Apakah hukum tidur sebelum solat isyak?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANAdakah benar apa yang saya pernah dengar cakap orang makruh tidur sebelum sembahyang isyak?
JAWAPAN
Memang benar hukum tidur sebelum menunaikan solat isyak adalah makruh.
Adalah Rasulullah saw tidak suka tidur sebelum menunaikan solat isyak.
Ini adalah kerana dibimbangi terlajak tidur sampai waktu subuh maka luputlah solat isyak dan solat tahajjud.
Akan tetapi jika dia terlalu mengantuk lalu dia tidur dulu sekejap supaya hilang mengantuknya itu maka hukumnya adalah harus tidak lagi makruh kerana solat dalam keadaan mengantuk itu tidak disukai syarak.
Berkata Imam Taqiyuddin :
Dimakruhkan tidur sebelum menunaikan solat fardu isyak dan berbual selepas menunaikan solat isyak melainkan berbual perkara kebajikan seperti muzakarah ilmu dan perkara yang baik pada agama dan manusia kerana hadith Abu Barzah Al-Aslami r.a. bahawsanya Nabi saw adalah baginda tidak suka tidur sebelum solat isyak dan berbual selepasnya.”
(Kitab Kifayatul Akhyar)
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Terima Kasih..
Pautan FB itu bukan page official UAI rasanya ..
Alamak, nanti saya check balik dan perbetulkan link yang sepatutnya. Terima kasih atas makluman tuan
Tetimakasih atas perkongsian ini sangat membantu.. alhamdulillahh
Sama-sama Farah