Hukum Wasiat Harta Kepada Anak Angkat

Wasiat Harta Kepada Anak Angkat

Apakah hukum wasiat harta kepada anak angkat?

Bagaimanakah pembahagiannya?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya mempunyai seorang anak angkat. Oleh kerana anak angkat tidak mendapat pesaka adakah boleh saya mewasiatkan harta saya untuknya?

Bagaimana kalau nanti anak-anak saya tidak bersetuju?


JAWAPAN

Telah ijmak oleh ulamak bahawa anak angkat tidak mendapat harta pesaka jika ibu bapa angkatnya itu mati sekali pun anak angkat tersebut dipelihara oleh ibu bapa angkatnya sejak dari dilahirkan.

Oleh itu dalam keadaan seperti ini hendaklah ibu bapa angkatnya mewasiatkan hartanya kepada anak angkat tersebut.

Jumlah paling banyak yang sah diwasiatkan oleh ibu bapa angkat kepada anak angkat ialah satu pertiga dari semua harta.

Telah diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqas r.a. katanya kepada Rasululah saw:

يا رَسولَ اللَّهِ، أُوصِي بمالِي كُلِّهِ؟ قالَ: لا، قُلتُ: فالشَّطْرُ، قالَ: لا، قُلتُ: الثُّلُثُ، قالَ: فالثُّلُثُ، والثُّلُثُ كَثِيرٌ، إنَّكَ أنْ تَدَعَ ورَثَتَكَ أغْنِياءَ خَيْرٌ مِن أنْ تَدَعَهُمْ عالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ في أيْدِيهِمْ

Maksudnya :

Wahai Rasulullah! Adakah boleh aku wasiatkan sekelian hartaku?

Rasulullah menjawab: Tidak boleh.

Kataku lagi: Kalau separuh hartaku?

Jawab Rasulullah: Tidak boleh.

Kataku lagi: Kalau satu pertiga dari hartaku?

Jawab Rasulullah: Satu pertiga dah dikira banyak. Sungguhnya kamu tinggalkan segala warismu dalam keadaan cukup adalah lebih baik dari kamu tinggalkan mereka dalam keadaan tidak cukup dengan menadah tangan meminta-minta dari manusia.”

(Hadith riwayat Bukhari)

Maka difaham di sini bahawa sebanyak-banyak harta yang boleh diwasiatkan kepada anak angkat ialah satu pertiga dan harus jika kurang dari satu pertiga.

Jika lebih dari satu pertiga seperti semua harta atau separuh maka memerlukan kebenaran sekelian waris bagi empunya harta itu.

Dan apabila ibu bapa angkat sudah mewasiatkan satu pertiga dari hartanya untuk anak angkat itu nescaya wajib waris menyerahkan jumlah tersebut samada para waris bersetuju atau tidak kerana telah menjadi hak anak angkat.

HATI-HATI Beberapa contoh pengambilan harta pesaka secara haram :

  • Anak angkat mengambil harta tanpa adanya wasiat.
  • Waris tidak memberikan langsung harta yang diwasiatkan kepada anak angkat.
  • Waris hanya bersetuju memberikan kurang dari satu pertiga wasiat yang telah dibuat.
  • Anak angkat berbohong mengatakan ibu bapa angkatnya ada mewasiatkan harta padahal tidak berlaku.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments