Apakah hukum menguburkan mayat tidak menghadap kiblat?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANSelepas selesai orang menanam mayat di kubur barulah diberitahu bahawa mayat tidak dihadapkan ke arah kiblat.
Bagaimanakah yang mesti dilakukan pada masalah seperti ini?
JAWAPAN
Mayat yang diletakkan di dalam kubur wajib dihadapkan ke arah kiblat bahagian hadapan badannya dan mukanya.
Jika selepas diratakan tanah atas kuburnya kemudian mendapati mayat tidak dihadapkan arah kiblat maka wajib digali kembali dan dibetulkan kedudukan mayat mengadap arah kiblat.
Berkata Imam Nawawi :
وَيَجُوزُ نَبْشُ الْمَيِّتِ إذَا دُفِنَ لِغَيْرِ الْقِبْلَةِ أَوْ بِلَا غُسْلٍ عَلَى الصَّحِيحِ فِيهِمَا أَوْ بِلَا كَفَنٍ أَوْ فِي كَفَنٍ مَغْصُوبٍ أَوْ حَرِيرٍ أَوْ أَرْضٍ مَغْصُوبَةٍ أَوْ ابْتَلَعَ جَوْهَرَةً أَوْ وَقَعَ فِي الْقَبْرِ مَالٌ عَلَى مَا سَبَقَ فِي كُلِّ ذَلِكَ مِنْ التَّفْصِيلِ)
Dan harus menggali semula kubur apabila mayat tidak ditanam mengadap kiblat atau tanpa dimandikan atas pendapat yang sahih pada kedua masalah ini atau mayat tidak dikafan atau dikafan dengan kain yang dirampas atau kain sutera atau pada tanah milik orang atau mayat menelan permata atau jatuh pada kubur itu harta atas keterangan yang telah lalu pada sekelian yang demikian itu daripada huraiannya.”
(Kitab Al-Majmu’)
Kesimpulanya apabila mayat tidak dihadapkan ke arah kiblat dan telah siap dikambus tanah atas kuburnya maka wajib digali semula untuk membetulkan arah kiblat.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..