Adakah orang mati kenal orang yang ziarah kubur?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANBapa saya telah meninggal dunia 12 tahun dahulu.
Saya selalu ziarah ke kuburnya.
Adakah arwah bapa saya tahu ketika saya ziarah ke kuburnya?
JAWAPAN
Sesungguhnya apabila seorang ziarah akan kubur maka mayat mengetahui dengan kedatangannya itu dan kenal akan orang yang ziarah dan menjawab akan salam yang diucapkan oleh yang ziarah itu kerana berdalilkan beberapa hadith yang menyebut tentang perkara ini.
Berkata Imam Ibnu Al-Qayyim:
Sungguhnya segala hadith dan perkataan sahabat menunjukkan atas bahawasanya orang yang ziarah apabila datang ke kubur nescaya sekelian penghuni kubur akan tahu dengan kedatangannya dan mendengar akan salamnya dan menjawab salamnya dan merasa terhibur dengan kedatangannya.”
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata:
Tiada dari seorang kamu yang lalu ia pada kubur saudaranya yang beriman yang dia kenal akan yang ziarah itu ketika di dunia lalu yang ziarah itu memberi salam atasnya melainkan mayat itu pasti mengenalinya dan mayat itu menjawab akan salam atasnya.”
(Hadith marfu’ riwayat Ibnu Abdil Barri)
Berkata Bekas Mufti negeri Mesir Syeikh Abdul latif Hamzah:
Orang yang telah mati mengambil menafaat dengan doa dan istighfar bagi mereka oleh orang yang ziarah dan orang yang telah mati itu gembira dengan kedatangan mereka.”
(Majlis Fatwa Negeri Mesir)
KESIMPULAN
Apabila diziarah akan kubur seorang Islam nescaya penghuni kubur tersebut tahu dan kenal siapa yang ziarahnya itu jika dia pernah kenalinya di dunia.
Dan apabila yang ziarah memberi salam nescaya penghuni kubur itu menjawab salamnya dan penghuni kubur merasa suka dengan kedatangan saudara mara yang menziarahinya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..