Apakah hukum sujud nampak tumit ketika solat bagi wanita?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANKetika dalam solat apakah hukumnya jika ketika seorang perempuan itu sujud atau duduk tahiyat terbuka bahagian tumit atau jari kakinya?
JAWAPAN
Seorang perempuan yang hendak melakukan solat wajiblah menutup sekelian badannya melainkan muka dan dua pergelangan tangannya.
Jika terbuka selain dari muka dan dua pergelangan tangannya di dalam solat maka solatnya tidak sah samada solat yang fardu atau solat yang sunat.
Diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a. :
Sungguhnya telah bertanya oleh Ummu Salamah akan Nabi saw: Adakah boleh orang perempuan solat dengan baju dan tudung dan tiada berkain sarung?
Maka sabda Nabi saw: Boleh jika bajunya labuh sampai menutup bawah dua tumitnya.”
(Hadith Riwayat Abu Daud & At-Tirmizi)
Tersebut pada kitab Fatawa Syar’iyah:
Wajib atas perempuan itu bahawa menutup di dalam solatnya akan sekelian badannya melainkan mukanya dan dua pergelangan tangannya samada pada solat yang sunat atau fardu. Inilah pendapat jumhur ulamak.”
Kesimpulan
Menutup aurat adalah syarat sah solat.
Oleh itu jika tidak menutup aurat sepenuhnya maka solat tidak sah.
Begitu juga dengan seorang perempuan yang solat yang pada awalnya ditutup sekelian auratnya tetapi ketika sujud atau duduk membaca tahiyat auratnya terbuka maka solatnya batal melainkan apabila baru sahaja terbuka lalu dia tutup dengan segera maka dimaafkan tiada batal solatnya.
Jika dilambatkan tutup maka tidak dimaafkan lagi iaitu batal solatnya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Salam..MCM mana keadaan wanita solah dlm pakaian kasual yaknibseluar/jeans baju labuh Jeni’s lain tapi Lepas punggung Dan kaki tidak berstoki…maknanya wajah,telapak tangan Dan telapak kaki nampak solah dikalangan wanita…apakah kedudukan solah wanita tersebut..terima kasih