Apakah hukum wuduk dengan air laut?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANJika kita berada di atas kapal adakah boleh kita berwuduk atau mandi hadas dengan air laut yang masin?
JAWAPAN
Diantara syarat sah bersuci ialah menggunakan air yang suci lagi menyucikan iaitu air hujan dan air salji dan air sungai dan air laut dan lainnya samada rasa air itu masin atau tawar.
Telah diriwayatkan daripada Mughirah bin Abi Burdah bahawasanya beliau telah mendengar akan Abu Hurairah r.a. berkata:
Seorang lelaki telah bertanya akan Rasulullah saw dengan katanya : Wahai Rasulullah! Kami menaiki kapal di laut dan kami membawa bersama air yang sedikit maka jika kami berwuduk dengan air itu nescaya kami tidak ada air untuk diminum.
Adakah boleh kami berwuduk dengan air laut?
Maka bersabda Rasulullah saw : Laut ini suci airnya dan halal bangkainya.”
(Hadith riwayat Imam Syafie di dalam Musnadnya)
Berkata Imam As-Syairazi :
Dan suci air yang keluar dari bumi dan air segala laut dan air segala sungai dan segala air dalam tanah.”
(Kitab Al-Muhazzab)
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..