Cara Basuh Najis Muhaffafah

Najis Muhaffafah

Apakah hukum najis muhaffafah?

Bagaimana cara menyuci dan basuh najis muhaffafah?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Saya musykil tentang hukum najis mukhaffafah itu sebenarnya suci atau najis?


JAWAPAN

ERTI NAJIS MUKHAFFAFAH

Najis mukhaffafah bermaksud najis yang diringankan cara membasuhnya dan hukumnya adalah najis bukan suatu yang suci cuma cara membasuhnya adalah lebih ringan jika dibandingkan dengan najis mughallazah dan najis mutawassitah.

Najis mukhaffafah hanya satu sahaja iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai usianya 2 tahun dan hanya menyusu dari ibunya.

DALIL HADITH

Diriwayatkan daripada Ummu Qais binti Mihsan r.a.:

Sungguhnya Ummu Qais r.a. telah datang membawa bayi lelakinya yang belum memakan makanan kepada Rasulullah saw maka Rasulullah pun meletakkannya di atas ribanya lalu bayi itu telah kencing atas pakaiannya.

Kemudian Rasulullah saw meminta dibawakan air lalu Rasullullah merenjiskan air atasnya dan tidak pun membasuhnya.”

(Hadith Bukhari & Muslim)

Dalam hadith ini jelas Rasulullah saw mengajar cara membasuh air kencing kanak-kanak lelaki yang masih menyusu itu dengan hanya merenjiskan air atasnya tidak perlu dibasuh seperti Rasulullah tunjukkan atas najis-najis yang lain.

Dan lebih jelas lagi sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. sungguhnya Rasulullah saw bersabda:

Air kencing bayi lelaki yang masih menyusu itu direnjis air manakala air kencing bayi perempuan itu dibasuh dengan air.”

(Hadith Tirmizi & Imam Ahmad)

CARA MEMBERSIHKAN NAJIS MUKHAFFAH

Sebagai contoh jika najis mukhaffafah kena pada kain maka ambil air yang bersih dan renjiskan sampai rata tempat yang kena najis itu.

Bila dilakukan seperti ini maka pakaian tersebut dikira sudah bersih.


KESIMPULAN

Najis mukhaffafah artinya air kencing bayi lelaki yang tidak makan selain menyusu dengan ibunya dan belum sampai usianya 2 tahun.

Maka jika masih lagi menyusu tapi sudah berusia 10 tahun misalnya maka bukannya najis mukhaffafah tetapi mutawassitah.

Begitu juga jika belum sampai usia dua tahun tapi sudah makan roti canai atau pulut kuning misalnya maka bukan lagi mukhaffafah.

Selain dari air kencingnya seperti tahinya maka yaitu najis mutawassitah.

Air kencing bayi perempuan adalah najis mutawassitah sekalipun baru berusia sehari.

Suatu yang terkena najis mutawassitah jadi suci apabila dibasuh dengan air sampai bersih manakala yang terkena najis mukhaffafah jadi suci dengan hanya dipercik dengan air serata tempat kenanya tidak wajib dibasuh.

Jika seorang itu mahu membasuh juga pakaian yang kena najis mukhaffah itu seperti membasuh najis mutawassitah maka hukumnya adalah lebih baik.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments