Apakah hukum jika kita terlupa baca qunut kemudian lupa melakukan sujud sahwi?
Adakah solat subuh itu sah?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALAN:Saya tertinggal baca qunut subuh dan hendak sujud sahwi.
Tetapi saya terlupa sujud sahwi dan saya terus bagi salam.
Apakah hukumnya solat saya ustaz?
JAWAPAN:
Tempat yang disunatkan melakukan sujud sahwi ialah selepas selesai membaca tahiyat akhir dan sebelum memberi salam.
Siapa yang terlupa melakukan sujud sahwi maka solatnya adalah sah kerana sujud sahwi itu bukannya suatu yang wajib atau rukun.
Akan tetapi jika dia ingin melakukan juga sujud sahwi selepas salam adalah diharuskan dengan syarat pendek jarak antara memberi salam dan teringat itu.
Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah, maksudnya:
Berkata ulamak mazhab Syafie jika seorang itu sengaja beri salam daripada sujud sahwi atau telah panjang masanya dari waktu beri salam dengan ukuran uruf maka tiada boleh lagi sujud sahwi atas pendapat mazhab jadid kerana luput tempat beri salam dan teruzur melakukan kembali sujud dengan sebab sudah panjang perceraiannya.”
Kesimpulan
Sunat sujud sahwi itu dilakukan sebelum salam dan ia adalah sunnah yang berpahala siapa yang melakukannya kerana mengikut amalan Rasulullah saw.
Siapa yang sengaja tidak sujud sahwi maka solatnya tetap sah.
Jika sengaja beri salam maka tidak boleh lagi melakukan sujud sahwi dan solatnya telah selesai.
Jika terlupa lalu ia memberi salam maka harus ia kembali semula ke dalam solat dan lakukan sujud sahwi dan wajib pula memberi salam yang lain.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..