Adakah Wajib Nafkah Untuk Isteri Yang Bekerja?

Nafkah isteri bekerja

Adakah wajib beri nafkah isteri yang berkerja dan ada pendapatan sendiri?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Adakah betul kalau seorang isteri itu sudah bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan sendiri, maka suaminya tidak wajib lagi memberi duit nafkahnya?


JAWAPAN

Apabila telah berkahwin seorang lelaki dengan seorang perempuan dan telah duduk bersama..

… maka wajib atas suaminya itu membayar nafkah makan dan minum dan pakaian dan tempat tinggal dan yang lainnya dari perkara yang perlu kepada isterinya itu.

Dan kewajipan memberi belanja nafkah ini tidak gugur dengan sebab isteri telah bekerja atau isteri seorang yang kaya melainkan isteri itu sendiri yang menggugurkan haknya daripada suaminya atau isterinya telah melakukan perbuatan derhaka.

Tersebut pada himpunan Majlis Fatwa Mesir:

Bermula nafkah isteri itu wajib ia atas suaminya sekali pun isteri itu bekerja.

Maka sabitlah wajib memberi nafkah isteri itu dengan Al-Quran dan sunnah dan ijmak.”

(Darul Ifta Mesir)

Firman Allah Taala:

Dan wajib atas suami membayar makan minum sekelian isteri itu dan pakaian mereka dengan cara yang baik.”

(Al-Baqarah : 233)

Dan diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a. Rasulullah saw bersabda:

Dan bagi sekelian isteri itu wajib atas kamu belanja makan minum dan pakaian mereka itu dengan cara yang baik.”

(Sunan Kubra An-Nasasie)

Berkata Imam Ibnu Quddamah:

Maka wajib atas suami bagi isterinya itu sekelian hajat isteri dari makanan dan minuman dan pakaian dan tempat tinggal.”

(Kitab Al-Mughni)

KESIMPULAN

Suami wajib membayar nafakah hidup isterinya sekali pun isterinya sudah bekerja dan mempunyai pendapatan atau orang yang kaya.

Tidak gugur kewajipan bayar nafaqah dari suami melainkan isterinya yang menggugurkannya atau isteri ada melakukan derhaka.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments