
Adakah sah solat makmum jika angkat takbir bersama dengan imam?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANAdakah sah kalau makmum mengangkat takbiratul ihram bersama dengan imam kerana saya lihat ramai orang yang melakukan seperti itu dan yang saya faham makmum kena tunggu imam takbir dahulu?
JAWAPAN
Di dalam solat berjemaah antara syarat sahnya ialah makmum tidak boleh menyertai takbiratul ihram imamnya.
Maksudnya, makmum hanya boleh memulakan menyebut lafaz takbir selepas imam telah selesai menyebut lafaz takbirnya iaitu imam sudah menyebut semua huruf lafaz ุงููู ุฃูุจุฑ.
Begitu juga makmum belum boleh memulakan takbir jika imam baru menyebut lafaz ุงููู sahaja sebelum selesai menyebut lafaz ุฃูุจุฑ .
Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Nabi saw bersabda:
Hanyalah dijadikan imam itu supaya diikutkan dengannya. Maka apabila imam telah selesai bertakbir maka bertakbirlah kamu sekelian dan jangan kamu sekelian bertakbir sehinggalah imam telah selesai bertakbir.โ
(Hadith Abu Daud)
Wallahuaโlam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus padaย pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..