Adakah Sah Makmum Angkat Takbir Bersama Imam?

Angkat Takbir Bersama Imam

Adakah sah solat makmum jika angkat takbir bersama dengan imam?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Adakah sah kalau makmum mengangkat takbiratul ihram bersama dengan imam kerana saya lihat ramai orang yang melakukan seperti itu dan yang saya faham makmum kena tunggu imam takbir dahulu?


JAWAPAN

Di dalam solat berjemaah antara syarat sahnya ialah makmum tidak boleh menyertai takbiratul ihram imamnya.

Maksudnya, makmum hanya boleh memulakan menyebut lafaz takbir selepas imam telah selesai menyebut lafaz takbirnya iaitu imam sudah menyebut semua huruf lafaz الله أكبر.

Begitu juga makmum belum boleh memulakan takbir jika imam baru menyebut lafaz الله sahaja sebelum selesai menyebut lafaz أكبر .

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Nabi saw bersabda:

Hanyalah dijadikan imam itu supaya diikutkan dengannya. Maka apabila imam telah selesai bertakbir maka bertakbirlah kamu sekelian dan jangan kamu sekelian bertakbir sehinggalah imam telah selesai bertakbir.”

(Hadith Abu Daud)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments