Hukum Melakukan Solat Sunat 4 Rakaat Dengan 1 Salam

Apakah hukum melakukan solat sunat 4 rakaat dengan 1 salam?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Adakah boleh kalau kita hendak buat solat sunat yang empat rakaat dengan sekali salam?

Biasa kita buat solat yang empat rakaat itu dengan dua kali salam.


JAWAPAN

Hukum menunaikan solat sunat pada siang hari yang empat rakaat dengan hanya sekali salam adalah harus tetapi yang afdhal ialah dengan dua kali salam.

Inilah pendapat jumhur ulamak mazhab yaitu Maliki dan Syafie dan Hanbali.

Ada pun ulamak mazhab Hanafi mengatakan yang afdhal ialah dikerjakan sunat yang empat rakaat pada siang hari itu dengan satu salam.

Tersebut pada kitab Tharhut Tasrib:

Dan telah berjalan oleh Imam Malik dan Imam Syafie dan Imam Ahmad dan jumhur ulamak sungguhnya yang afdhal pada segala solat sunat di siang hari itu memberi salam setiap dua rakaat.”

Akan tetapi harus seorang itu kerjakan solat sunat pada siang hari yang empat rakaat hanya dengan satu salam sahaja dan harus pula dengan satu tasyahud.

Telah berkata Imam Nawawi :

Apabila solat seorang akan sunat zuhur yang empat rakaat sebelum dan selepasnya atau sunat asar adakah sekali beri salam atau dua kali?

Jawabnya harus baginya solat dengan hanya satu tasyahud dan satu salam dan kalau dengan dua tasyahud dan dua salam itu afdhal.”

(Fatawa Nawawi)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

9 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Ainaa
Ainaa
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum, boleh saya tahu adakah solat ini dilaksanakan seperti solat biasa sahaja ?

Hamba Allah
Hamba Allah
3 tahun yang lalu

A/kum ustaz. Adakah solat sunat 4 rakaat selepas isyaq ni termasuk dalam kategori solat rawatib yakni solat ba’diyah? Jadi perlu berapa salsm ye?

Abdullah bin Hassan
Abdullah bin Hassan
3 tahun yang lalu

Assalam’alaina Wa’ala’ibadillahissolehiin
InsyaaaaaaAllahSwt
Bagi Kita & Seluruh Muslimin-muslimat, Mu’minin-mu’minat Dunia Akhirat & Antaranya. Semoga AllahSwt Bimbing Bantu Naungi Pelihara Kita Berseorangan Bermasyarakat Berjama’ah untuk laksana Amanah AllahSwt sebaiknya sebagai ‘abdiNya & KhalifahNya. Amiin YaAllahSwt YaRahmaan YaRahiim.

Gaya penyampaian macam Ulama’ lupa diri Pewaris NabiMuhammadRasulAllahSaw & yang menyampaikan Amanah AllahSwt & NabiMuhammadRasulAllahSaw.

Dahulukan dari AllahSwt & NabiMuhammadRasulAllahSaw dalam jawapan kepada persoalan samada Hujah/ Qias/ Muafakat dari sumber Asas Ayat Al-Qur’aan, Hadis/ Sunnah NabiMuhammadRasulAllahSaw, Kata & Amalan Khalifah Ar-RasyidiinRa,

Seterusnya dari SahabatRa, Tabi’en & Ulama’ yang semestinya terbukti pada tanda-tanda Benar & Kemuliaan.

AllahSwt Sendiri ada Tanda Bukti Ke-Indahan, Ke-Muliaan, Ke-Hebatan dari Tanda pada Diri kita, Alam ini & Tanda pada Para Utusan Nya.

Para Nabi-Rasul AllahSwt ada Tanda Ma’jizat & Akhlak.

Para Auliyaa’ AllahSwt ada Tanda Karomah/ Kemuliaan & Akhlaq. Para Ulama’ mesti ada Tanda Ulama’ AllahSwt, Pewaris NabiMuhammadRasulAllahSaw melalui Kemurnian Ilmu & Akhlaq/ beradab.

Orang biasa?
Mesti ada Tanda
Islam/ Berserah kepada AllahSwt.
Iman/ Yaqin kepada AllahSwt
Taqwa berAkhlaq mulia sesama Islam & Mahluq dalam berakhlaq terhadap AllahSwt.

Moga faham maksud saya.
WaAllahu’Aalaam. TKs

Abu Talib Kassim
Abu Talib Kassim
3 tahun yang lalu

Salam ustaz, bagaimana caranya kalau saya nak kerjakan solat sunat 4 rakaat selepas solat Isya adakah dia satu kali tashud dan satu salam.?. Mohon penjelasan ustaz.

Ilahila
Ilahila
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum. Bagaimana cara solat sunat sebelum dan selepas zohor 4 rekaat tanpa salam..