Hukum Baca Quran Pada Orang Sakit & Jenazah

Baca Quran Pada Orang Sakit

Apakah hukum baca quran pada orang sakit dan jenazah?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Selalu bila ada orang yang sakit hampir mati ada orang yang membaca Quran disampingnya.

Apakah hukumnya perbuatan tersebut kerana ada kawan saya beritahu orang Islam di Mekah tidak lakukannya?


JAWAPAN

Hukum membaca Quran ke atas orang yang sakit adalah harus sebagaimana diharuskan membacanya ke atas orang yang sihat dan harus juga membaca Quran ke atas orang yang hidup atau yang telah mati.

Diriwayatkan dari Umar r.a. berkata:

Ziarahlah orang yang hampir mati dikalangan kamu dan ajarilah dia syahadah dan tutuplah kelopak matanya apabila telah mati dan bacakan kamu sekelian di sisinya akan Al-Quran.”

(Riwayat Ibnu Abi Syaibah & Abdul Razzaq)

Berkenaan dakwaan orang di Mekah tidak mengamalkannya itu tidak boleh menjadi dalil atas tidak boleh diamalkan.

Ulamak besar yang menjadi ikutan umat Islam di Mekah dan Madinah bahkan seluruh Arab Saudi yang menjadikannya sebagai ikutan telah menfatwakan bahawa membaca Quran kepada mayat itu memberi menafaat.

Berkata Syeikh Uthaimin:

Dan ada pun bacaan Quran bagi mayat dengan makna orang lain membaca dan meniatkan pahalanya kepada mayat maka sungguhnya telah berlaku khilaf dikalangan ulamak adakah memberi menafaat atau tidak.

Atas dua pendapat yang masyhur keduanya yang sahih ialah sungguhnya memberi menafaat dan tetapi berdoa kepadanya lebih afdhal.”

(Majmu’ Fatawa Rasail)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments