah perkara yang wajib dilakukan dalam khutbah.
Menurut mazhab Syafi’ie; rukun-rukun khutbah hari raya sama sepertimana khutbah Jumaat, iaitu;
- Memuji Allah (yakni mengucapkan al-Hamdulillah) dengan sebarang bentuk pujian.
- Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sebarang bentuk selawat.
- Memberi pesanan dengan takwa
- Membaca sepotong ayat dari al-Quran pada salah satu dari dua khutbah.
- Membaca doa untuk sekelian kaum muslimin dalam khutbah kedua.
Disunatkan imam memulakan khutbah pertama dengan bertakbir (yakni melaungkan Allahu-Akbar) sembilan kali dan memulakan khutbah kedua dengan bertakbir tujuh kali.
Dari ‘Ubaidillah bin ‘Abdillah bin ‘Utbah r.a. yang menceritakan;
Menjadi sunnah memulakan khutbah pertama dengan sembilan kali takbir yang berturut-turut dan memulakan khutbah kedua dengan tujuh kali takbir yang berturut-turut”
– Riwayat Imam al-Baihaqi
Syarat Khutbah Hari Raya
- Khatib mestilah suci daripada hadas kecil dan besar
- Khatib hendaklah menutup aurat dengan sempurna.
- Khatib mestilah seorang lelaki.
- Khutbah dibaca setelah selesai solat sunat hari raya.
- Hendaklah berturut-turut di antara 2 khutbah.
- Khatib membaca khutbah dalam keadaan berdiri bagi yang berkemampuan.
- Rukun khutbah dibaca dalam bahasa arab.
Teks Khutbah Raya Untuk Ketua Keluarga
Khutbah ini boleh diubah perkataannya mengikut kesesuaian panggilan dalam keluarga dan menambah isi yang relevan dengan topik khutbah
Tajuk khutbah: Hubungan Silaturahim Tetap Diperkukuh Dikala Pandemik
Khutbah Pertama
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar Kabiraw Walhamdulillahi Kasiraa Wa Subhanallahi Bukrotaw Wa AsiiLaa
Laa ilaha illaallahu Wallahu Akbar
Allahuakbar Walillahil-Hamd
Alhamdulillah Alhamdulillahil-ladzi Hadaana Subulas-Salam
Wa Afhamanaa Bisyari’atin-Nabiyyil Karim
Allahumma Solli Wassalim Wabaarik ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Ali Sayyidina Muhammadin Amma Ba’ du
Faya Ayyuhal Ikhwan, ‘Usiikum Wanafsi Bitaqwallahi Watho’atihi La’allakum Tuflihuun
Qolallahu Taala Yaa Ayyuhalladzina Aamanut-Taqullaha Haqqo Tuqootihi Walaa Tamuu Tunna illaa Wa Antum Muslimun
Sodaqollahul-Adziim
Keluargaku yang dirahmati Allah,
Walaupun saat ini kita masih lagi dalam suasana pandemik, namun alhamdulillah, pagi ini kita masih diberi kesempatan untuk merasakan kebahagiaan.
Meskipun saat ini kita dalam waktu yang sulit, tapi alhamdulillah, pagi ini kita masih diberi kekuatan untuk merayakan hari kemenangan yang penuh kebahagiaan.
Semoga kita dianugerahi umur yang panjang sehingga dapat kembali menikmati kelazatan ibadah pada Ramadhan yang akan datang.
Keluargaku yang dirahmati Allah,
Banyak sekali hikmah, pelajaran dan makna yang dapat kita ambil dari penularan Covid-19.
Di antaranya, kita diingatkan untuk selalu bersabar dan bersyukur dalam pelbagai situasi dan keadaan.
Sabar dan syukur adalah dua senjata bagi seorang mukmin dalam mengharungi kehidupan di dunia.
Jika kita tidak menghiasi diri kita dengan sifat sabar dan syukur dalam situasi seperti ini, maka kita tidak akan mendapat apa-apa kecuali kerisauan, kepenatan, kesusahan, dan kesedihan.
Sebaliknya, jika kita tanamkan sabar dan syukur dalam hati kita, maka kita akan mendapat redha Allah dan pahala yang besar di kehidupan akhirat.
Penularan virus ini juga mengingatkan bahawa kita adalah makhluk yang lemah.
Hanya dengan makhluk yang sangat kecil itu, ramai orang menjadi tak terdaya. Banyak orang jatuh sakit.
Bahkan banyak orang meninggal dunia.
Perkara ini seakan mengikis kesemua kesombongan pada diri manusia.
Manusia itu makhluk lemah yang memiliki banyak keterbatasan. Tidak selayaknya ia menyombongkan dan membanggakan dirinya.
Tersebarnya virus ini juga mengingatkan kita akan kematian.
Manusia pasti akan mati. Manusia tidak selamanya hidup di dunia ini. Semuanya pasti akan berakhir dengan kematian.
Tidak seorang pun dapat mempercepatkan kematian atau melewatkannya walau sesaat pun. Kematian adalah pintu yang akan dimasuki oleh setiap insan.
Ajal tidak akan meminta izin kepada orang muda yang sihat. Maut juga tidak akan mengasihani kepada orang tua yang sakit.
Maut akan menjemput seseorang secara tiba-tiba tanpa diberitahu terlebih dahulu.
Dan virus ini juga adalah satu diantara sekian sebab kematian manusia.
Menjalarnya virus ini juga mengingatkan kepada kita akan erti pentingnya dari ilmu agama.
Tanpa ilmu agama, kita tidak akan mampu menggali hikmah dari suatu kejadian.
Tanpa ilmu agama, kita tidak akan dapat bersabar dan bersyukur seperti yang sepatutnya.
Tanpa ilmu agama, kita tidak akan mampu menghadapi musibah sesuai tuntunan syariat Islam.
Keluargaku yang dirahmati Allah,
Kita bersyukur kepada Allah kerana telah dianugerahi kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa dan berbagai ibadah lainnya selama bulan Ramadhan.
Setiap kali selesai menunaikan suatu ibadah, seorang mukmin yang baik akan cemas.
Dia sangat berharap ibadahnya diterima oleh Allah.
Dan dia sangat takut, jangan-jangan ibadah yang telah dilakukan tidak diterima olehNya.
Harapan itu akan memotivasinya untuk terus melakukan ibadah sehingga dia dapat menghimpun bekal sebanyak-banyaknya untuk kehidupan akhirat.
Sedangkan ketakutan dan kekhuawatiran itu akan mendorongnya untuk terus beribadah, kerana dia tidak tahu ibadah mana yang diterima oleh Allah SWT.
Keluargaku yang dirahmati Allah,
Setelah hak-hak Allah kita tunaikan selama Ramadhan melalui ibadah-ibadah yang kita lakukan, tibalah kini waktu untuk memenuhi hak-hak sesama hamba.
Hari raya adalah salah satu saat yang tepat untuk mengeratkan tali silaturahim dan memperkuatkan hubungan persaudaraan sesama muslim.
Jangan jadikan alasan Covid-19 sebagai halangan untuk kita bersilaturahim.
Kerana silaturahim juga boleh dilakukan dengan pelbagai cara.
Jika tidak dapat bertemu fizikal, maka boleh sahaja diganti dengan pertemuan secara maya.
Di musim pandemik Covid-19 ini, kita memang dianjurkan untuk menjaga jarak fizikal.
Tetapi jarak persaudaraan tidak boleh renggang. Jarak persaudaraan harus tetap dekat. Jambatan penghubung antara keluarga harus tetap dibentangkan.
Keluargaku yang dirahmati Allah,
Dalam Sahih Ibn Hibban dari hadis Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu, dia berkata: Wahai Rasulullah, beritahulah aku tentang sesuatu yang jika aku kerjakan, maka aku akan masuk syurga. Lalu Rasulullah SAW bersabda:
Berikanlah makanan, sebarkanlah salam, sambunglah tali silaturahim dan lakukan solat malam ketika orang-orang lain tidur, maka engkau akan masuk syurga dengan selamat”
(HR. Ibnu Hibban)
Keluargaku yang dirahmati Allah,
Sekarang memang musim pandemik, tetap janganlah sampai membuatkan kita memutuskan tali silaturahim.
Jangan sampai keluarga dan kerabat kita, merasa ditinggalkan dan diabaikan.
Walaupun sewaktu pandemik, kita tetap perlu menjaga hubungan baik dengan mereka.
Kita jaga hubungan baik itu dengan cara membantu mereka di kala mereka memerlukan bantuan. Kita beri pinjam mereka jika mereka perlu meminjam wang. Kita kunjungi mereka jika keadaan mengizinkan.
Jangan tunggu mereka berbuat baik kepada kita dahulu, baru kita balas kebaikan mereka. Jangan tunggu mereka mengunjungi kita dahulu, baru kita balas kunjungan mereka. Jangan tunggu mereka telefon dahulu baru kita balas menyapa.
Kita dahului mereka dengan itu semua. Kerana ini adalah kebaikan yang pahalanya besar. Jadilah orang yang pertama kali melakukannya. Kita berlumba-lumba dalam kebaikan.
Menyambung silaturahim adalah salah satu kewajipan dan memutus silaturahim termasuk salah satu dosa besar.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Tidak akan masuk syurga (bersama orang-orang yang lebih awal masuk syurga) orang yang memutuskan silaturahim
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Keluargaku yang dirahmati Allah,
Perkara silaturahim juga termasuk membantu keluarga kita ketika mereka dalam keadaan yang memerlukan, terutama dalam suasana pandemik seperti sekarang ini.
Dalam hadis disebutkan, maksudnya:
Tidaklah seorang mukmin menyenangkan saudaranya kerana musibah yang menimpanya, kecuali Allah akan mengenakan kepadanya pakaian-pakaian kemuliaan di hari kiamat”
(HR Ibnu Majah)
Janganlah kita menganggap hubungan silaturahim sebagai beban.
Jangan pula berfikir bahawa membina hubungan silaturahim hanya akan menambah kesusahan yang sedang kita rasakan.
Bahkan sebaliknya, keluargaku sekalian, dengan sebab silaturahim itulah Allah akan angkat kesusahan dari kita dan melapangkan rezeki kita.
Nabi SAW bersabda, yang bermaksud:
Barangsiapa menginginkan dipanjangkan umurnya, diluaskan rezekinya, dan diselamatkan dari kematian yang buruk oleh Allah, maka hendaklah dia sambung tali silaturahim dengan kerabatnya”
(HR Al-Hakim dalam al-Mustadrak)
Keluargaku yang dirahmati Allah,
Selain dari keluarga, kita juga harus lakukan perkara yang sama kepada orang lain.
Kita jadikan hari raya sebagai momentum untuk mengeratkan hubungan kita dengan tetangga, sahabat, dan seluruh lapisan masyarakat.
Saling bermaaf-maafan harus menghiasi hari raya kita.
Yang lalu biarlah berlalu. Kita maafkan kesalahan orang lain kepada kita. Kita adalah saudara-saudara sesama Islam. Kita adalah bersaudara sesama bangsa.
Di akhirat kelak, janganlah kita termasuk mereka yang membawa pahala solat, puasa, dan berbagai ibadah yang lain, tetapi dalam masa yang sama juga membawa dosa yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia.
Iaitu mereka yang berbuat zalim kepada orang lain dan belum sempat meminta maaf sampai ajal tiba.
Merekalah orang yang rugi serugi-ruginya di akhirat kelak.
Pahala mereka akan diambil dan diberikan kepada orang-orang yang mereka zalimi. Jika tidak cukup, maka dosa-dosa orang yang mereka zalimi akan diambil dan ditimpakan kepada mereka lalu mereka dilemparkan ke api neraka.
Na’udzu billahi min dzalik.
Demikianlah khutbah yang singkat ini.
Mudah-mudahan bermanfaat bagi kita semua.
Aazubillahi Minassyaitonir-Rojim
Bismillahir Rahmanir-Rahim
Innaa A’thoinaakal-kautsar, Fa Sholli Lirobbika Wan-Har, inna SyaaNiAka Huwal-Abtar
Barakallahu Li Walakum Fil QurAanil Adziim
Wanafa’anii Wa iyyakum Bimaa FiiHi Minal Aayaati Wazzikril Hakiim
Wataqobbal Minni Waminkum TilaaWaTaHu innaHu Huwas-sami’ul Adziim
Fastaghfiruu InnaHu Huwal Ghofurur-Rohim
Selepas habis khutbah pertama khatib hendaklah duduk sebentar.
Bagi khatib yang membaca khutbah dalam keadaan duduk hendaklah diam buat seketika
Khutbah Kedua
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Allahuakbar Kabiraw Walhamdulillahi Kasiiraa
Subhanallahi Bukrataw Wa Asiilaa
Laa ilaha illaallahu Wallahu Akbar
Allahuakbar Walillahil-Hamd
Alhamdulillahi Wassolatu Wassalamu ‘ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘ala Alihi Wasohbihi Ajmain
Amma ba’ : Ya Ayyuhan-nas Ittaqullah
Qolallahu Taala Ya Ayyuhallazina Aamanut-taqullaha Haqqo Tuqotih Walaa Tamutunna illaa Wa antum Muslimun
Allahummaghfirli Mukminina Wal Mukminat Wal Muslimina Wal Muslimat al Ahyaa’i Minhum Wal Amwatt.
Rabbana Aatinaa Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirati hasanataw waqinaa ‘Azabannar.
Rabbana Zholamna Anfusanaa Wa inlam Taghfirlana Watarhamna Lanakuu-Nanna Minnal Khoshiriin
‘Ibaadallah! Innallaha Ya’muru Bil ‘adli Wal ihsan Wa ‘itaa ‘izilqurba Wayanha ‘anil Fahsyaa’i Wal Munkari Wal Baghy Ya’izzukum La’allakum Tazakkaruun
Wazkurullahal Aazima Yazkurkum Washkuruhu ‘Ala Ni’aMihi Yazidkum Walazikrullahi Akhbar
Wallahu Ya’lamu Maa Tasna’uun
keluargaku yang dirahmati Allah,
Marilah kita berdoa agar ALLAH mengampuni dosa kita, dan dosa kaum muslimin dan muslimat.
Ya ALLAH! ampunilah kaum muslimin dan muslimat, samada yang masih hidup ataupun yang telah mati.
Ya ALLAH! ampunilah dosa kami dan ibubapa kami.
Ya ALLAH Engkau itu Maha Pemaaf dan suka kepada kemaafan, maafkanlah semua.
Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau ambil tindakan jika kami terlupa atau tersilap.
Wahai Tuhan Kami! Janganlah bebankan kami dengan apa yang kami tidak mampu.
Ya ALLAH! berkatilah keluarga kami, kukuhkanlah kasih sayang antara kami, jadikanlah kami sentiasa berpegang dengan agamaMU.
Ya ALLAH! bimbinglah kami kepada akhlak yang baik, tiada yang dapat membimbing kami kepada hal itu melainkan Engkau.
Ya ALLAH! jauhilah kami daripada akhlak yang buruk, tiada yang dapat menjauhkan kami dari hal itu melainkan Engkau.
Ya ALLAH! Lindungilah kami dan negara kami daripada bencana kemusnahan dan kerosakan.
Bimbinglah kami para pemimpin kami agar menjadi hambahambaMU yang soleh
Alhamdulillah Rabbil ‘Alamin
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Laa ilaha illaallahu Wallahu Akbar
Allahuakbar walillahil-Hamd
Maka Selesailah Khutbah Pada Hari Raya Tersebut
Muat Turun Khutbah Dalam Bentuk PDF
Tuan puan boleh memuat-turun khutbah yang disediakan ini dalam bentuk PDF untuk memudahkan ia dicetak.
Klik pada butang di bawah:
Menggantikan Amalan Menziarahi Kubur Dengan Bacaan Yasin Dan Tahlil
Untuk tahun ini, disebabkan oleh wabak Covid-19 yang masih belum reda, kita semua tidak dibenarkan menziarahi kubur.
InsyaaAllah, kita berdoa mudah-mudahan agar amalan ini boleh dilakukan semula tidak lama lagi.
Oleh itu sebagai ganti, kita boleh melakukan bacaan yaasin dan bacaan tahlil bersama keluarga di rumah masing-masing.
Berikut adalah panduan yang boleh membantu anda:
Penutup: Bersabarlah Dengan Ujian Ini
Tahun ini kita melaksanakan solat Aidilfitri di kediaman kita sendiri disebabkan ujian ALLAH terhadap kita semua rakyat Malaysia dan dunia keseluruhannya.
Namun, walau apapun cabaran yang kita hadapi, kita tetap bersyukur kerana kita masih lagi dapat beriman dan beribadah kepada ALLAH.
Semoga Aidilfitri pada tahun-tahun pandemik ini menjadi hari raya yang paling bersejarah dan diingati oleh kita semua.
Tinggalkan Komen Anda..
Aslm, Tuan…Terima Kasih Byk2 pasal Info Ni…Alhamdullilah Saya Baru Bagi Khutbah Hari Raya untuk Keluarga Saya…Semoga ALLAH Berkati Kita Semua…AMIN…???
Wassalam.
Alhamdulillah, semoga Allah memakbulkan doa tuan. Amin.
Terima kasih,hanya Allah saja yg membalasnya kerana memudahkan urusan insan lain
Alhamdulillah, sama-sama puan ?
Alhamdulillah, khutbah ini sangat membantu. Terimakasih
Sama-sama ?
Alhamdullilah ada information sebegini yang memudahkan saya untuk membacanya di pagi hari yang mulia hari raya aidilfitri dan alhamdullilah dengan ini saya dapat menjadi imam dirumah dengan information yang diberikan terima kasih dan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin kepada seluruh umat Islam, dan akhir sekali mari la kita medoakan kesejahteraan saudara kita di Palestine dan berdoa agar golongan Yahudi Israel dapat ditumpaskan oleh golongan Islam Aminnn ya rabbal alaminnn.
Alhamdulillah, semoga memberi manfaat dan memudahkan urusan.
Aminn, semoga urusan saudara-saudara kita di Palestin dipermudahkan dan diberi kekuatan oleh Allah untuk melawan musuh.
Salam ustad… Ada takbir dlm bahasa English? Terima kasih byk2 sebab byk membantu saya
Wassalam.
Maaf, saya belum buat translation ke dalam English.
InsyaAllah saya akan siapkan untuk kegunaan tahun hadapan.
Alhamdulillah….terima kasih tuan dgn ringkasan khutbah ini… sangat membantu..
Alhamdulillah. Sama-sama.
Semoga membantu dan selamat hari raya.
Alhamdulillah, Terima kasih di atas bantuan dan panduan Di laman sesawang ini membantu urusan saya dlm musim PKP ini. Moga pihak tuan sentiasa di rahmati Allah swt In Shaa Allah
Alhamdulillah. Terima kasih juga atas doa pihak tuan.