Apakah maksud dan pengertian rezeki?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANApakah pengertian rezeki dan apakah antara amalan yang menyebabkan luas rezeki.
Terima kasih.
JAWAPAN
Rezeki itu ertinya sekelian perkara yang memberi guna kepada manusia sama ada berupa harta benda atau pertolongan atau lainnya sekali pun ia adalah perkara yang haram dan samada memberi guna itu di dunia mahu pun di akhirat.
1. Berkata Syeikh Nawawi Bantan :Bermula rezeki itu tidaklah hanya tertentu kepada yang dimakan dan diminum sahaja bahkan sekelian barang yang diambil guna dengannya oleh haiwan dari yang dimakan dan yang diminum dan yang dipakai dan lainnya dan rezeki yang paling utama ialah rezeki diberikan kekuatan oleh Allah melakukan ketaatan.”
(Kitab Syarah Masaail)
Dan ada rezeki di akhirat ialah apa yang disediakan oleh Allah dari segala nikmat yang terdapat di dalam syurga.
2. Firman Allah Taala :Dan siapa yang beriman ia dengan Allah dan melakukan amal soleh nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga-syurga yang mengalir sungai di bawahnya yang mereka itu kekal di dalamnya selamanya. Sungguhnya Allah telah membaikkan baginya akan rezeki.
(At-Talaq : 11)
Dan antara sebab dimurahkan rezeki itu ialah mengerjakan solat dan istighfar dan bersedekah dan berbuat baik kepada makhluk dan berselawat ke atas Nabi saw dan membaca Quran dan menjauhi perbuatan maksiat dan lainnya.
3. Firman Allah Taala :وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْووَى
4. Dan firman Allah :Dan perintahlah akan keluargamu mengerjakan solat dan bersabar atas mengerjakannya. Kami tidak mintakan kamu rezeki bahkan Kamilah yang memberi rezeki akan kamu dan kesudahan yang baik itu bagi orang yang bertaqwa.”
(Taha : 132)
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (١٢)
Maka kataku hendaklah kamu beristighfar memohon ampun akan Tuhan kamu sungguhnya dia sangatlah mengampunkan. Pasti Dia akan turunkan dari langit atas kamu sekelian akan hujan dan mengurniakan akan kamu sekelian dengan segala harta dan anak pinak dan menjadikan bagi kamu kebun-kebun dan sungai-sungai.”
(Nuh : 10- 12)
Dan disebut dalil bagi amalan selebihnya meluaskan rezeki dalam kitab-kitab para ulamak.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..