Hukum Pegang Kitab Tafsir & Fiqah Semasa Berhadas

pegang kitab tafsir dan fekah semasa berhadas

Apakah hukum pegang kitab tafsir dan fiqah semasa berhadas?

Adakah berdosa?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Bolehkah orang yang berhadas memegang kitab tafsir atau sama diharamkan seperti memegang Quran?

Bagaimana pula hukum orang berhadas memegang kitab-kitab fiqah?


JAWAPAN

Jika kandungan tafsiran pada kitab tafsir tersebut lebih banyak dari ayat Quran maka harus hukumnya orang yang berhadas besar atau kecil menyentuh tafsirannya disisi jumhur ulamak.

Jika kandungan tafsiran kurang dari kandungan ayat atau sama banyak maka haram menyentuhnya disisi ulamak mazhab Syafie dan Hanafi.

Ada pun kitab-kitab fiqah atau kitab-kitab agama yang lainnya maka harus memegangnya sekalipun dalam kitab tersebut terdapat ayat Quran.

Tersebut pada Fatwa Majlis Agama Islam Baitil Maqdis:

Apabila adalah tafsiran pada kitab-kitab tafsir itu lebih banyak daripada Quran nescaya harus menyentuh tafsirannya bagi yang berhadas besar atau kecil disisi mazhab Syafie dan Hanbali dan Maliki.

Apabila adalah tafsirannya pada kitab-kitab tafsir itu lebih sedikit atau sama banyak dengan kandungan Quran maka haram menyentuh kitab tafsir tersebut di sisi mazhab Syafie dan Hanafi.

Dan harus yang berhadas besar atau kecil menyentuh kitab-kitab fiqah atau seumpamanya sekali pun ada di dalamnya ayat Quran dengan ittifak ulamak.

Adalah yang demikain itu kerana hadith di dalam sahih Bukhari yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. : Sungguhnya Nabi saw telah mengutus surat kepada Qaisar (Raja Rom) di dalam surat itu ada ayat Quran.”


Kesimpulan

Orang yang berhadas haram menyentuh kitab tafsir yang kandungan tafsirannya sedikit atau sama banyak dengan ayat Quran.

Jika kandungan tafsirannya lebih banyak dari kandungan ayat Quran maka harus orang yang berhadas besar atau kecil menyentuh pada tafsirannya tetapi yang afdhal ialah menyentuhnya dalam keadaan suci dari hadas.

Ada pun kitab selain Quran seperti kitab fiqah atau yang seumpamanya maka harus menyentuhnya oleh yang berhadas besar dan kecil sekali pun di dalamnya ada ayat Quran tetapi sunat mengambil wuduk untuk menyentuhnya.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments