Apakah hukum muallaf tidak tukar nama setelah masuk Islam?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANJika seorang bukan Islam memeluk agama Islam adakah dimestikan dia menukar namanya dengan nama yang baru?
JAWAPAN
Tidak dimestikan muallaf yang masuk ke dalam agama Islam menukar akan namanya yang lama dengan nama yang baru.
Tetapi jika dengan menggunakan namanya yang lama sebelum memeluk agama Islam dia akan dikenali sebagai orang yang bukan Islam maka hendaklah dia menukar namanya dengan nama yang menjadikannya dikenali sebagai seorang Islam.
Begitu juga hendaklah ditukar namanya yang lama jika membawa maksud yang keji atau syirik.
Berkata Mufti Mesir Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq:
Tidak disyaratkan bagi masuk ke dalam agama Islam itu menukar nama akan tetapi tatkala adalah pada kebiasaan bahawasanya agama seseorang itu ditunjukkan atas agama dari yang zahir daripada namanya.
Dan telah tetap juga atas bahawa bagi sekelian muslimin itu nama-nama yang berlaku diantara mereka.
Dan bahawa bagi setiap agama yang lain beberapa nama yang saling mengenali akan nama-nama tersebut.
Maka yang lebih utama bagi seorang yang masuk ke dalam agama Islam itu ia gunakan satu nama dara nama-nama orang Islam.”
(Majlis Fatwa Mesir)
Kesimpulannya tidak menjadi kewajipan bagi orang yang masuk ke dalam agama Islam menukar namanya dengan nama yang baru akan tetapi sebaiknya dia menukar namanya dengan nama orang Islam agar mudah dikenali kerana dengan nama itu biasanya lebih mudah dikenali akan agama seseorang.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..