Hukum Solat Jamak Qasar Jika Berubah Destinasi

Hukum Solat Jamak Qasar Jika Berubah Destinasi

Apakah hukum solat jamak & qasar jika perjalanan itu berubah destinasi?

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan pandangan yang dikongsikan oleh Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Bin Hj Hussin.

Semoga bermanfaat kepada semua umat Islam InsyaAllah.

SOALAN

Saya keluar dari rumah menuju ke tempat (A) yang jaraknya hanya 60 kilometer tidak sampai dua marhalah. Kemudian, setelah lebih kurang 40 kilometer, saya mula berubah pikiran untuk pergi ke tempat (B) yang mana antara kampung saya dengan tempat (B) jaraknya 130 kilometer cukup dua marhalah.

Soalan saya, boleh kah saya melakukan jamak qasar dalam perjalanan saya ini?

JAWAPAN

1. Perjalanan yang boleh dilakukan solat jamak qasar adalah perjalanan yang jaraknya cukup dua marhalah (82 kilometer lebih kurang).

2. Seorang yang keluar daripada rumahnya untuk pergi ke suatu tempat yang jaraknya tidak sampai dua marhalah, tidak boleh dia mengerjakan solat jamak qasar dalam perjalanannya itu, kerana tidak cukup dua marhalah.

3. Kemudian, jika dia berniat semasa dalam perjalanannya itu untuk menuju ke destinasi yang lain pula, maka dengan niat tersebut dia dianggap ingin melakukan perjalanan yang baharu, maka hukumnya adalah seperti berikut:

  • Sekiranya jarak antara tempat yang dia berniat kepada destinasi yang baharu itu cukup dua marhalah (82 kilometer lebih kurang), maka boleh dia melakukan solat jamak qasar setelah dia keluar dari tempat yang dia berniat itu.
  • Namun jika jarak antara tempat yang dia berniat kepada destinasi yang baharu itu tidak cukup dua marhalah, maka tidak boleh dia melakukan solat jamak qasar dalam perjalanan itu walaupun jarak antara tempat tinggalnya kepada destinasi yang baharu itu cukup dua marhalah.

Dalam kitab Nihayah al-Muhtaj 2/261:

ولو سافر سفرا قصيرا ثم نوى زيادة المسافة فيه إلى صيرورته طويلا فلا ترخص له ما لم يكن من محل نيته إلى مقصده مسافة قصر ويفارق محله لانقطاع سفره بالنية ويصير بالمفارقة منشئ سفر جديد

“Sekiranya seorang bermusafir yang mana permusafirannya itu dekat (tidak sampai dua marhalah), kemudian dia berniat dalam permusafirannya itu untuk menambah jarak perjalanan sehingga jadilah perjalanannya itu jauh (dua marhalah ke atas), maka tidak diberikan rukhsah kepadanya (untuk qasar solat) melainkan jika cukup dua marhalah antara tempat yang dia berniat dan destinasinya yang baharu itu serta dia meninggalkan tempatnya itu, kerana dengan niat tersebut terputus perjalanannya itu dan jadilah dia orang yang memulakan perjalanan yang baharu.”

والله أعلم بالصواب

Abu Usamah Mohd Hanapiah bin haji Hussin (Facebook)

Bacaan Lanjut

Boleh lihat panduan lengkap mengenai Solat jamak & Qasar pada pautan ini: NIAT & CARA SOLAT JAMAK QASAR (Panduan Lengkap)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments