Apakah hukum mewarnakan rambut?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANKalau rambut isteri telah beruban apakah hukumnya dibolehkan dia warnakan supaya tidak nampak beruban bila dilihat oleh suaminya?
JAWAPAN
Hukum mewarnakan rambut yang telah beruban adalah sunat dengan warna selain hitam.
Ada pun warna hitam maka hukumnya adalah makruh menurut sebahagian fuqafa’ dan pendapat yang paling sahih ialah haram.
Jika mewarnakannya hendaklah dengan pewarna yang tidak mencegah air sampai kepada rambut seperti inai kerana tidak sah mandi hadas jika air tidak kena kepada rambut.
Berkata Imam Nawawi:
Bermula pendapat mazhab kami disunatkan mewarnakan rambut yang beruban bagi lelaki dan perempuan dengan warna kuning atau merah dan haram mewarnakannya dengan warna hitam atas pendapat yang asah.
Dan kata setengah ulamak dimakruhkan sebagai makruh tanzih.”
(Kitab Syarah Muslim)
Kesimpulan
Disunatkan bagi isteri mewarnakan rambutnya yang beruban dengan umpama inai supaya dilihat oleh suaminya dari kerana pada kebiasaannya apabila rambut isterinya itu beruban maka suami akan jadi kurang tertarik kepada isterinya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..