Hukum Menukar Nama Yang Tidak Elok

Menukar Nama

Apakah hukum menukar nama yang tidak elok yang telah diberikan oleh bapa?

Adakah diharuskan dalam Islam?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Saya ada soalan kalau seorang yang mempunyai nama yang tidak elok adakah wajib dia tukar namanya itu?

Adakah pernah berlaku di zaman Nabi menyuruh tukar nama-nama orang yang tidak elok?


JAWAPAN

Syariat menganjurkan kepada ibu bapa yang dikurniakan anak supaya memberikan nama yang baik kepada anaknya itu.

Ini adalah kerana Allah dan Rasul-Nya suka kepada nama-nama yang elok maka jika diberikan nama yang tidak elok maka berkekalanlah dia dipanggil orang dengan sebutan yang tidak elok.

Telah diriwayatkan daripada Abi Darda’ r.a. Rasulullah saw telah bersabda :

Sungguhnya kamu semua akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh itu elokkanlah akan nama-nama kamu.”

(Hadith riwayat Abu Daud)

Ketika hayat Rasulullah saw baginda pernah beberapa kali menyuruh tukarkan nama atau baginda sendiri yang menukarkan nama yang tidak elok.

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a :

Sungguhnya Zainab adalah namanya dahulu Barrah maka dikatakan Zainab itu memuji akan dirinya sendiri lalu Rasulullah saw menamakannya dengan nama Zainab.”

(Hadith Imam Bukhari)

Maka kerana itulah jangan sembarangan memberikan nama anak kerana boleh jadi membawa makna yang buruk dan keji.

Telah berkata oleh Syeikh Al-Bajuri:

Dan dimakruhkan segala nama yang hodoh seperti Himar dan setiap nama yang boleh membawa kepada buruk sangka oleh menafinya atau mensabitkannya. Dan haram menamakan dengan nama Abdul Ka’bah dan Abdul Hasan dan Abdul Ali.”

(Kitab Hasyiah Al-Bajuri)

Maka siapa yang namanya keji péngertiannya hendaklah ditukar kepada nama yang elok sekalipun bunyinya cantik dan boleh jadi keburukkan pada nama itu berlaku pada hidupnya.

Telah diriwayatkan dari Said bin Musayyab :

Sungguhnya bapanya telah datang kepada Nabi saw maka berkata Nabi baginya: Apakah nama kamu?

Jawab bapanya : Huzn (dukacita).

Maka Nabi berkata baginya : Nama kamu sekarang Sahl (senang).

Katanya: Aku tidak akan menukar nama yang telah diberikan oleh bapaku.

Berkata Said bin Musayyab : Tidak henti-henti selepas itu kami sekeluarga ditimpa perkara yang menyedihkan.”

(Hadith Abu Daud)

Tersebut pada Kitab Tanwirul Qulub:

Dan wajib mengubah segala nama yang diharamkan dan disunatkan mengubah segala nama-nama yang dimakruhkan.”

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
New
New
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum

ustad,
mcm mana cara nak menukar nama to
selain daripda mnukar nama d kad pengenalan diri?

adakah hnya dgn berniat untuk mrnukar nama lain atau
sesuatu yg lain..