Hukum Bakar Kemenyan Ketika Berlaku Kematian

hukum bakar kemenyan

Apakah hukum bakar kemenyan ketika berlaku kematian?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Selalu dalam tradisi masyarakat melayu mereka akan bakar kemenyan ketika ada berlaku kematian. Saya ingin tahu apakah hukumnya?


JAWAPAN:

Antara sunnah Nabi saw ialah melakukan perkara yang mewangikan diri dan rumah dan masjid dan majlis dan seumpamanya.

Kemenyan yang dibakar akan mengeluarkan asap yang berbau wangi dan jika dibakar di dalam rumah maka rumah tersebut akan berbau wangi dan begitu juga masjid.

Membakar kemenyan ketika berlaku kematian bergantung kepada tujuan ia dibakar.

Jika bakar kemenyan itu supaya harum suasana dalam rumah dan menyenangkan hati orang yang datang ziarah itu maka hukumnya adalah sunat.

Diriwayatkan dari Nafi’ r.a. berkata ia ertinya:

Adalah Ibnu Umar r.a. apabila membakar wangian maka dia akan membakar kemenyan tanpa dicampur bahan yang lain dan juga beliau berwangi dengan kafur atau dicampurnya kafur dan kemenyan. Kemudian beliau berkata beginilah caranya Rasulullah saw membakar wangian.”

(Hadith Muslim)

Begitu juga jika dibakar kemenyan ketika urusan memandikan dan mengkafankan jenazah supaya tidak terhidu jika ada bau yang tidak menyenangkan daripada mayat maka hukumnya juga adalah disunatkan.

Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a. ertinya:

Apabila kamu membakar wangian bagi mayat maka ganjilkanlah. Dan pada satu riwayat hendaklah kamu sekelian membakar wangian itu sebanyak 3 kali dan pada satu riwayat hendaklah kamu sekelian membakar wangian untuk mewangikan kain kafan mayat itu sebanyak tiga kali.”

(Hadith riwayat Baihaqi & Abu Ya’la)

Ada pun membakar kemenyan dengan kepercayaan akan menghalau roh-roh yang jahat atau untuk pemujaan atau seumpamanya maka ia adalah bidaah dan dilarang.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Zainallodin
Zainallodin
3 tahun yang lalu

Kebiasaan kimian Arab berbau wangi..dalam masjid Mekah dan Kaabah pun ada.
Kemian Hindu /Malaysia busuk..adakah kimian ini boleh digunakan…
Tetapi menteliti.melayu bakar kimian jadi kurafat makanan jin..atau bergantung pada niat juga….
Selain arab..adakah negara lain pun bakar kimian.

desaguru.com
desaguru.com
4 tahun yang lalu

Bakar kemenyan adalah tradisi nenek moyang kita masa dulu. Sekarang dah jarang saya lihat orang main-main dengan kemenyan. Asap kemenyan adalah makanan jin. Jin suka makan asap kemenyan. Betul ke. Apa yang menarik dalam artikel ini adalah kemenyan iakan mengharumkan suasana dalam rumah dan menyenangkan hati orang yang datang ziarah itu maka hukumnya adalah sunat. Sunat baru tahu.