Hukum Wanita Istinjak Sambil Berdiri

wanita istinjak sambil berdiri

Apakah hukum wanita istinjak sambil berdiri?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya pernah mendengar seorang guru agama menyebut dalam ceramahnya jika kaum wanita beristinjak dari kencing sambil berdiri maka istinjaknya itu tidak sah dan dia tidak boleh menunaikan solat dengan istinjak seperti itu.


JAWAPAN

Erti istinjak ialah membersihkan dengan air atau batu akan kemaluan dari najis selepas kencing dan buang air besar.

Disyaratkan hendaklah bersih kemaluan dari najis oleh itu jika sudah dibasuh dengan air tetapi kemaluan tidak bersih maka wajib diulangi membersihkannya dengan betul dan jika dikerjakan solat umpamanya tanpa dibersihkan dengan betul maka solat itu tidak sah kerana bersucinya tidak sah.

Bagi kaum wanita wajib dibersihkan semua bahagian farajnya yang zahir yaitu bahagian yang jika dia duduk mencangkung maka bahagian tersebut akan terbuka dengan sendirinya dan jika dia bangun maka bahagian itu akan tertutup.

Berkata Imam Nawawi :

وَالْوَاجِبُ عَلَى الْمَرْأَةِ غَسْلُ مَا يَظْهَرُ إِذَا جَلَسَتْ عَلَى الْقَدَمَيْن

Dan yang wajib atas perempuan ialah membasuh bahagian yang zahir apabila dia duduk mencangkung atas dua tapak kakinya.”

(Kitab Raudah At-Talibin)

Dan sebab tidak bersih istinjaknya itu ialah kerana ketika seorang perempuan beristinjak adalah wajib dibasuh akan segala bahagian yang zahir pada farajnya dan bahagian yang terbuka ketika duduk itu termasuk bahagian yang zahir maka jika dia duduk nescaya akan terbuka bahagian tersebut dan kena air basuhan dan bersihlah ia.

Oleh kerana itulah dikatakan perempuan yang membasuh kencingnya sambil berdiri tidak sah istinjaknya.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Edu
Edu
1 tahun yang lalu

Kalau lelaki istinjak berdiri dengan air boleh ke? Saya selalu istinjak berdiri nak elakkan air terpercik. Saya alirkan air ke bawah dari atas pusat sampai bawah dan cebok kemaluan saya sampai rasa bersih , tapi untuk dubur saya tak alirkan air cuma alirkan air dari atas sampai bawah depan belakang , maksud dubur tu mencangkung dan bersihkan lubang dubur sebab hanya kencing sahaja jadi saya istinjak secara berdiri , lagipun saya tak berdiri sepenuhnya sebab saya akan kangkang sikit alirkan air celah kemaluan dan celah paha , dan saya tak rasa najis tu akan lalu ke dubur sebab saya sendiri tak rasa , plus bila saya alirkan air , air kencing yang mengalir bersama hanya akan dripping dari kantung genital , atau pun melalui paha ke bawah

Last edited 1 tahun yang lalu by Edu