Adakah kita boleh melahirkan anak di Syurga?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANDi dalam syurga nanti semua ahli syurga adalahah pasangan suami isteri.
Jadi saya ingin tahu adakah di dalam syurga akan ada berkeluarga seperti di dunia maksud saya adakah isteri ahli syurga akan melahirkan anak?
JAWAPAN
Ulamak ahlu Sunnah wal jamaah sepakat bahawa sekelian ahli syurga akan dikurniakan apa yang mereka inginkan yakni dari tempat tinggal dan makanan dan pakaian dan lain-lain.
Maka jika ada dikalangan ahli syurga yang inginkan anak maka Allah Taala akan memberikan kepadanya anak dan menurut menurut satu riwayat perempuan ahli syurga melahirkan anak tidak seperti di dalam dunia dengan merasai sakit dan sebagainya bahkan melahirkan anak pada saat mana yang dia suka.
Diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :
Orang mukmin apabila ingin ia akan anak di dalam syurga nescaya adalah hamilnya dan beranaknya dan membesarkannya pada masa yang dia inginkan.”
(Hadith riwayat Tirmizi)
Manakala sebahagian ulamak berkata di dalam syurga sekali pun jika mereka inginkan anak akan diberikan akan tetapi mereka tidak inginkannya.
Berkata Ishaq bin Ibrahim dan lainnya :
Sebagaimana yang datang pada hadith : Orang mukmin apabila ingin ia akan anak di dalam syurga nescaya adalah hamilnya dan beranaknya dan membesarkannya pada masa yang dia inginkan. Akan tetapi tiadalah dia inginkan.”
Berkata Imam Qurtubi :
Dan sungguh telah bersalahan oleh ulamak pada masalah ini.
Maka telah berkata setengah dari mereka bahawasanya di dalam syurga itu ada hubungan suami isteri dan tidak ada daripadanya anak.
Dan dengannyalah berkata oleh Imam Mujahid dan Thawus dan Ibrahim An-Nakhaie.”
(Kitab Tazkiratul Qurtubi)
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..