Apakah hukum tidur kaki menghadap ke arah kiblat?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANApakah benar haram hukumnya kalau kita tidur kaki kita arah ke kiblat?
JAWAPAN
Tidur dalam kedudukan kedua kaki mengadap ke arah kiblat adalah harus dan tidak diharamkan melainkan jika tidur seorang itu dihadapan Ka’bah maka sebahagian fuqahak menyatakan sebagai makruh.
Berkata Mufti Mesir Dr Ali Jumaah:
Dengan dinisbahkan kepada dua tapak kaki pada arah kiblat saya belum temui nas pada Quran dan Sunnah barang yang menegah akan yang demikian itu.
Maka tidak ada di sana dalil atas haramnya menghalakan kedua tapak kakinya arah Kaabah kecuali sungguhnya telah tersebut pada adab-adab sebahagian solihin bahawasanya orang Islam kerana memelihara segannya daripada Allah tidak ia luruskan kedua tapak kakinya ke arah Kaabah.”
(Fatawa Dr Ali Juma’ah)
Telah berkata Imam Ibnu Muflih:
Bukan seorang dari ulamak mazhab Hanafi menyebut bahawa dimakruhkan meluruskan dua kaki menghala kiblat pada ketika tidur atau lainnya.
Dan hukum ini jika menghendaki mereka itu dengannya ialah di sisi Kaabah.
Dan jika menghendaki secara mutlak sebagaimana ia yang zahir maka kemakruhan itu memerlukan dalil disisi syarak.
Dan sungguhnya telah sabit pada jumlah menghukumkan dengan sunat atau harusnya (kaki arah kiblat) sebagaimana pada hukum membaringkan mayat.”
Kesimpulannya yang dikatakan makruh tidur dalam kedudukan meluruskan kedua kakinya menghadap kiblat ialah apabila berada dekat Kaabah.
Berkata ulamak dalam beberapa tulisan mereka:
Maka tiada tegahan daripadanya kecuali sungguhnya sebahagian ulamak memakruhkan bahawa dihanjurkan kedua kakinya ke arah kiblat apabila adalah dia dekat daripada kiblat maka makruh yang demikian itu sebagai makruh tanzih.”
(Al-Mauzu’atul Fiqhiyah/Fatawa Baitulmaqdis/Fatawaonline)
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Ya baiklah tuan
Iyalah tuan
Alhamdulillah, perkongsian ilmu yg amat bermanfaat.. teruskan sahabat…moga barokah segala amalanmu..aamiiiinnn
Alhamdulillah. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.
?
?
terima kasih atas pencerahannya…sangat2 bermanfaat
Alhamdulillah, sama-sama ?