Tanda Baligh Bagi Remaja Lelaki dan Perempuan

tanda baligh

Bagaimanakah tanda baligh bagi remaja lelaki dan perempuan?

Artikel ini akan menerangkan secara lengkap tanda-tanda baligh bagi lelaki dan perempuan.

Dalam artikel ini, anda akan belajar:

Semoga bermanfaat..

PENGENALAN

Anak-anak yang berumur belasan tahun dikira sudah memasuki alam remaja.

Secara tidak langsung mereka memikul tanggungjawab yang lebih meluas daripada tahap social sebelumnya.

Umumnya, proses perubahan fizikal yang cepat ini mendekatkan anak-anak lelaki dan perempuan kepada alam baligh yang harus dilalui oleh setiap insan.

Perkembangan diri individu di peringkat ini wajar pula diiringi oleh kefahaman tentang iman dan Islam yang lebih sempurna dan bermakna.

Pada tahap baligh, segala amal perbuatan bagi lelaki dan perempuan Islam mula diperhitungkan”

Malaikat Raqib a.s akan mencatat setiap kebaikan dan malaikat ‘Atid a.s mencatat setiap kemungkaran dan dosa yang dilakukan.

 

TANDA-TANDA BALIGH

Apabila seorang anak lelaki yang telah mencapai usia 12 hingga 15 tahun menurut kiraan Hijrah, maka pendidik atau ibu bapa mestilah menjelaskan kepadanya tentang tanda-tanda baligh.

Tanda Baligh Bagi Lelaki

  • Apabila keluar air mani (sudah punya syahwat) melalui mimpi yang lain daripada biasa.
  • Mulai saat itu si anak telah baligh (cukup umur) dan mukallaf (dibebani) oleh hukum-hukum syarak sepertimana halnya orang dewasa.

Bagi anak perempuan pula, penjaga juga mestilah menjelaskan kepada anak gadis tentang tanda baligh apabila dia berusia Sembilan tahun ke atas menurut kiraan hijrah.

Tanda Baligh Bagi Perempuan

  • Apabila mendapati darah haid keluar dari kemaluannya, bererti dia telah baligh dan mukallafah.
  • Kadangkala baligh anak gadis bukan melalui keluar darah haidnya. Ada juga anak gadis yang balighnya melalui mimpi.
  • Hal ini dapat dikesan jika mendapati air halus berwarna kuning pada kainnya apabila dia sedar daripada tidur (setelah mengalami kelainan mimpi daripada biasa)

Apabila melangkah kea lam baligh anak lelaki perlu diberi bimbingan yang sempurna oleh ibu bapa atau pendidik supaya melaksanakan mandi hadas untuk mengangkat hadas besarnya.

Sementara anak gadis pula diberi bimbingan dan ingatan supaya mandi hadas setelah selesai tempoh haid sesingkat 1 hari dan maksimum 15 hari.

Dengan bermulanya alam baligh bagi lelaki dan perempuan ini, maka berkewajipanlah mereka menunaikan segala hak dan tanggungjawab sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam seperti menutup aurat dan menjauhi pergaulan bebas.

 

PEMAKAIAN MENUTUP AURAT BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN

Nilai kehidupan manusia yang dipilih sebagai khalifah Allah di bumi ini mengatasi nilai kehidupan sejagat yang lain.

Sebagai makhluk pilihan, nilai kehidupan insan itu didasari kepada satu tanggungjawab utama iaitu untuk menjuruskan segala perlakuan dan perkataan ke arah pengabdian diri secara sepenuhnya terhadap Allah SWT, menerusi tatacara kehidupan yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Oleh itu, setiap muslimin dan muslimat yang telah baligh wajib untuk menutup aurat.

Batas aurat bagi lelaki dan perempuan adalah seperti berikut:

 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

6 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Iqbal
Iqbal
3 tahun yang lalu

Apa kah tanda 2 baligh ye

Hamba Allah
Hamba Allah
3 tahun yang lalu

Kalau kita keluar air mazi…adakah kita telah akil baligh

Rodzi
Rodzi
4 tahun yang lalu

Jazakallahu khoiran kasiro.. Artikel ini baik utk ank2 remaja dan ibu2 yg ada ank remaja..

Rodzi
Rodzi
4 tahun yang lalu

Jazakallahu khoiran kasiro ustaz