Hukum Wanita Ikut Hantar Jenazah Ke Kubur

wanita ikut hantar jenazah

Apakah hukum wanita ikut hantar jenazah ke kubur?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Ketika dibawa jenazah ke tanah perkuburan adakah kaum wanita boleh ikut sama?


JAWAPAN

Ulamak mazhab empat berselisih pendapat pada hukum kaum wanita mengikut jenazah.

Jumhur ulamak berpendapat makruh kaum wanita mengikut jenazah menghantarnya ke tanah perkuburan.

Berkata Imam Nawawi :

Bermula inilah yang telah kami sebut yaitu makruh kaum wanita mengikut jenazah.

Ialah mazhab kami dan mazhab jumhur ulamak.”

(Kitab Al-Majmu’)

Ulamak mazhab Hanafi melarang dengan larangan haram manakala ulamak mazhab Maliki mengharuskan bagi perempuan yang tua sahaja atau yang muda yang sunyi dari fitnah.

Berkata Mufti Mesir Syeikh Syauqi Ibrahim ‘Alam:

Maka pendapat mazhab Hanafi ialah makruh wanita mengikut jenazah akan sebagai makruh tahrim.

Dan ulamak mazhab Maliki berpendapat harus keluar kaum wanita yang sudah tua sahaja.

Dan harus juga wanita yang muda yang tidak ditakuti fitnah istimewa pula jika adalah jenazah tersebut adalah seorang yang sangat dekat dengannya seperti bapa dan ibu dan suami dan anak dan saudara mara.

Dan ada pun ulamak mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat makruh wanita keluar secara mutlak.

Maka berasakan atas yang demikian itu tiadalah halangan pada syarak kaum wanita menyertai sama mengikut jenazah istimewa pula jika jenazah itu dekat hubungannya atas wanita itu serta hendaklah memelihara adab-adab syarak dan tidak bercampur dengan kaum lelaki dan tidak berlaku fitnah seperti keluar wanita itu dalam keadaan tidak berhias dan bersolek dan tiada melakukan perbuatan jahiliyah yang munkar seperti berteriak dan menampar-nampar tubuh dan menarik-naik pakaian dan perkataan yang dicela syarak.”

(Majlis Fatwa Mesir)

KESIMPULAN

Makruh kaum wanita mengikut sama menghantar jenazah ke tanah perkuburan.

Apa yang sering berlaku pada zaman sekarang ialah kaum perempuan yang turut mengikut hantar jenazah ke tanah perkuburan mereka dalam keadaan yang dilarang syarak yaitu dengan mendedahkan aurat dan bertabarruj berlebihan dan bergaya dengan pelbagai gaya yang menarik perhatian lelaki serta bercampur gaul tanpa batas maka hukumnya adalah haram.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments