Doa Masuk Tandas & Keluar Tandas (Rumi)

Doa Masuk Tandas

Bagaimana doa masuk tandas dan keluar tandas?

Panduan ini akan menunjukkan doa masuk tandas dan keluar tandas dengan bantuan ejaan rumi.

Semoga membantu adik-adik yang sedang belajar berdoa.

Doa Masuk Tandas

Doa masuk tandas adalah seperti berikut:

doa masuk tandas

 Allahumma innii aAAoozu bika minal-khubsi wal-khoba-ith 

Maksudnya:

Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina

Doa Keluar Tandas

Doa keluar tandas adalah seperti berikut:

doa keluar tandas

 Ghufraanaka. Alhamdulillaahil ladzii adzhaba ‘annjil adzaa wa’aafaanii. 

Maksudnya:

Dengan mengharap ampunanMu, segala puji milik Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku”

Adab Ketika Di Tandas

Terdapat beberapa adab semasa berada di tandas. Adab-adab tersebut adalah:

  • Sunat masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan.
  • Tidak boleh membawa masuk benda-benda yang bertulis nama-nama Allah SWT atau ayat-ayat al-Quran serta nama Rasulullah.
  • Sunat membaca doa sebelum masuk tandas dan doa keluar dari tandas.
  • Tidak memandang najis dan kemaluan.
  • Tidak berkata-kata ketika membuang air kerana hukumnya makruh.
  • Beristinjak menggunakan tangan kiri. Makruh menggunakan tangan kanan kecuali terpaksa.
  • Memakai alas kaki untuk memastikan kaki bersih daripada najis.
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Azlan
Azlan
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum Ustaz, doa ini sebaiknya dilafazkan atau boleh dalam hati je? terima kasih.

Muhd Asyraff
Muhd Asyraff
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum wbt terima kasih kerana mengajar saya

zara
zara
3 tahun yang lalu

TQ SHARING