
Apakah amalan sunat sebelum solat Jumaat?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANJika kita sampai awal di masjid pada hari jumaat sebelum khatib membaca khutbah apakah amalan yang elok kita lakukan?
JAWAPAN
Disunatkan bagi yang telah hadir di masjid pada hari jumaat sebelum solat jumaat membanyakkan berzikir akan Allah Taala dan membaca Quran dan solat sunat dan membanyakkan berselawat atas Nabi saw.
1. Berkata Imam Nawawi:ูุณุชุญุจ ููุญุงุถุฑ ูุจู ุงูุฎุทุจุฉ ุงูุงุดุชุบุงู ุจุฐูุฑ ุงููู ุชุนุงูู ููุฑุงุกุฉ ุงููุฑุขู ูุงูุตูุงุฉ ูุงูุฅูุซุงุฑ ู ู ุงูุตูุงุฉ ุนูู ุฑุณูู ุงููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ูู ููู ูุง ููููุชูุง ุ ูุฏููู ุฐูู ุธุงูุฑ ููุฏ ุณุจู ูู ุญุฏูุซ ุณูู ุงู ูู ูุฐุง ุงูุจุงุจ ุงููุฏุจ ุฅูู ุงูุตูุงุฉ .
2. Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya :Disunatkan bagi orang yang hadir sebelum bermula khutbah ia banyakkan berzikir akan Allah Taala dan membaca Quran dan sembahyang dan memperbanyakkan selawat atas Nabi saw pada siangnya dan malamnya dan dalil pada yang demikian itu jelas. Dan sungguhnya telah lalu pada hadith Salman pada ini bab sunatkan sembahyang .โ
(Kitab Syarah Al-Muhazzab)
ุฃูููู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุฐูููุฑู ููููู ู ุงูุฌูู ูุนูุฉู ุ ููููุงูู : ููููู ุณูุงุนูุฉู ุ ูุงู ููููุงููููููุง ุนูุจูุฏู ู ูุณูููู ู ุ ูููููู ููุงุฆูู ู ููุตููููู ุ ููุณูุฃููู ุงูููููู ุชูุนูุงููู ุดูููุฆูุง ุ ุฅููููุง ุฃูุนูุทูุงูู ุฅููููุงูู ููุฃูุดูุงุฑู ุจูููุฏููู ูููููููููููุง
3. Berkata Imam As-Sayfie:Sungguhnya Rasulullah saw telah menyebut tentang hari jumaat dan bersabda: Pada hari jumaat ada satu ketika yang tiadalah muafakat akan masa itu oleh seorang Islam yang sembahyang dan berdoa meminta akan Allah suatu perkara melainkan Allah akan memberi kepadanya apa yang dia minta dan Rasulullah mengisyaratkan sedikitnya masa tersebut.โ
(Hadith riwayat Bukhari)
ููุณุชุญุจ ูุฑุงุกุฉ ุณูุฑุฉ ุงูููู ูู ููู ุงูุฌู ุนุฉ ููููุชูุง ุ ููุณุชุญุจ ุฅูุซุงุฑ ุงูุฏุนุงุก ููู ุงูุฌู ุนุฉ ุจุงูุฅุฌู ุงุน
Dan disunatkan membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat dan pada malamnya dan disunatkan memperbanyakkan berdoa pada hari jumaat dengan ijmak ulamak.โ
(Kitab Al-Uum)
Kesimpulannya siapa yang datang awal ke masjid pada hari jumaat maka sangatlah elok jika dia membanyakkan berzikir dan membaca surah Al-Kahfi atau lainnya dan berselawat dan sembahyang sunat dan berdoa sehinggalah khutbah dibacakan.
Wallahuaโlam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus padaย pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Asalammualaikum uztaz apakah hukumnya jika berzikir atau berselawat semasa khutebah